Pesanan tok....^_^


Teringat pesanan tuk…
Orang dulu-dulu kekal bahagia sebab apa?
Satu…terima apa adanya jodoh yang datang adalah takdir Allah...insyaallah,bahagia.
Pesan tuk,
Pasangan yg bahagia bukan saja pasai duit ringgit…
makan lauk ikan masin pun bahagia,
janji tak lapar..
Tapi…
Hati yg sentiasa bertaut satu sama lain,
Depan orang tak lah romantic sangat maksudnya tunjuk kat orang luar kata kita ni  bahagia…kalu boleh biar tersimpan rapi.perkahwinan ni ibarat menyimpan rahsia pasangan sekukuh yg mungkin.kena amanah.terima seadanya…ada benda makan,makan.kalau tak ada duduk diam-diam.
Pesan Tuk  lagi,
Cinta pada Allah kena lebih,sabar pun kena lebih…
Jangan perkara  kecik-kecik pun di perbesarkan,
Bila kawin kena hormat keluarga suami,
Buat macam adik beradik bukan macam orang lain,
Maksudnya anggap macam adik beradik sendiri…..
Jangan campur hal yg tiada kena mengena dengan kita,
Maksudnya jaga lidah..
Jaga keharmonian keluarga….
Alhamdulillah…pesanan tuk tu,bermakna untuk aku ingat sepanjang masa.kata orang orang tua macam tuk dah makan garam dulu dari kita.bijak betul orang-orang tua zaman dulu jaga rumahtangga mereka.
Kita akan jadi matang selagi kita pandai membawa diri,banyak belajar dan perbetulkan kesilapan yg ada….kita pasti tak menyesal seumur hidup.
Cinta?
Ingatlah…dia cuma datang sekejap…bukan jaminan sebenarnya.
Apa tertinggal selepas itu sebenarnya adalah perasaan kasih-sayang dan saling menjaga di antara satu sama lain..
Cinta bukan untuk sesaat,
Sebulan atau setahun,
Tetapi kasih-sayang yang perlu di abadikan di seluruh hidup ini…
Hidup kita sentiasa di beri pilihan…
Dan kita yg menentukan….
Pilih dengan mata hati dan tawakal…
Janganlah hanya bersandar pada rupa dan kekayaan material…
Allah akan melorongkan jodoh terbaik buat kita…
Tepuklah dada tanyalah hati…
Disitu ada jawapannya…
andai satu ketika,bahtera bahagia kita karam,
biarlah kerana Allah kita berpisah,
bukan kerana hati kita sudah tidak sehaluan lagi....
pesanan tuk sentiasa diingatanku,
kalau boleh,biarlah cangkul dan tanah menguburkan segala
kisah-kisah kita sewaktu di hayat ini,
semoga kita di pertemukan lagi di sana...insyaallah~

Dariku,
Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...