NOVEL ASMARA 500 METER


KALAU DIRIMU BUKAN UNTUKKU, SIAPAKAH YANG BAKAL HADIR MENEMANI DI HATI INI? DAN KALAU AKU BUKAN UNTUKMU MENGAPA RINDU ITU MENYESAK DI MINDA…. HATI INI,JIWA INI SARAT MENYIMPAN RINDU PADAMU SABAN WAKTU, KAU INDAHKAN DUNIAKU, BAGAI PELANGI YANG BERWARNA UNGGU, MEMBUAIKAN SEBUAH CINTA DAN ASMARA CUMA DI JARAK 500 METER…. CHAPTER 1 Pagi masih berkabus sewaktu dia menyusuri denai-denai di tepi bukit untuk memanaskan badan.aduh!dengan berat badan yg mencecah 70 kg lebih cukup membuatkan nafasnya turun-naik kencang.Milia memperlahankan lariannya…matanya memerhati ke sudut jalan besar….matanya mencari sesuatu mana mamat yg suka jogging kat sini hah…x nampak bayang pun? Di capai air botol yg separa penuh ke mulut….uh!penat jer aku jogging…ingat bolehlah jumpa ngan dia tu…keluh Milia hampa. Lutut dah separa kejang,badan pulak rasa dah nak tumbang…Milia duduk di pinggir jalan….mengurut-urut kaki yg lenguh dan kejang.dikesat peluh yg menitis laju ke bajunya. “hai,kenapa dengan kaki awak?…awak ok ke?” Suara itu?????????? Milia menelan air liur.hampir luruh jantungnya menahan dada yg sesak.suara itu bukan ke mamat tu hah?perlahan dia menoleh kebelakang.erkk?di belakangnya mamat yg ditunggunya sejak tadi.entah dari mana muncul,tetiba dah ada kat belakang,siap sengih-sengih lagi.Milia tersentap. Secepat kilat ia membetulkan kedudukkannya yg penuh santai tadi…tergesa-gesa bangun.darah merah panas mengalir ke pipi nya…malu. “err,kaki saya ok jer…lenguh sikit tadi”balasnya berdalih. “oh ye ke..saya ingat awak terseliuh tadi”sapa pemuda itu mesra. “oh,saya ok jer….”Milia tersengih. “sorang jer jogging?bahaya tau perempuan jogging sorang-sorang kat tepi-tepi hutan macam ni.beraninya awak?” Amboih!...mesra alam la pulak mamat nih…ingat sombong ja.Milia tersenyum malu campur mahu…bukan awak ke ada dengan saya buat apa takut. hatinya bermonolog.ayat kat dalam hati je kot…kalau keluar 10x malu nih.adoi! “err,saya dah biasa jogging sorang-sorang macam ni..jangan risau saya ada tali pinggang kuning,insyaallah tak ada apa-apa kot?”Milia mengaksikan gaya silat.selamba jer… Pemuda itu tergelak kecil…manis sungguh wajah mamat tu bila senyum…rasa macam satu dunia ni dah berputar masuk alam movie Hindustan la pulak!haissh! “oh ye ke?ok…x palah..anyway,nama saya Pat…Fadhil…” Tangannya di hulur kehadapan Milia. “err..nama saya Milia..Emelia..maaf ye awak,tak boleh salam…kita bukan muhrim..”senyumnya di control penuh cermat.harap la mamat tu x marah bila dia tolak untuk bersalaman. Pemuda itu tersenyum lagi....wajahnya agak berubah.terkejut kot? “erm,betullah tu…kita bukan muhrim…selamat berkenalan”perlahan ditariknya tangan yg sedari tadi dihulur perlahan-lahan. “maaf ye..”dahi Milia berkerut serba-salah. “oh x pa..saya faham..kalau macam tu saya jalan dulu..atau awak nak follow saya lagi jogging ke atas bukit tu?” Errrkkk! Alamak.kalau tadi kakinya separa kejang,kalau naik bukit tu pasti dia akan terus tak boleh jalan atau pengsan terus kot?x mahulah…x pasal-pasal mamat tu nak kena dukung bawa balik rumah atau lagi parah kena call 999 emergency unit.. “terima kasih je lah awak…saya dah nak balik ni..mak saya tunggu saya tu”gelengnya pelahan. “ok…kalau macam tu saya pergi dulu ya..”senyum manis terukir di wajahnya. “ok…” Mata Milia menyusur langkah larian pemuda itu…uish!patutlah badan mamat tu fit jer…stamina tinggi…dahlah manis,tinggi dah macam model hero remaja….amboi sempat lagi dia berangan.direnungnya tubuh montelnya.pandai jer aku simpan hati kat mamat tuh…x sedar diri tu montel,pasang angan-angan tinggi melangit…hish…mengarut.apapun aku happy sangat dapat juga aku kenal ngan mamat sweet-sweet tu…dah lama dia admirer kat mamat tu,tapi baru sekali ni berkenalan.x sia-sia seawal 7 pagi menapak sejauh 500 m ni..walaupun kaki ni dah separa kejang,berbaloi-baloi kot….Milia tersenyum nakal. Milia melangkah terjengket-jengket…terbayang di matanya wajah mencuka Puan Ainon,ibunya..pinggan nasi goreng sarapannya tadi rasanya masih ada diatas meja.kalaulah cik puan besar tu berleter nanti mahunya bernanah telinga di buatnya… Langkahnya di lajukan semaksima mungkin. CHAPTER 2 Dari jauh Milia menangkap suara serak-serak basah ibunya berleter…aduh!masak nih…kena leter berkilometer lah aku sekejap lagi… Perlahan-lahan dia menuju ke pintu depan.kelihatan diruang tamu ayahnya sedang asyik membelek surat khabar…mata lelaki separuh usia itu merenung tajam Milia di sebalik spek mata tebalnya yg berbingkai hitam.pasti ayahnya bengang menerima tempias leteran ibunya….langkahnya di perlahankan.kecut perutnya menahan perasaan.dalam hati Milia berdoa,janganlah Pak Tuan besar ni pulak naik hangin… “kenapa lambat?kaki tu kenapa?”ujar Ayahnya serius.matanya masih merenung tajam wajah Milia. “Maafkan Milia bah,Kaki Milia kejang-kejang tadi.tu lah jalan slow-slow …”jawabnya perlahan. “Tu lah,rajin sangat nak jogging-jogging.lain kali jogging depan rumah ja,tak payah jauh-jauh.pergi sapu minyak.mak kamu dah membebel tak berhenti-henti dari tadi.ayah nak baca surat khabar pun tak senang..pergi masuk dalam cepat!”dengus ayahnya. “baik bah…”Milia melangkah laju masuk ke dalam rumah.tangannya menekup mulut,menahan ketawa.itulah ayahnya…serius tapi adakalanya membuat dia hampir ketawa.kesian abah!x pasal-pasal kena tempias bamboo dengan ibunya @ Puan besar tu…nasiblah kot! Langkahnya terhenti.di hadapannya wajah mencuka ibunya dengan senduk yg tersisip kemas pada tangan .sebelah tangannya lagi bercekak pinggang.masak aku! “Amboi,anak dara apa nih…pinggan sebijik pun x larat basuh.balogh liat!aku sentai kepala hang dengan senduk ni baru jalan sikit kot urat balogh hang tu..pagi-pagi buta dah berjalan sampai matahari terpacak baru balik…apa nak jadi dengan hang ni ha?mata Puan Ainon terbeliak luas. “Mak,maaf lah…cek tak pi mana-mana pun cek jogging ja.sat cek pi basuh la ni jugak noh..mak janganlah marah cek..kaki cek sakit nih…”nadanya memujuk. “yalah tu,tak dak sakit cari sakit.kerja berlambak kat dalam rumah pagi-pagi buta ni dok pi jogging hat yg tak dak pekdah tu buat apa?” “Maaflah mak,cek bukan saja-saja nak jogging,badan cek ni dah bulat.nak bagi kuruih sikit ja mak..” “banyak la hang punya kuruih,mak dulu masa muda-muda x gemuk macam hang pun? Tak payah jogging,buat kerja rumah ja…orang dulu-dulu rajin pi bendang,memukui padi,kuruih la.hangpa anak dara la ni,asyik dok saja..tu dia la jadi gemuk.” Aduih!apahal mak nih…dok buka cerita zaman kaler hitam putih pulak dah ni….tot,tet,tot tet…sabar sajalah Milia…dari kecil sampai jadi anak dara cerita versi sama ja setiap hari yg didengarnya.channel klasik tak berbayar.nak lawan nanti dah macam derhaka pulak.diam ajelah… Tangan Mililia ligat membasuh pinggan-mangkuk yg ada di dalam singki.leteren ibunya di biarkan umpama muzik iringan yg sedang mengiringi perasaannya.masih terbayang babak perkenalannya tadi dengan mamat tuh..sapa nama dia?Pat..Fadhil?apapun,sesuai la dengan kemanisan wajah dah senyuman lelaki itu. Ia mengukir senyum sendirian.mulutnya bernyanyi-nyanyi kecil lagu Paling Comel nyanyian Achik spin dan Nana….penuh bunga-bunga ceria.. “huh!eloklah anak dara buat kerja sambil menyanyi…dapat laki tua baru tau!” Sergah ibunya dari belakang. Alamak!hilang mood nak tengah layan angan-angan ni…Milia mengelap tangan.senyum di ukir pada ibunya.ibunya menjeling tajam. “dapat yg tua pun ok mak,janji datuk kaya.cepat mati,dapatlah Milia jadi janda kaya..”jawabnya perlahan senada berbisik. “Apa diaaa??” “tak dak apa aih mak…ni cek dah sudah basuh mangkuk-pinggan siap dengan kuali mak pun cek dah basuh ciut-ciut bersihnya.cek pi mandi dulu nah?” Puan Ainon menggeleng kepalanya.itu lah anak dara kesayangannya.tak pernah melawan cakapnya selama ini.walaupun kadang-kala sifat nakalnya itu membuatkannya panas hati…. “yelah,pi mandi cepat..badan dah bau macam kambing..” “baik mak,cek pi sekarang…” “mak…”Milia menjengah di balik tirai dapur. “apa dia lagi?” “kambing tu busuk pun mahal kan mak?”usiknya. “hang ni,tu kambing bukan orang…pi mandi cepattt.!.”nadanya meninggi. Milia terkekeh-kekeh ketawa,puas hati dapat menyakat ibunya.langkahnya laju menuju tangga ke bilik. Puan Ainon menyambung kerja memasak.erm,bertuah punya anak..dengusnya perlahan… CHAPTER 3 Fadhil memegang bingkai gambar di atas meja….di elus lembut wajah indah pada bingkai cermin.ternyata hidupnya kini umpama mimpi dalam mimpi.kehilangan orang yang paling di cintainya itu pernah membuatkan ia hidup tak keruan. Fida,gadis kecil molek itulah dunianya satu ketika dulu.wajah yg sentiasa menceriakan hatinya saban waktu.2 tahun usia perkenalannya bersama Fida ternyata tidak cukup sempurna buat dirinya mengenali siapa gadis itu.bekas tunangnya itu telah lama meninggalkannya untuk bersama sahabatnya sendiri.pedih,sedih dan rasa tertipu menjeruk rasa yg cukup dalam di hatinya.namun Fadhil redha,Fida mungkin merasakan dia bukan lelaki sempurna.lelaki sempurna itu hanya di miliki sahabatnya.. Entah mengapa,kepedihan lalu itu tidak pernah mengundang secebis dendam di hatinya.mungkin kerana di hati kecilnya masih menaruh harapan Fida akan kembali kepadanya suatu hari nanti…mungkin dan sampai bila?dia sendiri tiada jawapan untuk itu.yang pasti hatinya masih berbunga rindu buat gadis itu…bukan mudah memadam kenangan yg sekian lama melekap di hatinya. Fadhil mengeluh perlahan.di letakkan bingkai gambar itu kembali ke atas meja.rasanya tidak perlu lagi dia mengikut rasa.hidupnya perlu di teruskan…. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi rehat….lenguh berjogging pagi tadi masih belum hilang.sejenak ia tersenyum sendiri.teringat gelagat gadis yg di kenalinya pagi tadi apa namanya?…Milia?