Harga sebuah kesusahan hidup

ada yg pernah bertanya padaku"makanan apa yg paling sedap aku pernah makan?".jujur jawapan aku ialah makanan "nasi dan kicap".maklumlah kerjaya suamiku di hotel,membuatkan aku makan banyak makanan yg sedap-sedap saban hari...tahu kenapa? kerana dulu sewaktu hidup susah itulah makanan yg paling sedap pernah aku makan."nikmat"nya hanya orang-orang yg biasa susah saja tahu. kerana makanan itulah aku sehingga mengalirkan air mata,tanda insaf cuba memperbaiki masa depan yg ada... kerana makanan sesedap itulah aku membina pendirian yg tidak mudah rapuh bila aku hidup senang nanti.sekurang-kurangnya hatiku dapat merasai apa yg dirasai oleh insan-insan lain di luar sana yg menikmati hanya makanan itu setiap hari. kerana makanan itulah aku sedar,hidup tak akan berubah jika aku cuma duduk menunggu bulan jatuh keriba.setiap perkara perlu usaha baru di sertai tawakal... kerana makanan itu aku tahu makna syukur yang sebenarnya.sekurang-kurangnya hanya itu pengalas perut yang ada bila kelaparan melanda...syukur,mungkin ada yang tak mampu makan seperti itu sekalipun... kerana makanan itu juga aku tahu apa maknanya peri kemanusiaan dan jangan mementingkan diri sendiri. makanan sesedap itu mungkin tak dapat ku jamah lagi kini,namun aku berterima kasih pada makan sesedap itu...itu harga sebuah kehidupan,harga sebuah pengharapan,harga sebuah penghinaan yang akan ku kenang di sepanjang hidup... hidup ini umpama roda,hidup susah bukan penghalang sebenarnya ..hati perlu kuat.jiwa kena tabah..mungkin tak semua orang kaya yang ada di dunia ini boleh menerima hidup dengan makan makanan seperti itu bila jatuh susah..kerana mereka tidak biasa menghayati apa erti kesusahan...sudah terbiasa dengan makanan enak. aduh, aku sebenarnya tak pandai untuk menafsirkan erti bahagia...jujurnya bagi aku erti bahagia itu luas,bukan setakat bersama orang yang kita sayang.bahagia itu ada bila kita terima apa yang kita ada seadanya.tidak berkeluh-kesah,malah bersyukur setiap masa hatta di masa susah dan senang...dalam masa kita sendiri ada perikemanusiaan bila kita lihat orang lain juga susah seperti kita.... mungkin kita tak dapat bantu mereka,sekurang-kurangnya jangan hina apa yang mereka ada..berapa banyak insan berjaya di luar sana yg hanya membesar dengan nasi berlauk kicap?? jangan sedih jika hidup susah,tapi sedih jika hidup tak bermaruah..tak guna hidup senang kalau rampas harta orang untuk kekayaan sendiri,perah keringat orang untuk cari kesenangan diri...dan lagi teruk jika simpan harta bertan-tan tapi langsung tak pernah memberi... jangan sedih bila di hina,tapi bersedihlah kita apa yg di puji bukan milik mutlak kita di dunia... jangan sedih kalau kelaparan lagi,tapi sedih bila diri kita kenyang dengan nafsu serakah yang tak pernah habis setiap masa...
pandang dengan mata hati yg cukup dalam makna yang tersirat bila kita di uji...jangan putus asa dalam hidup,rezeki milik Allah dia tambah bila kita bersyukur,dia beri azab yang pedih bila kita kufur nikmat yg ada walaupun hanya sepinggan nasi yg berlaukkan kicap...

4 comments:

  1. Asalam , Saya mengikuti halaman Tuan / Puan .. saya sedang mengalami satu masalah , tapi bacalah dulu oranghanyut.blogspot.com , Saya minta nasihat Tuan/Puan ... please reply jika ada penyelesaian ... dire straits

    ReplyDelete
  2. Sy sudi membantu.buat masa ni sy belum dpt mengakses ke blog anda.hrp anda dpt add sy sebagai kwn..insyaallah kt sama2 selesaikan.
    admin nur

    ReplyDelete
  3. Salam puan. Can i get ur personal email? I need to ask fr ur opinion. Mine is azimahcm@gmail.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...