Amarah vs Kelembutan hati

bila bercakap pasal kehidupan,banyak benda yg kadang-kadang aku sendiri tak faham.sementelah lagi perangai certain-certain orang di sekeliling aku.sebaik mana pun aku cuba positifkan diri,ada juga yg membuatkan aku rasa macam berdiri tanpa kaki seketika.
sememangnya aku rasa penat melayan benda remeh-temeh di sekeliling hidupku....
ada yg aku sangka baik sangat,tapi sebenarnya nothing...cantik cuma di mata kan?hati siapa tahu....
aku tak pernah anggap aku serba sempurna,aku juga manusia biasa.ada masanya rasa kebasku terusik juga.
mungkin aku juga punya sejarah hidup sendiri..pernah melalui macam-macam pengalaman hidup..dari zaman kanak-kanak,remaja,dunia belajar dan bekerja...aku akui secara ikhlas,aku asalnya memang seorang hot temper...nampak jer macam slow.tapi segalanya berubah bila aku jadi seorang ibu...
darah panasku kian beransur hilang.aku lebih positif dalam meniti hidup.faktor kedua membuat aku semakin cool down ialah bila aku mula terfikir,hot temper tu tak memberi makna positif pun dalam hidup.berurusan dengan jiwa manusia ni lebih susah dari menarik rambut dalam tepung.hot temper,dendam,perasan bagus tak cukup kuat untuk menanganinya.lantas aku banyakkan membaca kisah-kisah Rasulullah s.a.w.sesungguhnya aku tak mungkin dapat menandingi halusnya akhlak Rasulullah s.a.w.
di sudut hati kecilku yg paling dalam,aku bangga menjadi umatnya.akhlak baginda seumpama air sejuk dingin beku yg bisa mematikan bara yg membakar,melebur kedegilan dan lambang agama islam yg sebenar.lantas eksperimenku yang pertama,membentuk hati seusiaku hampir di hujung 20-an.aku belajar berdiplomasi dalam setiap apa yang aku lakukan dan aku memang berjaya.aku dapat ramai kawan dari musuh.
sedikit demi sedikit aku sudah belajar tidak lagi mengikut hati sebaliknya aku mengawal hati dan emosi yang ada.aku sendiri terkejut,aku mampu kawal diri dari marah sedangkan dulu kalau hal kecilpun aku mampu jadi macam incridible hulk...naik angin satu badan.
Rasulullah s.a.w mengajar kita menyayangi orang di sekeliling kita umpama  saudara sesama islam.alah bisa tegal biasa jika kita selalu berjumpa dengan manusia yang sememangnya tegar menyakiti hati kita sedangkan kita sendiri tak tahu apa dosa kita.umpama di hukum masuk neraka sebelum amalan kita di timbang selayaknya...memang sedih,pedih dan penuh pelbagai rasa...
namun,aku belajar memahami,tentu manusia-manusia ini ada sebab mereka yang tersendiri...mungkin kerana dendam,mahu di nilai hebat,dengki khianat atau iri hati...lampias dari nafsu yg tidak tahu arah tujuan.yang jadi mangsa ialah orang yg tak pandai melawan.setiap perkara yg berlaku di hadapan mataku setiap hari membuatkan aku berfikir,berantalogi dengan sewaras-warasnya bahawa kekerasan tidak pernah akan dapat menyelesaikan kekusutan yang ada.cuma kelembutan,keikhlasan dan  sifat besederhana mampu mengubahnya agar menjadi tenang semula.mungkin aku tidak mampu mengubah manusia-manusia di luar kotak hidupku jadi lebih baik,cukuplah mereka belajar sepertimana aku belajar hidup dalam kekusutan dunia ini.
Alhamdulillah,kini aku mampu berdiri,mampu di uji kanan dan kiri walaupun adakalanya nafasku sesak jua di asak dugaan.mungkin aku sudah kebas dengan hal-hal yang menyakitkan.ada juga segelintir manusia yang memandang diriku penuh rasa curiga.aku maafkan mereka kerana aku tahu aku juga bukan insan yang sempurna.aku cuma mahu keluar dari kepompong emosi dan belajar mendamaikan apa yang ada di dalam hati.setiap perkara sekalipun amat menyakitkan aku sudah bisa bertenang...untuk apa aku marah,dendam dan menyakiti?sedangkan Rasulullah tidak pernah mengasari sesiapapun apatah lagi dengan emosi marah.jiwa baginda sangat luhur,lembut dan bersedia memaafkan musuhnya sekalipun nyawanya pernah di ancam.
kini,aku melangkah dengan yakin...aku maafkan segala apa yg berlaku di sebabkan manusia yg pernah zalim padaku.aku tak mahu lagi bertatih di atas lantai emosi marah yg membara.setiap yg berlaku adalah pengajaran terbaikku dalam menghargai kelembutan jiwa yg menjadi azaliku sejak lahir ke dunia.emosi marah yg dulu ada adalah permainan syaitan yg selalu mengajak aku menjauhkan hubungan silaturahim sesama manusia.
aku hanya berharap,ada lagi manusia-manusia di luar sana akan belajar berhijrah dari himpitan emosi.Allah telah memberikan kita azali yg seputih kapas.kitalah yg merosakkan diri sendiri...dan belum terlambat kita belajar mengawal hati kita.ingatkan diri kita ,Rasulullah s.a.w  juga seorang manusia seperti kita.namun baginda sangat lembut dalm berbicara dan bersilaturahim.andai sifat-sifatnya tidak dapat kita tiru 100 peratus cukuplah 50 peratus sebagai ubat hati kita yg masih berbaki.
kita tak mungkin dapat mengubah hati manusia untuk menyayangi dan menerima kita seadanya....namun yakinlah Allah mampu mengubah hati manusia dari sekeras batu menjadi lekuk lantaran hanya di sebabkan titia-titis air yg jatuh.seandainya masih ada yg menyakiti...biarkan ia berurusan dengan pemilik hidup kita iaitu Allah.Allah Maha Mengetahui akan tipu muslihat makhluk-nya hatta sebesar zarah.penting untuk kita terus beristiqamah dalam keredhaan-nya tanpa pernah berasa sesal dan dendam...hati akan tenang,bukan lagi seperti larva gunung berapi.....kelembutan hati mungkin x mampu mengubah apa yg telah terjadi namun dapat merubah segalanya menjadi lebih baik.kita hidup bukan untuk diri sendiri atau kerana manusia.tapi kita sebenarnya hidup untuk mendapat keredhaan Allah.sepertimana kita belajar redha,setiap yg belaku dalam hidup kita adalah simfoni ujian mematangkan jiwa.Amarah vs kelembutan....pasti  yg terbaik akan membuatkan kita belajar bertoleransi sebaiknya.marah kena pada tempatnya,lembut juga pada hadnya.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...