…Emelia?... hatinya memang tercuit dengan telatah gadis itu. Kalau di lihat dari saiz badan…kus semangat!...tapi,ternyata gadis itu masih mempunyai nilai seorang gadis melayu.fikirnya,masih ada lagi gadis begitu dizaman moden macam ni…umpama satu dalam sejuta.wajahnya polos dan cukup selamba.macam Barbie gurls dalam versi tembam…dia tergelak kecil.sweet juga gadis tu… “hoi,amboi…dok berangan panjang nampak?”sergah Azmin. Lamunannya tersentak.suara nyaring Azmin hampir membuatkan jantungnya hampir luruh dengan perasaan terkejut.hampeh! “hish,dah la masuk tak bagi salam,cakap kuat-kuat pulak.terkejut tau tak?”ujar Fadhil serius. “oppppps,sorrylah bro…”Azmin tersengih selamba. Fadhil mendengus kecil,geram. “ni apahal dok sengih-sengih ni?apahal cari aku?” “alah…aku cari kaulah bro..nak ajak pergi pusing-pusing uptown.boring dah ni dok buat assignment tu ja dari tadi..blur dah kepala hotak aku ni..jom ar…” “patutlah…boleh,aku on jer..kau belanja?boleh?” “erk?aku belanja?...ok,ok..no hal lah..” “ha,macam tu ok…tunggu kejap aku siap…” “ok..aku tunggu nih…”Azmin bersiul-siul kecil. “woi…” Azmin mendongak kepala. “apa dia?”tanyanya. “min,kau boleh tolong keluar jap tak?aku nak salin baju nih…”nada Fadhil serius. “la..tukar ja lah.apa nak malu..?” “ keluar cepat la…”desaknya. “Alah..dah macam gurls-gurls pulak kau ni bro…sengal aku”Azmin mencebik. “banyaklah kau punya gurls.aurat tau tak?.blah sekarang.tunggu aku kat luar..”Fadhil separuh menjerit. “okey,okey…sejak bila sahabat aku ni dah jadi pak Ustaz ni?.”Azmin melangkah ke pintu.pintu bilik di tutup rapat. Fadhil mengeleng-geleng kepalanya.dia sendiri hairan.sejak bila dia mula pandai bercakap soal aurat ni.terkenan gurls Barbie versi tembam pagi tadi ke?dia tersenyum sendiri..di capainya baju kemeja t-shirt putihnya.disarung pantas kebadan. CHAPTER 4 Waktu kerja nya sudah berakhir…Milia merenung jam di tangannya.matanya mencari-cari kelibat sahabatnya Zera.dah hampir setengah jam menunggu…jangankan batang hidung,bayang pun tak nampak. Di perhatikan gerai di seberang jalan…ada gerai buah-buahan.nampak macam sedap ja….daripada dok tunggu Zera yg macam tunggu buah tak luruh ni lebih baik aku pergi beli buah dulu.Milia melangkah pantas menyeberang jalan yg agak sesak petang itu… “kak,bagi saya betik dengan jambu…asam banyak sikit ya”ordernya. Peniaga gerai itu tersenyum.sudah kenal benar dia dengan gadis montel yang bernama Emelia itu.manakan tidak,sudah hampir 3 tahun dia berniaga di situ. Milia melabuhkan punggungnya di kerusi.tangannya ligat mendail nombor telefon Zera. “Assalamualaikum..zera.awak kat mana ni?dah berjanggut saya tunggu…” “waalaikumsalam…sorry lah Milia,kereta aku problem la.lambat sikit aku sampai.tunggu aku kat depan gerai.dalam setengah jam aku sampai. “balasnya terputus-putus. “problem lagi ka kereta awak?aduih..takpala la saya tunggu kat depan gerai dah ni..sat gi datang ambik k…” “k…”talian di matikan pantas. Milia menarik nafas panjang.di capainya buah yg dihulur penjual gerai.dikunyahnya perlahan.matanya merenung jalan besar. Fadhil memberhentikan kereta di hadapan gerai.terasa teringin pulak tekaknya hari ni nak makan rojak buah…di pesannya rojak buah dari penjual gerai.matanya terpandang wajah gadis montel yg di kenali waktu berjogging tempohari.perlahan dia mendekati gadis itu.asyik nampaknya mengunyah buah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. “Assalamualaikum…”sapanya. “waalaikumsalam…”perlahan Milia menoleh.hampir tersedak dia bila terpandang wajah mamat yg bernama Fadhil itu.dia ni spesies apa kot?asal toleh ja muka dia.tak da angin x da ribut tetiba ja muncul.Milia tersenyum kelat.nasib baik tak terkeluar jantung. “boleh saya duduk?” “boleh..duduklah.saya rasa makcik jual buah tu tak reserve kerusi ni untuk sesapa kot?”balas Milia sinis. Fadhil merenung wajah Milia.tergelak kecil dia dengan sindiran sinis gadis montel itu. “Makcik,saya tumpang duduk kat sini ya?”balas Fadhil separa menjerit.puas hatinya dapat mengusik Milia.penjual gerai tersenyum. Milia terbeliak.amboi!selamba ja mamat ni….wajahnya kemerahan menahan malu. “hei..awak.apasal awak buat macam tu?”tanyanya serius. “la…saya minta izin ja kot…awak kata takut makcik tu reserve untuk sesapa ka?lupa?”Fadhil tersengih. “saya melawak ja la…hish!”dengus Milia. “saya pun melawak jugak kan?fair lah tu..”jawab Fadhil selamba.jejarinya di ketuk di atas meja plastik. “malas layan awak…sibuk jer”getus Milia.pura-pura jual mahal..padahal dalam hati tuhan je yang tahu.bergetar seribu satu rasa.apatah lagi bila merenung ke mata mamat tu…cair kot…adus! “sorrylah…saya ganggu awak.awak duduk kat mana ya?” “err..duduk depan simpang tiga tu…awak?”Milia menjawab endah tak endah. “saya?duduk dekat Apartment atas bukit tempat saya jogging hari tu..erm baru balik kerja ya?”pancing Fadhil. Amboi…. Mesra alam nya mamat ni,siap nak beramah mesra lagi … “ehm…baru balik lah ni.tunggu kawan.kereta dia rosak…”jawabnya skema. “oh…nak tumpang saya pun boleh..tapi sampai kat simpang tiga tu je lah..”pelawa Fadhil. “err,..tak pa lah.nanti kalau kawan saya datang saya tak ada kat sini dia marah pulak?”Milia menggeleng kepala. “beritahulah kat dia…awak ada phone kan?bukan susah sangat pun..”muncung mulut Fadhil terarah pada phone Milia diatas meja. Milia tersenyum kelat.nampak gayanya tak ada alasan lagi kot nak tolak. “saya tak menyusahkan awak ke?”tanyanya. “apa yang susah…saya pandu kereta kan,bukan guna basikal nak kena kayuh bawak awak.”Fadhil tergelak lucu. Amboi geramnya Milia.loyar buruk tul mamat ni.nasib baik muka tu hensem kalau tak… rasa nak jer aku punch dua tiga bijik kat hidung dia.grrr… “tak takut ke tayar kereta awak tu pancit ke apa ke?saya ni montel kan?”balasnya geram. “tak pa…kalau pancit saya letak tayar traktor..besar sikit.gurau je ye awak jangan marah pulak?” “amboi..perli nampak?”Milia tersengih. Sama-sama mereka tergelak kecil.penjual gerai menghampiri Fadhil.di hulurnya rojak buah yang di pesan. Setelah membayar Fadhil mengajak Milia ke keretanya.Milia mengekor perlahan dari belakang.di tariknya pintu teragak-agak. “rojak tu untuk sapa?isteri awak mengidam ke?”tanyanya serius.matanya tertancap pada 3 bungkus rojak yg di beli Fadhil.takkanlah lelaki pun makan rojak banyak macam tu kot?fikirnya. “hah?isteri?...bila masa pulak saya kawin?awak ni ada-ada sajala.saya lah yg nak makan.kenapa?tak boleh?”Fadhil tergelak lucu. Hah!biar betul mamat nih…Milia menelan air liur.kalah aku yg perempuan sejati ni.kalu makan banyak-banyak macam tu maunya cirit 7 hari 7 malam tanpa henti. Matanya memandang Fadhil dengan rasa tak percaya. “saya memang hantu rojak sejak dari kecil lagi..ni kira sikit ja saya beli..selalunya saya beli 5 bungkus.sebab terserempak dengan awak tadi,lupa nak pesan 5 bungkus”usiknya.terbeliak biji mata Milia. Milia tergelak…pandai mamat ni baca minda aku ya…tukang tilik ka apa? “first time saya jumpa lelaki yg suka makan benda-benda macam ni.terkejut sebenarnya…sorry lah” “erm,takpa…tapi pelik kan saya?”Fadhil tersengih. “tak la pelik sangat…Cuma jarang-jarang ada kot”balas Milia selamba. Fadhil tersenyum.entah kenapa cepat benar dia mesra dengan Milia si gadis montel yang baru di kenalinya itu.rasanya sebelum ini belum pernah dia begitu cepat mesra dengan mana-mana kawan perempuan.di kerlingnya wajah Milia pada cermin sisi.gadis itu selamba tetapi polos.ada sesuatu yang istimewa pada diri gadis itu. “awak,berhenti kat depan tu…”arah Milia. Fadhil tersentak dari lamunannya.di tekan brek perlahan untuk berhenti di tepi jalan.dah sampai rupanya ke simpang tiga rumah gadis yang bernama Milia tu. “terima kasih ya,sebab tumpangkan saya..” “sama-sama…” Milia pantas membuka pintu kereta.matanya meliar.bimbang kalau ada jiran-jiran yg ternampak dia turun dari kereta.bimbang nanti ada yg bersangka buruk…maklumlah manusia ni sesetengahnya suka buat cerita yg tak betul.kalau ibunya tahu,masak! “awak”panggil Fadhil. Milia menoleh kebelakang. “ni kad saya…ada masa hubungi saya..”tangan Fadhil menjulur ke luar tingkap kereta.menghulur sekeping kad nama. “insayaallah..thanks”Milia pantas mengambil kad yg di hulur. “jalan elok-elok..”pesan Fadhil.Milia mengangguk perlahan. Milia merenung kereta Honda civic biru itu laju mencelah ke jalan besar.di beleknya kad nama yag di hulur Fadhil sebentar tadi.kerja pemasaran rupanya mamat tu..patutlah mesra alam lain macam.dia tergelak kecil… Telefonnya berdering.Milia pantas mengangkat phone. “hello,Milia..kau kat mana?”suara Zera mendesing di hujung talian. “err..sorrylah Zera.aku dah balik sendiri tadi.kalut-kalut lupa nak beritahu kau” “erm…okeylah…aku baru ja sampai kat gerai ni.kalau macam tu aku balik rumah dulu.petang nanti aku pergi rumah kau k..”balas Zera. “okey..jumpa nanti..”talian phone ditamatkan. Gila…mamat tu membuatkan aku lupa nak call Zera tadi…tapi memang salah aku pun.nasib baik Zera faham.Milia menamatkan perbualannya.langkahnya laju menyusur lorong perumahan untuk cepat sampai kerumah. CHAPTER 5 Jam loceng berdering di sudut meja kecil.Milia mencapai jam.ditutupnya dengan rasa malas.kalau tidak disebabkan janjinya dengan Fadhil untuk berjogging,mahu rasanya dia menekup bantal dan menyambung tidur semula. Dia bingkas bangun mencapai tuala menuju ke bilik air. Disarungnya seluar trek dan baju T-shirt berlengan panjang.di kerling jam pada dinding.dah hampir pukul 7 pagi…pasti si mamat tu dah tunggu dekat simpang masuk ke rumahnya.janji melayu 6.50 pagi,lepas subuh.sepatutnya lepas sembahyang subuh tadi dia tak sambung tidur balik.malangnya mata Milia memang sukar di control….lepas solat terus tidur balik…jadilah macam ni. Di dapur ibunya Puan Ainon sedang menyediakan sarapan pagi.Milia merapati ibunya. “Mak,Milia nak pi jogging sat nah..” Puan Ainon menoleh.susuk badan Milia direnungnya atas bawah.herm,baju jogging tu tak menjolok mata,kira pass lah untuk keluar jogging. “hurm…tak sarapan dulu?atas meja tu mak dah letak nasi goreng.pi makan dulu,jangan dok biaq perut kosong..”leternya. “cek dah lambat ni mak…dah janji” Opppps!terlepas lah pulak!s mak fikir bukan-bukan sat lagi….Milia menekup mulut. “lambat?takkan jogging pun kena ada janji kot?awat dok pi janji dengan sapa?hang cakap betui-betui ni?”desak ibunya ingin tahu. “cek dah janji dengan kawan ni..dia tunggu kat depan simpang nu…” “awat dia tak mai rumah?perempuan ka lelaki?” Aduih…ibu aku ni…dia wat soal siasat pulak dah…jawab jujur mesti kena boh ni,kalau bohong dosa plus kena boh lagi teruk la pulak.cakap jujur ja lah…. “kawan cek tu lelaki.dia seganlah nak mai rumah.baru ja kenai…dia baik mak”balasnya teragak-agak. “hah?lelaki…sejak bila hang dok pi menggatai ni?patutlah rajin sangat dok pi jogging,suruh sarapan pun tak mau…la ni mak tak kira,hang call kawan hang tu mai rumah.mak nak tengok sapa dia.kalau tidak hang jangan dok keluaq”warning ibunya serius.berdesing telinga Milia di buatnya. “ala mak,cek bukan dok buat apa-apa pun.cek pi jogging ja…”ulasnya memujuk. “tak kira,jogging ka tak buat apa ka,mak nak tau ja sapa dia.ingat senang ka nak jaga anak dara macam hang.jadi apa-apa nanti susah.call dia la ni jugak!” Sebelum mak dok buat syarahan 50 ela kaki panjang,terpaksalah turut perintah dia..tangan