pertemuan vs perpisahan


Dah lama tak diupdate blog ni.coz memang tersangatlah busy.thanks pada follower blog ni.sudi kiranya menegur jika ada tulisan blog ini yg tidak sempurna di mata anda... dalam hidup kita,ada perkara yg buat kita sedih sangat.. Perpisahan dengan sesuatu yg telah kita sayang dan sebati dengan diri.. Banyak pengalaman pahit manis yang tak terdaya untuk dilenyapkan dari ingatan. Bukan sedikit air mata yg tertumpah, Bukan sedikit juga senyuman bahagia yang terukir di wajah. Setiap raut wajah penuh berkisah, Personaliti berentiti dan attitude yang berlawanan arah, Perselisihan faham dan kemaafan yg terindah Bersatu menjadi satu, Namun ada bahagia yg serasi di jiwa. Kini tiba di penghujung jalan memori, Yg pasti sakit untuk melepaskannya. Ya, Pertemuan memang dicemburui perpisahan.. Tapi bilaku renung kan kembali,setiap yang allah atur dalam kehidupan kita ni memang cantik sangat. Takdir yg terindah adakalanya terselit di belakang tabir perpisahan.. Jujur, Ku telah melaluinya berkali-kali, Sakitnya untuk bangkit kembali dan kembali ke keadaan waktu sebelum pertemuan. Namun kini, Ku semakin dewasa dlm menafsir erti pertemuan, Iaitu seseorang yang allah takdirkan bertemu dengan kita itu bakal mengubah diri kita sendiri atau dia yang berubah kerana diri kita.. Perpisahan pula memberi ruang dan peluang untuk kita mencari yang terbaik untuk diri dan orang yg kita sayang.apapun hargailah sebuah persahabatan yg ada dengan jalinan sillaturrahim yg berpanjangan hingga ke jannah.
Bertemu janganlah jemu, Berpisah jangan pernah gelisah.. Lumrah hidup,lumrah dunia Yg pasti pertemuan vs perpisahan hanya hati-hati yg tabah akan sabar melaluinya dengan redha.. KITA MUSAFIR YG LALU SEBENTAR, MUNGKIN TIDAK SELAMANYA MENAPAK DI JALAN YG SAMA, MUSIM BERLALU, TAHUN BERGANTI, SEMUANYA PASTI BERUBAH.. SALAM MAHHABAH, Perindu maya 79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...