Pentingnya niat dalam kehidupan

bercerita tentang nawaitu(niat) ini aku teringat satu kisah yan ibuku ceritakan masa aku kecil-kecil dulu.kisahnya mengenai pentingnya niat dalm setiap perkara yg kita lakukan.maafkan aku jika cerita yang ku ceritakan ini tidak sesempurna versi asalnya.aku cuma ingin berkongsi sedikit ilmu dan nilai-nilai kehidupan kecilku yang masih ku pegang teguh di sepanjang jalan hidupku sebagai seorang muslimah sehingga hari ini.ceritanya mengenai seorang lelaki yang membunuh 99 orang.lelaki ini sebenarnya mahu insaf dan kembali ke pangkal jalan.lalu dia pergi menemui seorang paderi dan membuat pengakuan bersalah. "saya telah membunuh 99 orang manusia,adakah dosa saya diampunkan?"tanyanya. jawab paderi"dosa kamu tidak akan ada yang dapat diampunkan.kamu telah membunuh 99 orang manusia".lalu lelaki tadi merasa kecewa dengan jawapan itu lalu membunuh paderi tersebut.maka lengkaplah jumlah yang di bunuhnya iaitu 100 orang. lelaki itu menemui pula seorang hamba allah yang soleh,lalu bercerita tentang dosanya membunuh 100 orang manusia."adakh dosa saya boleh di ampunkan?".maka jawablah lelaki itu dengan penuh hikmah,"wahai saudaraku,sesungguhnya dosa yg diperbuat anda itu adalah dosa besar.tetapi sebesar manapun dosa yg diperbuat olehmu,bertaubatlah dan carilah pengampunan dari Allah.maka lelaki soleh tadi tidak di bunuh oleh lelaki tadi.malah dirinya menjadi insaf dan mahu bertaubat.lalu dia meminta cara dan jalan untuk dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.hamba allah yg soleh itu menyuruh lelaki tadi pergi ke suatu tempat untuk belajar tentang islam dan bertaubat untuk memohon keampunan.maka lelaki tadi pun dengan niat mahu bertaubat memulakan perjalanannya ke tempat itu.belum sempat ia sampai ke tempat yang dituju,malaikat maut telah mencabut nyawa lelaki itu.lalu matilah dia.maka bermulalah perselisihan diantara malaikat tentang status lelaki itu.adakah ia ahli neraka atau ahli syurga..maka Allah memerintahkan malaikat mengukur jarak perjalanan lelaki itu dari tempat ia bermula ke tempat dia berniat mahu bertaubat.ternyata, jarak perjalanan lelaki itu ke tempat dia mahu bertaubat lebih dekat dari tempat dia bermula.maka Allah memerintahkan lelaki itu adalah ahli syurga.maka masuklah lelaki itu kedalam senarai ahli syurga lantaran niatnya yg ingin bertaubat.betapa pengampunnya Allah terhadap manusia.meskipun dosa yang kita lakukan itu sangat besar sebesar gunung sekalipun,kasih-sayang Allah tidak setanding untuk mengampunkan kita. kita pula sendiri sebagai manusia,suka menghukum manusia lain dengan sangat kejam.contohnya banduan yang pernah melalui kehidupan hitam di dalam penjara.kita tanpa rasa kasih-sayang terus berprasangka dan menghukumnya sedangkan ada di antara mereka telah insaf sepenuhnya.secara tidak langsung sebenarnya kita memberi tekanan mental ke atas mereka dan merubah mereka menjadi seorang manusia yang lebih agresif semula.tekanan boleh membuatkan mereka kembali pada jalan yang salah.sepatutnya kita memberi ruang dan peluang untuk mereka menjadi seorang manusia semula.ingin aku bertanya apakah kita boleh menjamin bahawa kita tidak akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti??lantaran dunia ini berpusing laju umpama roda wheel.berikan aku jawapannya....bagi aku itu tidak mustahil,kerana manusia yang sewaras manapun pasti pernah melakukan kesilapan di dalam hidup.tekanan mental dan keadaan sekeliling bisa merubah kita menjadi agresif dan melakukan dosa-dosa besar tanpa kita sedari.jadi siapalah kita untuk menghukum mereka??.. dalam hidup ini segalanya adalah berkemungkinan....pohonlah keampunan dari Allah,maafkan mereka-mereka yang pernah menganiayai kita kerana memaafkan itu lebih hampir kepada takwa.insyaallah jika kita pernah melakukan kesilapan,pulanglah pada jalan asal...selagi ada waktu selagi ada masa,pintu taubat sentiasa terbuka.jalnilah hidup dengan hati yang lapang,dan bersedia pada setiap kemungkinan dalam hidup.janganlah kita menghina sesama manusia lantaran kesilapan masa lalunya...sebaliknya, buka lah hati kita untuk membantunya membina kembali dinding-dinding keteguhan di dalam hati.Allah sentiasa memerhatikan segala niat yang kita niatkan di dalam hati.dan Allahlah hakim yang maha hebat...Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...