Milia pantas mendail no telefon bimbit Fadhil. “hello,awak…mai singgah rumah saya sat.mak nak jumpa awak ni..kalau tak mak tak bagi keluar…please” “hah?apasal mak awak nak jumpa saya pulak ni?”nada suara Fadhil risau di hujung talian. “mai ja lah…kalau tidak sampai pagi esok pun saya tak boleh pi jogging…” “okey…saya on the way dah ni..tunggu depan pagar.rumah cat kaler apa ni?” “rumah cat kaler biru…depan tu ada pokok ceri.saya tunggu awak kat situ.” “okey..saya nampak dah.” Talian diputuskan. “dah call kawan hang?”tanya ibunya serius. “dah mak..tu pun dia,dok tengah mai….” “ajak masuk dulu…” Fadhil menghampiri pagar rumah Milia.di jengok ke dalam mencari kelibat Milia. “assalamualaikum…” “waalaikumsalam…”salam di jawab dari dalam rumah. Wah!cepatnya mamat ni sampai.tak sempat aku nak tunggu kat pagar pun.marathon ka apa?Milia menuju ke ruang depan rumah.kelihatan Fadhil berpeluh-peluh di muka pagar rumahnya.sah mamat ni marathon! “maaf lah awak…susah-susah je datang sini.jemput masuk”pelawanya lembut. “tak pa lah…saya ok jer..”balas Fadhil tersenyum.di buangnya sepatu snikersnya berhati-hati.sejurus mengekori langkah Milia ke dalam rumah. Di dalam rumah Puan Ainon sedang sibuk menuang air kedalam cawan.di kerlingnya pada tetamu yang datang.rupa pemuda itu di tenungnya berulang kali.amboi,tinggi sungguh taste anak dara montel aku ni ya?senyumannya terukir menyambut kedatangan Fadhil. “Apa khabar Makcik..”sapa Fadhil mesra. “Khabar baik nak…jemput duduk”pelawa ibunya.Milia menarik kerusi makan untuk Fadhil. “Mak,ni lah kawan cek Fadhil..”perkenalnya. “sayalah makcik…” “oh,yang ni ka kawan hang tu..segak noh.kerja apa,dok kat mana?” Banyaknya soalan ibu aku…nasib kau lah Fadhil.layankan aje.sedikit sebanyak Milia rasa malu juga.maklumlah dia dan Fadhil baru saja kenal.tapi ibunya menyoal siasat macam dia dah confirm jadi bini mamat tu pulak.tebal ja muka ni…Milia memerhati riak wajah Fadhil.janganlah mamat tu fikir yg bukan-bukan pulak.mak ni pun satu,cakap nak kenal jer…ni macam-macam soalan keluar apahal pulak?dengusnya dalam hati. “ehm,saya kerja biasa-biasa je makcik.bahagian pemasaran.saya duduk dekat depan tu je,Apartment atas bukit tu.” “oh,dah lama kenal Emelia?” Soalan cepumas ibunya tu hampir membuatkan Milia dan Fadhil hampir tersedak. Fadhil menjeling Milia.lain macam ja soalan ibu Milia ni…namun Fadhil berlagak selamba.adatlah kot orang tua,mesti dia nak tahu hal-hal tentang orang yang berkawan dengan anaknya. “Erm,sebenarnya makcik saya baru ja kenal Milia…”balasnya. “oh macam tu.tak pa lah,kawan pelan-pelan.makcik bukan apa,Milia ni lah sorang anak dara makcik dan pakcik.dia tak biasa ada kawan lelaki.tiba-tiba dia habaq dia ada kawan lelaki.makcik terkejut jugaklah.nak jugak ambik tau sapa kawan dia.kalau dah tau tak lah susah hati sangat..maklumlah la ni bahaya,anak dara sorang nak jaga susah..jangan kecil hati noh”ulas ibunya panjang lebar.Milia menarik nafas panjang. Baguslah ibunya dah jelaskan panjang lebar.harap-harap mamat tu faham dan tak salah faham kat aku. “err..saya faham makcik..”ulas Fadhil ringkas.dia tersenyum. “awak,jom lah..kita dah lambat ni…”potong Milia. “hang ni,kalut sangatlah.bagi dia habihkan ayaq di dulu…”tegur ibunya. “saya dah sudah makcik..”angguk Fadhil perlahan. “tak mau tambah ayaq lagi?” “cukuplah makcik,dah cukup kenyang saya ni”tolak Fadhil sopan. Milia mencapai cawan dan pinggan menuju ke singki.di basuhnya sepantas mungkin. Dari jauh ibunya masih berbual dengan Fadhil…dah macam menantu dengan mak mertua ja layaknya…Milia tersenyum sendiri.berangan-angan ni kadang-kadang best jugak.tapi rasanya tak mungkin semua tu jadi kenyataan.antara dia dah Fadhil Cuma kawan biasa.lagipun mahu ka mamat tu terima dia seadanya.aduhai Emelia,stoplah berangan-angan kot!duduk di alam reality tak seindah dunia fantasi. “Mak,cek pi dululah kot.dah lambat ni…” “ya lah..jalan elok-elok…jangn lambat sangat balik”pesan ibunya. “saya minta izin dulu makcik,terima kasih sebab jamu saya sarapan.sedap nasi goreng makcik..”puji Fadhil ikhlas. “iyalah…sama-sama.ada masa nanti singgah lagi kesini.boleh berkenalan dengan pakcik kamu” “insyaallah makcik” Milia menunggu Fadhil di tepi jalan.serentak kedua-duanya berlari anak ke jalan kecil..mata Puan Ainon hanya memerhati dari jauh.puas hatinya dapat berkenalan dengan kawan anaknya itu..senang sekali dengan sifat sopan pemuda itu.harapannya memekar untuk melihat Emelia bahagia dan gembira.sekurang-kurangnya hati keibuannya tidak lagi risau.untunglah kalau masih ada yang suka pada anak daranya yang montel itu. To be continued~ Zera memerhati Milia dari jauh…di tutupnya pintu keretanya perlahan-lahan.asyik benar sahabatnya itu bernyanyi-nyanyi.kalau di kira tentang suara,agak sedap jugaklah.kalau di nilai pada fizikal badan,hancuss! Dia mengerut keningnya…yang paling menghairankannya,sejak akhir-akhir ni gembira lain macam Milia…dah macam kanak-kanak riang.setahunya,Milia yang di kenalinya Cuma riang kalau ada sebab..ish! x boleh jadi ni…kena tanya jugak.fikirnya.dia merapati Milia… “Assalamualaikum… “waalaikumsalam… Zera menghulur tangannya bersalaman dengan Milia. amboi,senangnya hati….nyanyi-nyanyi lagu dari jauh 10 batu pun boleh dengar.ada apa-apa ke ni??.”perli Zera. Milia tersengih…tangannya ligat menguis-nguis baja pokok bunga. “ala…aku saja-saja jer nyanyi hiburkan hati.ni ha,mak aku suruh baja pokok bunga dia…x boleh tengok aku senang sikit,ada jer kerja yang dia suruh buat ..”potong Milia. “mak kau pergi mana?” “keluar shopping ngan abah aku..biasalah hari ni kan 25hb..kau lupa?” Zera tersengih tanda faham.dia merenung wajah Milia dalam-dalam. “apasal kau pandang aku macam tu..aku gembira sikit tak boleh ke?”tanyanya. “iye ke?aku macam tak percaya je statement kau ni…yang aku kenal,kau ni kalau gembira mesti ada sebab…erm,biar aku teka..kau dah jumpa someone special kot??”duga Zera. “kau ni,asal aku gembira je jumpa someone…aku ni jangankan someone,sometwo ke some three pun belum tentu nak kat aku tau…lainlah kau cantik,comel dan slim”Milia mencebik “Amboi,kau ni pandai berdalih ye.ayat separa merendah diri kau tu dah muak aku dengar tau.termasuk puji-pujian kau tu.senak aku dengar….kau jangan cuba selindung apa-apa dari aku..tu pun kalau kau masih anggap aku kawan kau…”rajuk Zera serius. “ala,kau ni….aku malu la nak cerita kat kau..”balas Milia teragak-agak. “malu apa?sejak bila kau jadi pemalu ngan aku ni…”desak Zera. “err…kalu aku cerita,kau jangan gelak kat aku.aku ada jumpa seorang mamat ni….aku dah lama admirer kat dia.aku perhatikan dia suka jogging lalu depan simpang rumah aku.aku pun buatlah strategi, jogging masa dia selalu lalu jogging.at last satu hari tu,masa kaki aku kejang,mamat tu tegur aku…terkejut aku.sejak tu aku kenal dia….”cerita Milia. “oh…ye ke?handsome tak mamat tu?”ujar Zera penuh minat. “erm…kau ni.asal lelaki jer semua nak yang handsome.yang tak handsome nak letak kat mana?”usik Milia. “kau ni,ke situ pulak…”dengus Zera geram. Milia tergelak. “nak kata handsome tu..bolehla.ala-ala hero remaja gitu…”balasnya. “auww….ye ke?sweetnya..” “kau ni,boleh tak buang ayat gedik kau tu.rimas aku dengar.jaga sikit kesopanan dan kesusilaan sebagai wanita…”getus Milia. “eleh,…sopan dan susila sangatlah kan? aku teruja jer,biasalah…so,sekarang ni kau tengah couple dengan dia lah?”cebik Zera dalam nada menyampah. “sejak bila pulak aku cerita couple ngan dia?kau ni pepandai jer…takat macam aku ni dia tengok sebelah mata pun tak sampai tau…ke sipi-sipi jer.aku cuma kawan je dengan dia.dia tu macam inspirasi pada aku untuk kuruskan badan aku yang montel ni jer…lagipun kau tahu kan aku ni taste macam mana…”dalih Milia serius. “ye lah tu..taste kau yang aku tahu nak someone yang ngorat kau tu nanti ,first date ajak kau dating kat masjid.kau ingat zaman sekarang ni ada lagi ke lelaki tulus,lurus macam kau nak tu??yang berlambak ada,first date ajak makan Mc D ke,Tasik ke,Pesta ke…yang paling teruk ajak pergi dating kat bilik hotel terus.kau ni buat aku sengal satu badan tau tak?”dengus Zera. “tau tak pa.setakat ni aku tak jumpa lagi mamat yang nak kenal ngan aku cakap macam ni…”saya nak bawak awak date kat masjid.kita sembahyang dulu lepas tu baru boleh bermuzakarah tentang hubungan kita”sejuk hati aku,touching habis..kau tahu,comfirm aku jatuh cinta tanpa banyak alasan lagi.sebab pelik dan tak ada orang buat la aku nak buat…dapat juga kaap baa raa taa aliif nuun…keberkatan”Milia tersengih. “ya lah tu…keberkatan.bertanduklah kau tunggu mamat taste kau tu menjelma depan mata kau…silap-silap jadi anak dara tua baru tau”Zera tergelak lucu. “tak pa lah,Zera.aku rela asalkan aku ni berjumpa dengan kekasih hati yg bukan setakat sayang kat aku tapi cintanya juga pada tuhan…aku nak bahagia bukan satu dua hari,bukan juga sebab harta dan wang ringgit.aku nak dia ikhlas sayang aku dan terima aku seadanya.kalau dia cinta Allah,dia pasti layan aku sebaiknya.betul tak?”syarahnya panjang. “betul Ustazah Milia…abis tu mamat yang kau kenal tu single lagi x?kalau kau tak nak,pass je kat aku..aku nak”getus Zera. “tak ada maknanya aku nak pass kat kau der…kau ni buaya versi wanita tau tak?stok anak ikan,bapak ikan, jerung,bilis,todak semua kau sapu tak ada tapis-tapis lagi dah”usik Milia terkekeh-kekeh gelak. “sampai hati kau samakan aku dengan buaya….how dare u Milia…”tangannya pantas mencubit peha Milia.Milia tergelak besar cuba mengelak.serentak mereka tertawa bersama.keakraban mereka memang tidak pernah terlerai.sedari kecil bersama cukup membuatkan Zera dan Milia umpama adik beradik kandung.usikan demi usikkan sentiasa mewarnai hidup mereka dari zaman kanak-kanak lagi.kawan semasa susah,senang,hatta kawan sepersilatan.Puan Ainon ibu Milia adalah kawan baik kepada Puan Fisah ibu Zera…atas sebab itu jugalah mereka serasi bersama. “dah lah,malas layan kau Milia…aku dah nak balik ni.aku saja singgah tadi nak hantar novel-novel kau hari tu.lepas ni aku dah janji ngan mak aku nak pergi butik dia.nanti aku lambat sampai,muncungnya sepuluh depa.” “okey…kau letak je novel-novel tu kat meja depan.aku pun malas dah layan kau…pergilah balik.”selorohnya lagi. “oh,kau halau aku ye?” “tak halau pun,kau tahu kat mana pintu pagar rumah aku kan?” “kurang asam punya sahabat…”Zera menggetap bibir geram. “eleh~eleh…sahabat cengeng aku ni..”di raih dan di peluknya zera. “ha,tau pun…sahabat cengeng kau nilah yang paling sempoi boleh faham angan-angan dan karenah gila kau tu…”sindir Zera sambil tersenyum lebar. “thankslah sebab kau sudi jadi sahabat aku,musuh ketat aku dan lecturer aku merangkap driver aku yg x berbayar”balas Milia. “layan kau sampai pagi esok pun tak sudah..aku balik dulu,kirim salam aku pada mak kau..ada masa nanti aku datang lagi” “iyalah…jalan elok-elok..kirim salam kat mak kau jugak..”pesan Milia. Mereka bersalaman.Zera melangkah laju menuju ke keretanya.Milia hanya memerhati dari pintu pagar.sesekali dia tergelak kecil mengenangkan telatah sahabatnya itu.kalau di berikan 10 hari bersembang tak cukup.ada-ada saja topic hangat dari sahabatnya itu. Milia menyambung kerjanya semula.pokok kaktus ibunya di susun rapi di tepi pagar.puas hatinya dapat membaja semua pokok-pokok bunga ibunya,pastinya bila pulang dari shopping nanti,bibir ibunya itu berbunga-bunga dengan senyuman lebar. Milia membelek jam tangannya.dah hampir sampai waktu asar.nasihat ibunya sentiasa terngiang-ngiang…Waktu solat tidak baik jika dilengahkan tanpa alasan yg munasabah.Milia membasuh tangan.dia mengatur langkahnya menuju ke dalam rumah.yang pasti sebelum solat,perlu bersihkan diri dahulu. CHAPTER Fadhil tekun menyiapkan kerjanya.laporan pemasaran yang perlu dihantar petang nanti di teliti dengan cermat.yang pasti laporannya perlu yang terbaik supaya tidak mendapat kritikkan hebat dari Bosnya yang cerewet itu. Di kerling jam pada tangannya.hampir pukul 6:30 petang.shalat asarnya masih tertunda.teringat kata-kata Milia waktu berjogging tempohari.Shalat tidak baik di tangguhkan tanpa alasn yg munasabah.sesibuk manapun,itu bukan alasan,kalau kita boleh bekerja selama 12 jam tanpa henti,shalat Cuma paling lama 15 minit itu pun berat bagi kita.shalat bukan untuk sesiapa,untuk diri sendiri.kalau shalat,itu bermakna kita menghargai diri sendiri. Fadhil tersenyum kecil.kata-kata Milia si gadis montel itu umpama tusukkan jarum halus yang terkena pada batang hidungnya.maklumlah kerja bahagian pemasaran sepertinya ini memerlukan perhatian 100 peratus setiap hari.kesibukkan yang menghambat setiap hari.tapi benarlah kata Milia,itu bukan alasan untuk meninggalkan shalat yg memang wajib baginya sebagai bukti seorang yg mengakui dirinya sebagai orang islam.ternyata gadis montel itu banyak menyedarkannya tentang hakikat sebuah pendirian.ternyata gadis itu bijak menyentuh tentang aspek keagamaan.nada sederhana dan penuh bersahaja.ruang kegelapan yang selama ini menudung separuh dari hatinya kini mula bersinar semula.Milia,Milia…mudahnya gadis itu mempengaruhinya dalam perkenalan yg baru terjalin.entah mengapa juga,dia tidak berasa tersinggung setiap kali Milia bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan dan agama.malah nalurinya teruja untuk lebih mengetahui lagi.baginya mungkin Milia sangat bertuah,di kurniakan sepasang ibu-bapa yg sangat penyayang dan serius dalam pendidikan agama . Fadhil menamatkan lamunannya.dia bingkas bangun untuk mengambil wudhuk. Shalat asarnya tidak mahu di tunda lagi. Usai shalat,Fadhil mengemas mejanya.laporan itu perlu di hantar secepatnya ke meja bos.di capainya fail,tergesa-gesa keluar dari pejabatnya.telefonnya berbunyi. Langkahnya di matikan.panggilan telefon di sambut. “Bro…balik kerja tak lagi?”Suara Azmin tersekat-sekat di hujung talian. “belum,,kenapa ni” “Bro,kereta aku eksiden lah…dalam balai polis sekarang buat laporan,tersadai kat sini.tolong ambil aku jap” “eksiden??...macam mana boleh eksiden ni…kau tak a pa-apa min?”tanyanya cemas. “aku okey bro…kereta ja teruk sikit.nanti aku cerita kat kau lah.yang penting datang ambil aku kat sini dulu.”pesan Azmin. “okey…kau tunggu kat situ,aku sampai dalam 20 minit lagi.sebab aku nak kena hantar laporan kejap.kalau tidak bos aku bising..” “tak pa bro..janji kau jangan tak datang sudahlah..aku tunggu,.” “iyalah…aku datang secepat mungkin… perbualannya di tamatkan.aduh!..Azmin,Azmin…cuai betul lah adik aku yang sorang ni.gerutunya geram. Langkahnya di atur laju menuju ke meja setiausaha bosnya. “Lina,tolong serahkan fail ni pada Encik Amran.saya tak sempat nak jumpa dial ah.saya kena pulang sekarang juga,ada emergency.jangan lupa beritahu Encik Amran sekali saya pulang awal hari ni…”pesannya. “baiklah..”angguk Lina setiausaha bosnya .tangannya menyambut huluran fail dari Fadhil. "thanks lina.." Fadhil bergegas menuju ke lif.no di tekan laju....dia perlu sampai ke destinasinya sepantas mungkin. sesampai di balai polis,dia mencari kelibat Azmin...tu pun dia...Azmin menerkam laju kepada Fadhil. "bro,aku langgar orang ni bro..."pantas Azmin memaut pantas tangan Fadhil ketepi.matanya berkelilau ketakutan. "hah!langgar orang..kau apehal pulak sampai langgar orang ni??orang tu macam mana?"balasnya cemas. "aku tak tahulah bro...masa aku tengah laju tadi,orang tu tetiba pulak melintas.aku emergency brek tapi kena dia jugak.orang tu cedera di kepala.serius gak rasanya.aku takut ni bro...tolonglah aku.." "erm...kau boleh tak bertenang sekejap?biar aku cakap dengan pegawai polis tu dulu...benda dah jadi mana boleh di tahan-tahan lagi...kau duduk sini dulu,bertenang dulu.insyaallah aku cuba settlekan secepat mungkin..."pujuk Fadhil lembut. "okey,okey...aku tak tahu macam mana nak bertenang bro..aku takut jadi apa-apa Zera memerhati Milia dari jauh…di tutupnya pintu keretanya perlahan-lahan.asyik benar sahabatnya itu bernyanyi-nyanyi.kalau di kira tentang suara,agak sedap jugaklah.kalau di nilai pada fizikal badan,hancuss!
Dia mengerut keningnya…yang paling menghairankannya,sejak akhir-akhir ni gembira lain macam Milia…dah macam kanak-kanak riang.setahunya,Milia yang di kenalinya cuma riang kalau ada sebab..ish! x boleh jadi ni…kena tanya jugak.fikirnya.dia  merapati Milia…
“Assalamualaikum…
“waalaikumsalam…
Zera menghulur tangannya bersalaman dengan Milia.
amboi,senangnya hati….nyanyi-nyanyi lagu dari jauh 10 batu pun boleh dengar.ada apa-apa ke ni??.”perli Zera.
Milia tersengih…tangannya ligat menguis-nguis baja pokok bunga.
“ala…aku saja-saja jer nyanyi hiburkan hati.ni ha,mak aku suruh baja pokok bunga dia…x boleh tengok aku senang sikit,ada jer kerja yang dia suruh buat ..”potong Milia.
“mak kau pergi mana?”
“keluar shopping ngan abah aku..biasalah hari ni kan 25hb..kau lupa?”
Zera tersengih tanda faham.dia merenung wajah Milia dalam-dalam.
“apasal kau pandang aku macam tu..aku gembira sikit tak boleh ke?”tanyanya.
“iye ke?aku macam tak percaya je statement kau ni…yang aku kenal,kau ni kalau gembira mesti ada sebab…erm,biar aku teka..kau dah jumpa someone special kot??”duga Zera.
“kau ni,asal aku gembira je jumpa someone…aku ni jangankan someone,sometwo ke some three pun belum tentu nak kat aku tau…lainlah kau cantik,comel dan slim”Milia mencebik
“Amboi,kau ni pandai berdalih ye.ayat separa merendah diri kau tu dah muak aku dengar tau.termasuk puji-pujian kau tu.senak aku dengar….kau jangan cuba selindung apa-apa dari aku..tu pun kalau kau masih anggap aku kawan kau…”rajuk Zera serius.
“ala,kau ni….aku malu la nak cerita kat kau..”balas Milia teragak-agak.
“malu apa?sejak bila kau jadi pemalu ngan aku ni…”desak Zera.
“err…kalu aku cerita,kau jangan gelak kat aku.aku ada jumpa seorang mamat ni….aku dah lama admirer kat dia.aku perhatikan dia suka jogging lalu depan simpang rumah aku.aku pun buatlah strategi, jogging masa dia selalu lalu jogging.at last satu hari tu,masa kaki aku kejang,mamat tu tegur aku…terkejut aku.sejak tu aku kenal dia….”cerita Milia.
“oh…ye ke?handsome tak mamat tu?”ujar Zera penuh minat.
“erm…kau ni.asal lelaki jer semua nak yang handsome.yang tak handsome nak letak kat mana?”usik Milia.
“kau ni,ke situ pulak…”dengus Zera geram.
Milia tergelak.
“nak kata handsome tu..bolehla.ala-ala hero remaja gitu…”balasnya.
“auww….ye ke?sweetnya..”
“kau ni,boleh tak buang ayat gedik kau tu.rimas aku dengar.jaga sikit kesopanan dan kesusilaan sebagai wanita…”getus Milia.
“eleh,…sopan dan susila sangatlah kan? aku teruja jer,biasalah…so,sekarang ni kau tengah couple dengan dia lah?”cebik Zera dalam nada menyampah.
“sejak bila pulak aku cerita couple ngan dia?kau ni pepandai jer…takat macam aku ni dia tengok sebelah mata pun tak sampai tau…ke sipi-sipi jer.aku cuma kawan je dengan dia.dia tu macam inspirasi pada aku untuk kuruskan badan aku yang montel ni jer…lagipun kau tahu kan aku ni taste macam mana…”dalih Milia serius.
“ye lah tu..taste kau yang aku tahu nak someone yang ngorat kau tu nanti ,first date ajak kau dating kat masjid.kau ingat zaman sekarang ni ada lagi ke lelaki tulus,lurus macam kau nak tu??yang berlambak ada,first date ajak makan Mc D ke,Tasik ke,Pesta ke…yang paling teruk ajak pergi dating kat bilik hotel terus.kau ni buat aku sengal satu badan tau tak?”dengus Zera.
“tau tak pa.setakat ni aku tak jumpa lagi mamat yang nak kenal ngan aku cakap macam ni…”saya nak bawak awak date kat masjid.kita sembahyang dulu lepas tu baru boleh bermuzakarah tentang hubungan kita”sejuk hati aku,touching habis..kau tahu,comfirm aku jatuh cinta tanpa banyak alasan lagi.sebab pelik dan tak ada orang buat la aku nak buat…dapat juga kaap baa raa taa aliif nuun…keberkatan”Milia tersengih.
“ya lah tu…keberkatan.bertanduklah kau tunggu mamat taste kau tu menjelma depan mata kau…silap-silap jadi anak dara tua baru tau”Zera tergelak lucu.
“tak pa lah,Zera.aku rela asalkan aku ni berjumpa dengan kekasih hati yg bukan setakat sayang kat aku tapi cintanya juga pada tuhan…aku nak bahagia bukan satu dua hari,bukan juga sebab harta dan wang ringgit.aku nak dia ikhlas sayang aku dan terima aku seadanya.kalau dia cinta Allah,dia pasti layan aku sebaiknya.betul tak?”syarahnya panjang.
“betul Ustazah Milia…abis tu mamat yang kau kenal tu single lagi x?kalau kau tak nak,pass je kat aku..aku nak”getus Zera.
“tak ada maknanya aku nak pass kat kau der…kau ni buaya versi wanita  tau tak?stok anak ikan,bapak ikan, jerung,bilis,todak semua kau sapu tak ada tapis-tapis lagi dah”usik Milia terkekeh-kekeh gelak.
“sampai hati kau samakan aku dengan buaya….how dare u Milia…”tangannya pantas mencubit peha Milia.Milia tergelak besar cuba mengelak.serentak mereka tertawa bersama.keakraban mereka memang tidak pernah terlerai.sedari kecil bersama cukup membuatkan Zera dan Milia umpama adik beradik kandung.usikan demi usikkan sentiasa mewarnai  hidup mereka dari zaman kanak-kanak lagi.kawan semasa susah,senang,hatta kawan sepersilatan.Puan Ainon ibu Milia adalah kawan baik kepada Puan Fisah ibu Zera…atas sebab itu jugalah mereka serasi bersama.
“dah lah,malas layan kau Milia…aku dah nak balik ni.aku saja singgah tadi nak hantar novel-novel kau hari tu.lepas ni aku dah janji ngan mak aku nak pergi butik dia.nanti aku lambat sampai,muncungnya sepuluh depa.”
“okey…kau letak je novel-novel tu kat meja depan.aku pun malas dah layan kau…pergilah balik.”selorohnya lagi.
“oh,kau halau aku ye?”
“tak halau pun,kau tahu kat mana pintu pagar rumah aku kan?”
“kurang asam punya sahabat…”Zera menggetap bibir geram.
“eleh~eleh…sahabat cengeng aku ni..”di raih dan di peluknya zera.
“ha,tau pun…sahabat cengeng kau nilah yang paling sempoi boleh faham angan-angan  dan karenah gila kau tu…”sindir Zera sambil tersenyum lebar.
“thankslah sebab kau sudi jadi sahabat aku,musuh ketat aku dan lecturer aku merangkap driver aku yg x berbayar”balas Milia.
“layan kau sampai pagi esok pun tak sudah..aku balik dulu,kirim salam aku pada mak kau..ada masa nanti aku datang lagi”
“iyalah…jalan elok-elok..kirim salam kat mak kau jugak..”pesan Milia.
Mereka bersalaman.Zera melangkah laju menuju ke keretanya.Milia hanya memerhati dari pintu pagar.sesekali dia tergelak kecil mengenangkan telatah sahabatnya itu.kalau di berikan 10 hari bersembang tak cukup.ada-ada saja topic hangat dari sahabatnya itu.
Milia menyambung kerjanya semula.pokok kaktus ibunya di susun rapi di tepi pagar.puas hatinya dapat membaja semua pokok-pokok bunga ibunya,pastinya bila pulang dari shopping nanti,bibir ibunya itu berbunga-bunga dengan senyuman lebar.
Milia membelek jam tangannya.dah hampir sampai waktu asar.nasihat ibunya sentiasa terngiang-ngiang…Waktu solat tidak baik jika dilengahkan tanpa alasan yg munasabah.Milia membasuh tangan.dia mengatur langkahnya menuju ke dalam rumah.yang pasti sebelum solat,perlu bersihkan diri dahulu.


CHAPTER
Fadhil tekun menyiapkan kerjanya.laporan pemasaran yang perlu dihantar petang nanti di teliti dengan cermat.yang pasti laporannya perlu yang terbaik supaya tidak mendapat kritikkan hebat dari Bosnya yang cerewet itu.
Di kerling jam pada tangannya.hampir pukul 6:30 petang.shalat asarnya masih tertunda.teringat kata-kata Milia waktu berjogging tempohari.Shalat tidak baik di tangguhkan tanpa alasn yg munasabah.sesibuk manapun,itu bukan alasan,kalau kita boleh bekerja selama 12 jam tanpa henti,shalat Cuma paling lama 15 minit itu pun berat bagi kita.shalat bukan untuk sesiapa,untuk diri sendiri.kalau shalat,itu bermakna kita menghargai diri sendiri.
Fadhil tersenyum kecil.kata-kata Milia si gadis montel itu umpama tusukkan jarum halus yang terkena pada batang hidungnya.maklumlah kerja bahagian pemasaran sepertinya ini memerlukan perhatian 100 peratus setiap hari.kesibukkan yang menghambat setiap hari.tapi benarlah kata Milia,itu bukan alasan untuk meninggalkan shalat yg memang wajib baginya sebagai bukti seorang yg mengakui dirinya sebagai orang islam.ternyata gadis montel itu banyak menyedarkannya tentang hakikat sebuah pendirian.ternyata gadis itu bijak menyentuh tentang aspek keagamaan.nada sederhana dan penuh bersahaja.ruang kegelapan yang selama ini menudung separuh dari hatinya kini mula bersinar semula.Milia,Milia…mudahnya gadis itu mempengaruhinya dalam perkenalan yg baru terjalin.entah mengapa juga,dia tidak berasa tersinggung setiap kali Milia bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan dan agama.malah nalurinya teruja untuk lebih mengetahui lagi.baginya mungkin Milia sangat bertuah,di kurniakan sepasang ibu-bapa yg sangat penyayang dan serius dalam  pendidikan agama .
Fadhil menamatkan lamunannya.dia bingkas bangun untuk mengambil wudhuk. Shalat asarnya tidak mahu di tunda lagi.
Usai shalat,Fadhil mengemas mejanya.laporan itu perlu di hantar secepatnya ke meja bos.di capainya fail,tergesa-gesa keluar dari pejabatnya.telefonnya berbunyi.
Langkahnya di matikan.panggilan telefon di sambut.
“Bro…balik kerja tak lagi?”Suara Azmin tersekat-sekat di hujung talian.
“belum,,kenapa ni”
“Bro,kereta aku eksiden lah…dalam balai polis sekarang buat laporan,tersadai kat sini.tolong ambil aku  jap”
“eksiden??...macam mana boleh eksiden ni…kau tak a pa-apa min?”tanyanya cemas.
“aku okey bro…kereta ja teruk sikit.nanti aku cerita kat kau lah.yang penting datang ambil aku kat sini dulu.”pesan Azmin.
“okey…kau tunggu kat situ,aku sampai dalam 20 minit lagi.sebab aku nak kena hantar laporan kejap.kalau tidak bos aku bising..”
“tak pa bro..janji kau jangan tak datang sudahlah..aku tunggu,.”
“iyalah…aku datang secepat mungkin…
perbualannya di tamatkan.aduh!..Azmin,Azmin…cuai betul lah kawan aku yang sorang ni.gerutunya geram.
Langkahnya di atur laju menuju ke meja setiausaha bosnya.
“Lina,tolong serahkan fail ni pada Encik Amran.saya tak sempat nak jumpa dial ah.saya kena pulang sekarang juga,ada emergency.anyway,jangan lupa beritahu Encik Amran sekali saya pulang awal hari ni ya…”pesannya.
“baiklah..”angguk Lina setiausaha bosnya .tangannya menyambut huluran fail dari Fadhil.
"thanks lina.."
Fadhil bergegas menuju ke lif.no di tekan laju....dia perlu sampai ke destinasinya sepantas mungkin.
sesampai di balai polis,dia mencari kelibat Azmin...tu pun dia...Azmin menerkam  laju kepada Fadhil.
"bro,aku langgar orang ni bro..."pantas Azmin memaut pantas tangan Fadhil ketepi.matanya berkelilau ketakutan.
"hah!langgar orang..kau apehal pulak sampai langgar orang ni??orang tu macam mana?"balasnya cemas.
"aku tak tahulah bro...masa aku tengah laju tadi,orang tu tetiba pulak melintas.aku emergency brek tapi kena dia jugak.orang tu cedera di kepala.serius gak rasanya.aku takut ni bro...tolonglah aku.."
"erm...kau boleh tak bertenang sekejap?biar aku cakap dengan pegawai polis tu dulu...benda dah jadi mana boleh di tahan-tahan lagi...kau duduk sini dulu,bertenang dulu.insyaallah aku cuba settlekan secepat mungkin..."pujuk Fadhil lembut.
"okey,okey...aku tak tahu macam mana nak bertenang bro..aku takut jadi apa-apa kat d
ia..nahas aku ni.."
"aku cakap tak ada apa-apa,tak ada apa-apalah...kau boleh tak positif sikit...serabut otak aku dengan kau ni min..."
"aku minta maaf bro,susahkan kau.."
"takpa,aku tak kisah pun..tapi kau bagi masa untuk aku bincang ngan pegawai polis tu dulu..."




TO BE CONTINUE...Trek yang masih basah di redah oleh Milia termengah-mengah.cepat benar nafasnya semput bila mendaki trek yang mencuram itu…aduh,untuk kurus ni satu pengorbanan yang sangat tinggi.di perhatikan dari jauh Apartment atas bukit.dah hampir sebulan kelibat Fadhil tidak di temuinya.biasanya waktu-waktu begini,pasti mamat tu akan berjogging di trek ini.Milia mengesat peluh.pelbagai andaian menerjah di fikirannya. Takkanlah pasal soalan ibunya tu,membuatkan Fadhil takut untuk berkawan dengannya lagi?....entahlah,hari tu tengok okey jer…hurm hati orang kan,dalamnya memang tak terselam…muka membayangkan okey,hati belum tentu…hatinya berprasangka.Milia meregangkan pinggangnya kekiri dan kekanan.entah mengapa hatinya sungguh rindu pada Fadhil…bila bayang-bayang mamat tu pun dia tak nampak,terasa seluruh aspirasinya,gelap dan menghilang dari dunianya.malu benar kalau mamat tu tahu dia menyimpan perasaan sebegini dalam….dah lah beza macam langit dan bumi,masih nak berangan…getus hatinya sebal. Milia melangkah lemah….berpatah balik untuk pulang.lututnya seperti mahu tercabut.namun sakit fizikalnya itu tak sama dengan sakit batin yang ditanggungnya.rindu yang terlalu menyesak dada.serius,pertama kali dirasainya perasaan begini.sesal juga di dalam hati kerana hati ini sudah terlanjur sayang sedangkan dia sendiri tahu,tak mungkin Fadhil juga ada perasaan yg sama pada nya.Ah!..malas betul melayan perasaan yang sesak macam ni…sedar-tak sedar sibuk melayan perasaan,dah sampai depan rumah sendiri.mukanya mencuka kelat.di bukanya kasut snikers yg dipakainya.di rebahkan badan montelnya pada buaian besi.peluh masih membasahi pakaiannya.kalau nak mandi pun kena keringkan peluh dulu..kata orang kalau mandi dalam keadaan berpeluh,boleh naik panau…ish,mintak simpanglah! Nanti tak pasal-pasal berpeta satu badan…fikirnya. Ibunya memerhati dari jauh….wajah Milia yang masam mencuka di tenung lama.entah mengapa sejak dua menjak ni wajah anak dara kesayangannya itu tak pernah nampak jernih dan ceria seperti biasa.takkan lah pasal budak lelaki hari tu ke? Jiwa orang muda ni payah untuk di selami.biasanya dia sendiri tak perlu bertanya.Milia sendiri yang akan meluahkan segala-galanya.adalah tu,apa-apa yang tak kena…nanti okeylah tu..fikirnya. “Awat tak masuk mandi lagi ni?”sapa ayahnya yang keluar dari dalam rumah. “sat gi lah cek masuk bah,berpeluh ni..”dalih Mila. “hurm…abah nak pi pekan sat ni,melawat kawan abah eksiden kena langgaq kereta.hang nak pesan apa-apa tak?” “eksiden dengan apa bah?kawan ayah tu teruk ka?” “teruk jugaklah…berjahit kat kepala,budak yg langgar dia tu bawak laju sangat.biasalah budak-budak muda la,bawak kereta pun ada macam-macam fesyen,macam kat tv tu…apa dia?abah pun tak tau nak sebut..” “Drift kot yah?”…Milia tersengih. “ya lah kot..hish,macam-macam dok ada.pening betoi nak pikiaq.ada anak lelaki pun payah jugak.nasib baik hang perempuan..” “bah,itulah namanya perkembangan zaman.masa zaman abah dulu benda-benda macam ni tak dak kan?”usik milia. “hurm,kalau perkembangan hat baik tu tak pa,ni sampai langgaq-langgaq orang apa ka cerita?hangpa ni ada-ada sajalah…nak pesan apa,lekaih ayah dah nak pi ni” “erm…abah beli coklat Cadburry bah…”pesannya. “hang bukan diet ka?”sampuk ibunya yang muncul dari belakang. “ala mak ni…sekali sekala lah…dah lama tak makan ceklat..” Ayah dan ibunya tergelak.Milia menjuihkan bibirnya kedepan,manja. “eloknya kelaku anak abang tu…juih mulut”gelak ibunya. “Biaq pi kat dia lah…nak makan ayah beli ja.kalau montel nanti hang jangan dok salahkan ayah pulak.ayah beli ja…”Usik Ayahnya. Milia tersengih lebar… “sayang ayah…” “sayang ayah ja?mak tak sayang?”jeling ibunya. “sayang mak jugak…”tangannya memeluk ibunya. “huish,dah tua bangka nak peluk-peluk mak lagi..rimaih la..”dengus ibunya. Milia tergelak terkekeh-kekek.sejenak perasaan muramnya tadi hilang menjauh.tangannya di lambaikan pada ayahnya di dalam kereta. “pi lah mandi…peluh dah kering tu.masam lah hang ni?”leter ibunya. “cek nak pi masuk lah ni…” .kakinya melangkah ke dalam rumah.sebelum ibunya berleter lagi panjang dari trek lariannya tadi baik cepat-cepat masuk mandi.telinganya tak cukup tebal menahan leteran ibunya saban hari…kadangkala mahu rasanya dia cabut telinga letak tepi dari dok dengar ibunya berleter. aduhai….ibu,ibu…. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Di katil hospital kelihatan pesakit yang di langgar Azmin sudah mulai beransur pulih. Sebulan lamanya Fadhil bergilir-gilir menjaga pakcik tua itu.dadanya terasa lapang kini.mujurlah pakcik tu tidak menyalahkan Azmin .katanya dia yang tergesa-gesa melintas tanpa berhati-hati.kalau tidak,tentu Azmin dah merengkok dalam penjara kini.baginya Pakcik Ahmad memang seorang yang sangat baik.teruk juga kecederaan yang dialaminya,namun dia masih berlapang dada memaafkan Azmin.hatinya tersentuh,pakcik Ahmad sendiri tidak mempunyai anak.yang ada cuma isterinya yang sudah uzur.dialah dan Azmin yang bergilir-gilir melawat dan menjaga pakcik Ahmad. “Pakcik nak minum apa-apa?”pelawanya mesra. “tak payahlah nak,pakcik tak dahaga…anak tak kerja hari ni?” “saya cuti pakcik…” “kasihan fadhil,susah-payah jaga pakcik disini…”mata lelaki tua itu sayu . “tak pa pakcik,saya tak rasa susah sikitpun.malah saya rasa bersalah bila pakcik jadi macam ni sebab kawan saya…” “janganlah rasa bersalah…dia tak salah pakcik yang salah.terima kasih banyak-banyak sebab sudi jaga pakcik selama di sini…” Sama-sama pakcik…apa kata doctor?” “Doktor kata pakcik dah boleh balik esok pagi…” “Alhamdulillah…syukur.esok pagi saya datang ambil pakcik”Fadhil tersenyum. Pakcik Ahmad juga tersenyum.ternyata hatinya cukup tersentuh dengan budi bahasa Fadhil.anak muda itu cukup baik baginya.jarang anak muda dunia moden sekarang ni yang masih kukuh nilai tatasusilanya.bertuah ibu-bapanya memiliki seorang anak lelaki yg baik seperti Fadhil,fikirnya. “Pakcik dah makan?ni saya ada bawakan nasi ayam untuk pakcik..” “x payah susah-susah la nak Fadhil…pakcik baru makan tadi..” “erm,saya letak di sini.kalau pakcik lapar nanti makanlah ya” Pak Ahmad mengangguk…Pintu biliknya di kuak dari luar.serentak mata Fadhil dan Pak Ahmad menoleh ke pintu.terpacul seorang lelaki di muka pintu.segera Pak Ahmad tersenyum..itulah sahabat lamanya sewaktu berkhidmat dalam tentera dulu. “Assalamualaikum sahabat..” “waalaikumsalam..Malik..” “Apa khabar Mad?macam mana keadaan kau sekarang?”tanyanya. “Alhamdulillah,sihat sikit.esok pagi dah boleh keluar” “lagu mana yang sampai jadi macam ni?mujur aku jumpa bini hang kat market,dia la habaq hang eksiden kena langgaq…” “tak dak apa aih…aku yang salah melintas ikut dan ja.budak tu laju.apa lagi x dan nak brek,langgaqlah aku ni.terima kasihlah Malik hang mai jengok aku kat sini.lama tak jumpa hang noh…” “sama-sama la Mad…hat budak lelaki ni sapa?anak hang ka?”mata Pak malik terarah pada Fadhil. “dak aih..ni Fadhil.dok ralit sembang ngan hang lupa nak kenaikan.budak yg dok jaga aku kat hospital selama ni.kawan dia yg langgaq aku pun dok mai jaga aku kat sini.nak suruh orang rumah aku jaga dia pun tak sihat dah la ni.Fadhil,ni kawan pakcik,Pak Malik…” “apa khabar pakcik?”sapanya mesra.tangannya dihulur untuk bersalam dengan Pak Malik. “”khabaq baik…oh,aku ingat dia ni anak hang….Fadhil ni anak sapa?dok mana?” “saya anak Haji Deraman yang tinggal dekat-dekat sini..bapa saya dah lama meninggal pakcik” “ya ka?la….pakcik kenai pak hang tu.Haji Deraman yang dok meniaga perabot kayu jati tu kan?bila dia meninggal?” “betul la tu…dah lama bapa saya meninggal.2 tahun lepas pakcik…” “Innalillai waiina hirojiunn..hang kenai dak mad,dia dok jual perabot kayu jati kat pekan nu..patutla baru-baru ni aku pi beli perabot tak jumpa dia…ingat dia upah orang lain tolong dia ka apa,rupanya dah meninggal dunia.kalau la Fadhil anak arwah ni tak habaq,sampai bila pun tak tau…”mata Pak Malik terarah pada Sahabatnya. “Ya Allah…aku ingat Haji Deraman tu.jadi Fadhil ni anak Haji Deraman lah?kecilnya dunia ni.maaflah pakcik tak tahu”sampuk Pak Ahmad sayu. “tak pa pakcik.alhamdulillah,sekurang-kurangnya saya dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat arwah abah.memang perniagaan abah banyak masaalah dulu.sebelum abah meninggal perniagaan perabot tu ayah jual pada pakcik saya. Pakcik saya yang uruskan sekarang.saya pula kerja makan gaji dengan company lain sekarang ni…”ujarnya perlahan. “habis tu la ni tinggal ngan sapa?”tanya Pak Malik ingin tahu. “tinggal dengan kawan pakcik..” “oh..lagu tu ka…mak ada lagi?” “mak pun dah lama meninggal pakcik.lebih kurang 2tahun lepas..” “kesian sungguh kat hang..kira hang ni anak yatim piatu la…” “lebih kurang macam tu la pakcik..” Pak malik menepuk perlahan bahu Fadhil tanda simpati.anak muda itu memang cukup tabah.baik seperti arwah bapanya juga…Pak Ahmad hanya mampu tersenyum hambar.rupanya anak muda itu anak yatim piatu .patutlah,kelihatan Fadhil sangat berbudi bahasa sekali.persis arwah ayahnya yang memang sangat mudah mesra dengan orang lain.kalau dia tidak mengalami eksiden ini,tentu dia sendiri tidak pernah kenal dengan anak arwah Haji Deraman.hikmah yang terlalu besar untuk di hitungkan.perbualan di teruskan dengan rancak.ada-ada saja cerita lama yang terkeluar dari mulut Pakcik Malik tentang arwah ayah Fadhil…sebelum pulang sempat lagi Pak Malik menjemput Pak Ahmad dan Fadhil datang ke rumahnya untuk kenduri tahlil minggu depan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Milia menyinsing lengan baju ke atas.ayam-ayam yang berlonggok-longgok di dalam besen di bersihkan satu-persatu.nak join ibunya yang tengah sibuk menyiang daging dan bawang macam tak masuk korum ja.maklumlah semua geng-geng veteran.macam-macam cerita dok ada.lagi baik dia tolong cuci ayam-ayam yang ada.tak la rimas sangat. Matanya melilau mencari Zera.bertuah punya sahabat.janji nak mai pukul 9…ni jangan kata bayang,apapun tak nampak lagi…janji melayu sungguh la…sesekali buat kenduri besar ni memang letih.tu belum lagi kenduri kahwin dia nanti.maunya 3 hari 3 malam tak selesai lagi…angannya. Dari jauh Zera sibuk mencari kelibat Milia di tengah kesibukkan orang yang datang membantu.maklumlah ramai sangat orang yang tengah sibuk bergotong-royong menyiang bahan untuk masakan.manalah Milia ni?ada kat belakang kot?fikirnya. Dari jauh kelihatan Milia sedang membersihkan ayam sebesen besar.Zera menarik nafas panjang.kerja tak glamer tu jugak yang kena di hadapnya sebentar lagi..janjinya mahu menolong Milia..tak sangka pulak kena bersihkan ayam-ayam tu..aduhai Milia!hilanglah keanggunan aku setengah hari ni.ngomelnya sendirian. “La…..kat sini rupanya…puas cari awak…”gerutunya..muncung Milia pun dah boleh ikat dengan tali panjangnya.Zera menutup mulut menahan ketawa.jadi kerja minah ni dok bersihkan ayam sebesen besar sorang diri. jauh dari orang lain pulak tu.desis hatinya lucu. “Apa gelak-gelak?janji pukul 9…ni dah pukul 10 pagi…apa cer?”marah Milia. “sorry lah,aku terlewat bangun tadi.ni dah sampai cukup baik dah…pasal apa la kau pilih siang ayam ni?tak dak job lain ka nak buat?mesti nanti sah-sahlah selekeh aku ni bau ayam.aku dah tak bawa baju salin ni?”rengek Zera.” “ewah,ewah…awak jangan dok buat cakap banyak.pi masuk dalam bilik saya ambil kain batik ngan t-shirt mana-mana pakai.baju yang awak pakai tu gantung sebelah. malam nanti baru melaram balik.ada ka pakai lawa-lawa nak besiang ayam?sapa suruh? pakai lawa-lawa pun tak dak sapa nak tengok selain saya dengan ayam-ayam yang tak bernyawa ni ja”sengihnya. “hampeh betul la kau ni sindir aku…lain kali janganlah dok pilih kerja-kerja yang mencabar macam ni.ingat nak tolong buat air ke,masak air ke…alih-alih kena bersih ayam!hadooi…ish~ish~ish”dengus Zera. “Amboih…nak job yang control ayu je awak ni ya…cakap datang sini nak tolong saya,cepat lah..”desak Milia. “Baiklah cik Milia…tunggu jap aku pi salin baju..dah macam mak-mak dah kena pakai t-shirt ngan kain batik …seluar pendek tak da ke?”ngomel Zera sambil memuncungkan mulut tanda protes. “seluar pendek?mana ada sehelai pun.awak nak suruh abah saya cantas betis ka?macam tak tau perangai orang tua saya yang garang macam singa tu…banyak songeh la awak ni…tak kesian ka kat saya,krem dah kaki saya dok buat benda ni sorang-sorang tau” “okey,okey..nasib baik kau kawan baik aku..kalau tidak aku balik rumah terus jer..merajuk tau tak?”rengek Zera geram.langkahnya segera di atur ke dalam rumah Milia. Milia menggeleng kepala…pening sekejap dengan gelagat sahabatnya yang sorang tu.tau la anak mak datin a.k.a tauke butik,melaram memanjang.kadang-kadang Milia sendiri tergelak lucu dengan gelagat Zera.manakan tidak semua benda dia nak control cun.jalan catwalk ala-ala model,stail makan ala-ala superstar,baju semua bling-bling berjenama luar negeri…kasut tumit berinchi-inchi.kosmetik pulak jangan tanyalah..sebulan harga gajinya sendiri.perfume dia pulak kalau sembur maunya satu kawasan bau wangi…channel no 5 la katakan..huh!pendek kata semua berstail anggun dan menawan.nasiblah Zera memang cun pun…tak hairanlah beratur lelaki dok try dia.lainlah macam aku ni yang sebelah mata pun lelaki tak pandang.bab masak pandai,makan lagilah pandai.tapi bab melaram failed terus….nak bergaya pun tak reti kot.dengan badan separa montel,belasah ja pakai mana ada…dah tu kalau terketat sikit ibunya marah,terpendek sikit baju pun kena marah jugak.mak kata saja nak tayang punggung lah,tayang cutting pingganglah semua ada.cuma yang nasib baiknya ibunya sendiri tak suruh dia pakai jilbab yg tudung seluruh badan kecuali nampak mata ja…comfirm tak dak seorang pun lelaki berani jeling.aduhai….baru puas hati.rasa nak tergelak ja bila fikirkan.. “awat yang kau dok gelak sorang-sorang ni?”sergah Zera. Milia mendongak kepala.kelihatan Zera siap berbaju t-shirt dan kain batik yang singkat ke tepi.keras perutnya turun naik menahan gelak. “uih…segaknya awak.ni baru betoi nak besiang ayam ala-ala gadis melayu terakhir.mai dok simpuh kat sini.sat gi terselak pulak kain batik awak tu.”gelaknya. “Kau jangan nak perli aku ye…ini idea gila kau jugak suruh aku pakai kain batik ngan t-shirt kau yang besar ni…dah la aku tak biasa pakai macam ni…grrr”Zera menjeling geram. “Ok lah tu…belajar-belajarlah jadi bini orang sama la cik Zera oi…mana tahu awak nanti kawin dengan orang ala-ala kampung nanti tak la kalut sangat.takat saya gelak ok ja lagi..jangan sampai mak mentua yang gelak dah la…pakai kain batik pun senget malu tu..”usiknya. “Ish..senget ke kain ni?aku tak reti pakai la.comfirm lepas ni aku cari suami yang moden-moden je.rimas lah wey pakai macam ni…ni nak besiang ayam macam mana pulak?”Zera bersila menghadap besen. “Besiang ayam ni senang ja.awak buang lemak ngan darah-darah dia dah la…lepas tu letak tepi.jangan risau,lepas habis .berlemoih nanti kita pi mandi noh…”sakat Milia. “tu dia..banyaknya kau.takkan kita dua ja kena buat.mau kebas punggung ni..”rungut Zera. “takpalah,kita buat pelan-pelan.janji cik puan besar tu tak lah membebel nanti…kita bereskan bahagian ni ja..sambil-sambil tu boleh gossip-gossip lama sikit.cuba awak tengok line sana tu semua geng veteran ja kongker tempat besiang bawang…gossip-gossip kisah anak bini orang,macam-macam kisah suma ada.pening kepala dok dengaq.kalau nak join depa pi la,saya x mau”Milia tersengih nakal. “ya lah tu,pandainya kau pekena aku noh…aku punya vogue the vaz ni nak join geng veteran?tolonglah…”gerutu zera. “yelah tu…the vogue and the vaz…at last kena siang ayam-ayam yang comel ni jugak..apa kelas?”sindir Milia sambil gelak terkekeh-kekeh.Zera ikut sama tergelak. Kau ni memang sengal tau…ha,lupa nak tanya.apa perkembangan kau dengan mamat macho yang kau cakap ari tu.takkan kawan-kawan jer?”duga Zera. Milia menarik nafas panjang.baru ja niat hatinya nak lupakan si Fadhil,mamat ala-ala hero remaja tu.si Zera ni pulak sibuk tolong ingatkan.nak cerita macam mana.kalau orang dah tak sudi nak kawan,tak kan nak terhegeh-hegeh kot.macam perigi cari timba pulak…lagipun zaman sekarang ni ramai lelaki lebih pandang rupa kan…kalau awek tu cun melecun,putih gebu macam kapas tapi perangai awek tu semua orang pandang buruk pun sanggup tunggu .alasannya sangat simple iaitu sayang.cuba dapat awek kurang cun,kulit macam dayang senandung ke,rongak ke?rasanya buat silap sikit terus blah kot?sayang konon!cakap jelah,takut member-member kutuk dapat awek yg kurang menyerlah.bila dapat awek cun,member-member semua tabik spring-spring.jujur itulah keluhan hati awek-awek yang tak cun sepertinya.hati seorang perempuan.monolognya di dalam hati “Entahlah.dah lama tak jumpa dia,sibuk kot..”jawabnya pendek. “Aik?bunyi macam frust ja…x jadi lagi ka?”duga Zera. “Frust pasal apa pulak?tak de maknanya pun.baru ja kawan.dia pun anggap saya kawan kan?.”dalihnya. “iya ke?tapi air muka kau tu membayangkan benda lain Milia.macam aku kenal kau sehari dua pulak.kau serius suka kat dia tu kan?” “hmm…kalau saya suka macam nak rak pun dia x pernah suka kat saya nak buat macam mana kan?takkan nak paksa dia..”hei awak,sukalah kat saya”huh!gila ka apa saya nie?” “aish..janganlah cakap macam tu…kau ni suka merendah diri sangat.cubalah sesekali kau berkeyakinan sikit.may be mamat tu pun suka dengan kau.tapi dia ambil masa sikit untuk kenal kau…”pujuk Zera. “entahlah Zera.saya malas nak fikir dah…ada adalah,kalau tak da,tak adalah.” ‘janganlah macam tu.beruntung tau sapa dapat kau ni.semua pakej lengkap kecuali badan kau yang montel tu…”seloroh Zera. “yelah,yelah…badan saya montel.awak comel bolehlah cakap macam tu.kalau di bandingkan saya dengan awak macam langit dengan bumi.awak cantik saya kurang cantik.awak kurus,saya montel…saya sedar diri ni…”rajuk Milia. “alolololo~janganlah merajuk….”pujuk Zera. “saya bukan apa awak…jujur,disudut hati saya ni rindu sangat dekat dia.nak telefon dia rasa segan..pi jogging pulak tak jumpa pun dia.sesak je nafas ni.saya tak pernah rasa macam ni pada seorang lelaki.dia insan pertama yang buka hati saya.saya anggap dia tu satu inspirasi untuk saya membina keyakinan dalam diri saya sendiri.ilham saya untuk bahagia macam orang lain.saya bayangkan dia seorang lelaki yang budiman dari segi peribadinya.itu yang saya nampak setakat saya kenal dia.agaknya saya yang terlalu mengharap,sedangkan dia sedikit pun tak suka pada saya…”luah Milia. “Milia…aku tak tau nak bagi advise apa kat kau…cuma aku nak tanya satu benda ja.kau jawab dengan seikhlas hati.kau percaya pada takdir?” “off coz saya percaya…” “kau tahu tak,aku pernah baca satu buku ni.dalam buku tu cakap,bila Allah dah takdirkan seseorang tu milik kita dia akan lorongkan jalan terbaik untuk pasangan kita tu sayang dan cinta kepada kita.tak kira la halangannya tu lautan berapi ka,gunung 7 lapis ka,dia tetap akan datang pada kita sebagai pasangan hidup tau…begitu la sebaliknya kalau pasangan tu bukan ditakdirkan milik kita,bercinta berpuluh tahun pun pasti takkan bersama” “ehm…sejuk ja hati dengar.tapi saya masih tak yakin mamat tu nak kat saya la awak…dia handsome tu.entah awek dia lagi cun dari saya…dalam hati saya selalu cakap macam ni.kebanyakkan lelaki lebih suka pandang rupa dari hati.tak kiralah perempuan itu hatinya sebaik mana,rupa tetap no 1.mungkin sebab hati tak boleh cium,sedangkan rupa yang cantik tu boleh di cium kan?...” Zera terkekeh-kekeh ketawa…manalah si Milia ni dapat ayat-ayat macam ni hah?rupa boleh cium,hati tak boleh cium….lucu mendengarnya. “ish…tak habis-habisla kau dengan ayat separa merendah diri tu.cuba buka mata kau tu besar-besar macam mata aku ni.cuba kau pandang couple-couple kat luar tu. Lelaki handsome aweknya biasa-biasa jer…lelaki tak handsome pulak awek kemain cun.macam tu jugak perempuan..jarang la ada yang sama level,maksud aku sama cantik dan padan.aku kadang-kadang terfikir jugak la…cinta tu universal tau.apa yang cantik pada pandangan mata,kita tak kisah pun apa orang cakap.cuba lah kau belajar confident kan diri sikit.kalau dia tu memang suka dekat kau,dia tak kisah apa yang kau ada..tapi dia pandang apa yang dalam hati kau tu Milia..mana tau dia memang tak suka cium rupa tapi hati kau..sapa tau?”Zera tersengih. Milia tersenyum.ada benar apa yang dikatakan Zera tu.kalau di lihat manusia di luar sana dengan pasangan masing-masing jahat jer mulut ni akan cakap pasangan-pasangan tu ada yang tak matching langsung.padahal sebenarnya macth atau tak hanya pasangan tu sendiri yang menilainya. “eh,apasal diam jer ni?kau marah ke?” “erm..taklah.saya tengah fikir apa yang awak cakap tu.saya akui kata-kata awak tu buatkan saya rasa tenang sikit.kiranya ada harapan lagi lah saya untuk mamat tu kan?”ujarnya. “ha…macam tu lah sahabat aku.jangan putus asa…cheer up k” “tapi awak,saya taknak la macam perigi cari timba…biarlah dia yang mulakan dulu.” “hello,my fren…kau ni ingat dok kat zaman kaler hitam putih lagi ka?istilah perigi cari timba tu dah tak boleh pakai lagi dah.orang moden hari ni guna paip air,tak yah susah-susah guna timba lagi..direct terus ja.terima atau tak belakang cerita..”leter Zera. “pandailah awak cakap..saya ni segan tau tak?” “Amboi…cakap aku ni control cun.kau tu control ego.segan konon…simpan lah ego kau tu sikit.melepas nanti barulah nak teriak dah tak guna tau.lagipun aku rasa tak ada sebab kau tak boleh phone dia tanya khabar.mana tau dia sakit ka apa ka?ni dok menenggung tunggu macam tunggu buah tak luruh.otak pulak dok fikir bukan-bukan…bila nak sudah?” “iyalah cik Zera..nanti saya call dia..”Milia mengalah. “ha..kau ajak lah dia datang kenduri malam ni.tak lah nampak macam kau terdesak sangat telefon dia kan?”gesa Zera. “erm,bernas gak idea awak tu.kenapalah dari tadi tak terfikir langsung kan?thanks banyak-banyak Zera..” “ha…sama-sama.aku bab-bab macam ni aku dah pro..lepas ni kau kena banyak belajar dengan aku.”Zera tersengih. “iyalah tu…awak pulak kena belajar masak memasak dengan saya pulak la.memandangkan awak kan nanti nak kawin…awak kan dah ada calon ramai..”usik Milia. “erm…takpa la,kita buat pertukaran barter.kau ajar aku masak,aku ajar kau cara nak pikat hati lelaki.deal?” “ye la..deal..” “uih best jugak besiang ayam-ayam ni noh…ralit-ralit sembang dah siap dah kan?” “dah bau ayam pun kita dua….” “tu lah hanyaq satu badan dah ni…takpa satgi aku mandi semboq wang sebotol minyak wangi clear lah..” “tu dia…..nanti satu rumah ni bau awak ja la?” “eh,kira okey apa…wangi perfume aku tu..” “ya lah tu…awak pi masuk mandi dulu.saya nak garam kunyitkan ayam-ayam ni. Sat gi mak saya nak goreng.” “okeh…aduih,kebas habis punggung-punggung ni.nasib baiklah kau ni sahabat baik aku kalau tidak,comfirm aku tak mau tolong dah…” Serentak mereka berdua tergelak bersama-sama. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Azmin membuka suis lampu rumah…apasal la rumah ni dari tadi bergelap?.sudah berkali-kali memberi salam tapi tak bersahut.pasti abang Fadhil tertidur lagi lah ni.maghrib-maghrib tidur.letih sangat la kot..fikirnya.telahannya ternyata benar.Fadhil sedang nyenyak tidur seperti bayi di atas sofa ruang tamu.letih benar nampaknya nih…mulut pun separa ternganga. “bro..bangunlah..dah maghrib ni…”kejutnya. Fadhil terbangun sambil mengosok-gosok mata.hah!dah maghrib?letih betul dia hari ni.ingat nak baring-baring terus terlelap. “dah maghrib?..Astagfirullah!…aku tertidur tadi.kau baru balik ke min?” “iya la..bagi salam tak jawab.tengok rumah gelap je.buka lampu tengok kau bro tengah lena baik punya.tu lah kejutkan…” “erm,aku letih sangat la hari ni…banyak kerja tertunda nak settlekan.”ujar Fadhil sambil mengosok-gosok matanya yang masih berat. “pergilah mandi dan solat dulu bro..min ada beli mee goreng.kejap lagi lepas solat kita makan sama-sama k..” “k…” Fadhil berjalan perlahan-lahan masuk ke biliknya.di capai tuala mandi menuju ke bilik air.sambil mandi,dia teringat sesuatu.alamak!...undangan Pak malik ke kenduri tahlil malam ni.mujur teringat.Fadhil cepat-cepat mandi.sempat lagi ni..fikirnya.usai solat maghrib dia mengenakan baju melayu biru dan songkok. “Aik,berbaju melayu bagai ni bro?nak pergi mana?”tegur Azmin. “Aku ada jemputan ke majlis tahlil kawan arwah abah malam ni.hari tu jumpa kat hospital…nasib baik teringat.sempat lagi ni,sebab majlis tahlil tu lepas isyak…nak ikut tak?” “takpalah..min tak ikut kot,ada assignment yang tak siap lagi ni..kirim salam pada pakcik tu sekeluarga” “iyalah…aku pergi dulu.kalau lambat nanti kunci pintu.aku dah bawak kunci spare.” Azmin mengangguk.dia mengiringi Fadhil ke muka pintu.nampaknya malam ni dia kena duduk sorang-sorang la kat rumah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Keretanya di berhentikan di tepi jalan.bersusun kereta lain di depan.ramai jemputan ni.fikirnya.keningnya berkerut mengingat sesuatu.kelihatannya lorong ni macam lorong ke rumah Milia…rupanya Pak malik ni pun tinggal area sini jugak.langkahnya terhenti.dari jauh kelihatan kelibat Pak Malik sedang bersalaman dengan tetamu-tetamu yang datang.pagar rumah tu bukan ke rumah Milia???kecilnya dunia.Pak Malik ayah Milia???awek yg macam Barbie versi tembam tu???di kepalanya berlegar-legar dengan soalan.langkahnya diteruskan semula.dari jauh Pak Malik sudah tersenyum melihat kelibat Fadhil.anak muda itu di sambut mesra dan di jemput masuk. Masuk ke dalam rumah…sah!ni rumah Milia.para tetamu yang hadir mulai mengambil tempat masing-masing.mata Fadhil menjeling ke kiri dan kanan.tak nampak kelibat Milia pun?sibuk kot di dapur..sampai hati,buat kenduri tak jemput pun?nasib baik kebetulan pak Malik yang jemput kalau tidak sampai bila pun tak tahu Pak Malik tu ayah Milia si Barbie versi tembam tu.fikirnya. Majlis di mulai dengan bacaan yasin.usai tahlil hidangan di keluarkan dari dapur.barulah Fadhil nampak kelibat Milia sedang mengangkat talam-talam berisi hidangan ke ruang depan.gadis itu ayu berbaju kurung hijau bersulam.amboi,sekali tengok,comel jugak si Milia ni…Tembam-tembam pun sopan-santun tu kira masih adalah.jarang ada awek zaman sekarang ni,sopan-santun dan ber budi bahasa.ternyata banyak tingkahlaku gadis itu menyedarkannya tentang sesuatu.rupa paras seorang wanita itu indah andai di selami sedalam-dalamnya.bukan sekadar tafsiran zahir sahaja.buruk dan baik tersimpan di sudut hati mereka yang diciptakan dalam kelembutan.cantik tak beerti baik.baik pula tak semestinya cantik.jika ada kedua-duanya itulah bonus… “ Fadhil…jemput makan,jangan malu-malu”jemput Pak Malik. Fadhil tersentak dari lamunan panjangnya.senyuman di ukir pada Pak Malik.pinggan nasi di sambut dari tangan Pak Malik.hidangan masakan ala kampung sudah agak lama tidak di nikmatinya.jauh di sudut hati,ada kerinduan di hati terhadap arwah ibunya.semasa arwah masih hidup,masakan kampung seperti ini sering dinikmatinya.semua hanya tinggal kenangan …betapa kini dia sendiri perlu melalui realiti kehidupan,bahawa ibu sudah lama pergi.yang tinggal hanya nostalgia lalu sesekali terimbas kembali.Fadhil menjamu selera dengan khusyuk.tidak di sedarinya ada mata yang sedang memerhatinya dari jauh. Milia tersentak bila terpandang Fadhil duduk di sudut ruang tamu.sedang menikmati makanan.dia menoleh sekali lagi..salah pandangkah mataku ni?darah panas terasa menjalar ke kepalanya.terkejut kot?tak ada angin dan ribut tetiba mamat tu tengah duduk elok je makan bersama ayahnya.mimpi kot?takkan rindu sampai berhalusinasi kot?? “kau apesal ni?pucat ja..nampak hantu ka?”tegur Zera. “taklah..awak nampak tak lelaki dekat sebelah ayah saya tu…”jarinya ditudingnya pada tetamu di sudut ruang tamu. “yang mana?yang berbaju melayu biru tu ka?sapa dia ?”Zera memanjangkan leher menjengok ke ruang tamu. “yelah..yang baju biru tu lah…saya confius lah macam mana dia boleh hadir dalam majlis kenduri ni..macam tak percaya jer..” “ mamat tu siapa?kau kenal ke?”desak Zera. “mamat tu lah Fadhil,kawan yang saya cerita kat awak tu..yang hairannya sekarang ni macam mana dia boleh ada kat sini.siapa jemput dia?” “iye ka?owh..ni orangnya.memang handsome habislah Milia..” “handsomelah sangat..saya confius ni awak” “apasal nak confius pulak?kau ada call dia kan petang tadi?” “mana ada call dia pun..lupa la,kalut-kalut kat dapur ..” Zera menepuk dahi .asyik lupa ja sahabat aku yang sorang tu.desis hatinya. “abih tu,sapa yang jemput mamat tu?” “ha,tu lah saya tengah fikir ni..duduk sebelah ayah lagi..kawan ayah ke?” “iye kot…nanti kau tanyalah ayah kau.” “ehm…apapun terubat gak la rindu nie…sejuk ja mata bila tengok dia..” “amboi cik Milia…beruntung lah kau kalau dapat pakwe macam dia ni”puji Zera. “entahlah Zera,saya ni mampu berangan-angan je lah kan?”Milia mencebik bibirnya. “kau ni..kalau jodoh tak kemana orang cakap..ni pun dah nampak hint-hint takdir tu milik kau.aku doakan je kali ni sahabat aku bahagia..amin” “harap macam tu lah ..amin”Milia tersenyum manis. Hidangan yang usai di makan tetamu diatur satu persatu ke dalam talam.matanya masih tidak bekerdip pada wajah tetamu istimewa pada malam tu.tertanya-tanya di dalam hati,macam mana Fadhil boleh sampai kerumahnya.nak pergi duduk sebelah bertanya rasa segan pula.tetamu pun ramai lagi.urm,sekejap-sekejap lagi lah..fikirnya. Fadhil berbual-bual dengan ayah Milia dan tetamu-tetamu yang hadir.sesekali matanya menjeling ke dapur…seketika matanya bertentang dengan mata Milia.dia terkedu..rupanya sedari tadi Milia sudah perasan dia hadir di majlis itu.Milia menundukkan muka.Fadhil sendiri tergesa-gesa membetulkan kedudukkannya. “dok pandang sebelah sana ja..berkenan ka?”usik Pak malik yang sedari tadi memerhatikan Fadhil yang memandang Milia. “erm..tak adalah pakcik..”jawab Fadhil gugup sambil tersenyum malu.alamak! ayah Milia pulak terperasan dia memandang Milia. “tak payah seganlah..lupa nak kenalkan.tu anak pakcik satu-satunya.Emelia namanya.kejap pakcik panggil kenalkan dengan kamu…Milia,mai sat..”panggil Pak Malik.Milia memandang kearah ayahnya.aduih!masak dah ni…abah tau ka mamat tu kawannya??...Zera tersenyum dan menolak kedepan..Milia melangkah perlahan. “Milia,mai sini abah kenaikan…ni anak kawan abah Pak cik Deraman.ingat tak Pakcik Deraman ?alah,yang suka beri gula-gula kat kamu masa pergi kedai dia tu?” Milia terkesima…huh!anak pakcik Deraman?Fadhil??? “erm..ingat abah.”jawabnya pendek.matanya menatap wajah Fadhil dengan rasa binggung.maknanya tu lah mamat yang masa kecil-kecil dulu suka menyorok balik buaian bila dia dan abahnya pergi ke kedai perabot dulu.nostalgia hitam putih zaman kanak-kanak terimbas kembali..mamat ni rupanya.dalam hati rasa nak tergelak dan confius sama banyak. “Fadhil,ni la anak pakcik Emelia…kamu masih ingat dia?” “erm..ingat sikit-sikitlah pakcik…masa tu kecil lagi..”ujarnya pendek.amboi rupanya budak perempuan kecil yang suka menyakatnya dulu tu Emelia???..aduh!malu ni…serba tak kena Fadhil bila teringat zaman kanak-kanaknya dulu.takdir ke ni atau aku ja yang bermimpi…bertemu balik dengan musuh ketat masa zaman kanak-kanak dulu.budak perempuan nakal yang selalu berperangai samseng dan menyepak kakinya dalam diam.sebab itulah juga setiap kali budak perempuan kecil itu datang dia akan sedaya upaya menyorokkan diri.budak ni Milia????macam tak percaya ja….monolognya di dalam hati.Fadhil tersenyum tawar. “Diam ja masing-masing…sembang-sembanglah.abah nak bersalam dengan tetamu yang nak balik tu.janganlah segan-segan,kamu pun kawan lama jugak kan..” Fadhil dan Milia mengangguk.mata masing-masing berpandangan di antara satu sama lain.pertama kali mulut becok Milia terkunci.Fadhil juga sama.masing-masing sibuk mengimbas cerita lama mereka dalam hati sahaja.musuh ketat zaman kanak-kanak…kini tetiba pulak berjumpa,sedangkan masing-masing tak tahu pun saling kenal suatu ketika dulu….nak cakap apa nih??? “Awak..”Milia memecah kebuntuan. “saya..”Fadhil juga mencelah serentak.serentak mereka terdiam kembali. Zera memerhati dari jauh.apasal dua-dua diam je ni?cakap dah kenal..tetiba lain pulak je reaksi bila dah jumpatakkan malu kot??.ni tak boleh jadi ni..fikirnya.zera melangkah ke ruang tamu depan.dia duduk di sebelah Milia. “hai,apa khabar?”tegur Zera. “khabar baik..kawan Milia ye?”tanya Fadhil. “erm..ya.Milia,sampai hati kau tak kenalkan aku dengan kawan kau ye?”rungut Zera. Milia mencubit peha Zera tanda protes.Zera mengaduh lembut. “erm…Fadhil,kenalkan..ni sahabat baik saya Zera” “hai…saya Zera” “hai…saya Fadhil..” “dah lama kenal Milia?”duga Zera. “erm..nak kata lama tu tak juga..baru kenal..”ujar Fadhil teragak-agak.terasa tidak selesa. Milia tergesa-gesa bangun.lagi lama tunggu lagi gelabah di buatnya.maklumlah kalau di imbas cerita lama dialah yang selalu cari pasal dengan mamat yang bernama Fadhil tu.malu ja bila ingat balik.walaupun zaman kanak-kanak dah lama berlalu,dia masih rasa bersalah kerana budak lelaki yang selalu di bulinya dulu tu rupanya Fadhil,hero pujaan Malaya hatinya kini…macam mana boleh jadi macam ni nih?aduh,kecilnya dunia.entah apalah mamat tu fikir tentang dia.nasib baiklah kalau mamat tu dah lupa apa yg dia buat dulu.tapi wajah mamat tu membayangkan hal lain.macam marah dan tak selesa jer….manalah hendak di buangnya rasa serba salah ni…kenapalah mesti budak lelaki tu adalah Fadhil? “awak nak pergi mana?tak sudi berbual dengan saya ke?”tahan Fadhil. “betul tu Milia,kesian kat Fadhil ni…”ulas Zera. “maafkan saya awak…saya ada banyak kerja kat dapur tu.”dalihnya. “kau jangan ngengada…kau duduk sini,layan tetamu ni.aku bereskan untuk kau k..”jawab zera. “tapi..” “dah kau jangan degil..tak baik buat tetamu macam ni…”syarah Zera. “okey,okey..”Milia duduk kembali.. Fadhil merenung wajah Milia.dalam hatinya berteka-teki.mungkin cerita zaman kanak-kanak dulu membuatkan Milia merasa serba salah dengannya.jujur,dia sendiri tidak selesa sebenarnya dengan kejutan demi kejutan yang dia terima sedari tadi..sungguh tak pernah terlintas di benaknya,Barbie versi tembam aka Milia tu adalah budak perempuan yang suka membulinya dulu.terbalik kot pulak!sepatutnya budak lelaki buli budak perempuan..tapi sebaliknya pulak.terasa keegoaannya sebagai lelaki tercalar sekejap.bila jumpa balik,rasa malu juga…. “jadi awak la budak perempuan gangster tu ye”usik fadhil memecah kebuntuan. Milia tersengih.akhirnya,mamat tu mula bersuara jugak pasal kisah zaman kanak-kanak mereka. “saya bukan gangsterlah..awak yang lembik”ujarnya membela diri. “tak gangster awak kata?hari-hari kalau jumpa awak tending kaki saya.nasib baik masa tu saya tengok awak comel,kalau tidak saya sepak balik tau..saya bukan lembik saya hormat perempuan….” “eleh,yelah tu..abis tu apasal awak menyorok setiap kali saya datang kedai ayah awak?” “saya lari lah,nanti awak sepak kaki saya lagi…dah la bengkak kaki yang lama tak hilang lagi..awak kejam tau tak masa tu..fobia saya di buatnya.”seloroh Fadhil. “tu lah…kesian awak kan?tapi saya dah lain kan sekarang.nak saya sepak kaki awak lagi tak?” “ish..memang lain sangat.sekarang lagi chubby dari dulu.kalau sekarang awak sepak kaki saya maunya saya demam tak kebah seminggu ni..kaki macam batang balak” “amboi,tak sayang mulut..nasib baik awakhandsome sekarang ni.kalau tidak memang comfirm saya sepak kaki awak 4 kali tau tak?”dengus Milia sambil tergelak besar. “Amboi,sudah,sudahlah buli saya.saya sekarang dah ada tali pinggang hitam tau..try la kalau berani…”cabar Fadhil. “berlagak!” “of coz…awak kan pembuli lelaki dulu” “sekarang tak dah…dah insaf!” “betul ke dah insaf ni?macam tak percaya je?”duga Fadhil. Serentak mereka berdua tergelak.Zera memerhati dari jauh.di hatinya berbunga rasa gembira.walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang di bualkan Fadhil dan Milia,dia pasti wajah sahabatnya itu sedang bahagia kini. "err...saya nak tanya sikit ni.." "nak tanya apa?tanyalah.." "macam mana awak boleh kenal abah saya?terkejut saya,tiba-tiba saya tengok awak kat sini.." "oh pasal tu..erm,saya kenal abah awak kat hospital.abah awak ziarah teman dia yang dilanggar oleh kawan saya..cerita punya cerita,rupanya dia kenal abah saya.so,abah awak yang jemput saya ke sini..."terang Fadhil. "owh..sorry ye awak.saya memang nak jemput awak sebenarnya.tapi sibuk-sibuk terlupa.." "tak apalah,saya faham..saya pun tak sangka sebenarnya itu ayah awak.terkejut saya tadi bila masuk dalam rumah awak.." “

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...