Aura warna:Mandi Bunga Antara Realiti dan Mistik

sejak dari kecil lagi aku memang berminat dengan warna....setiap warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.aku pernah melihat seseorang yang terkena sihir mandi bunga.pada mulanya,memang aku seram juga bila dengar mandi bunga ni...so,bila umur dah meningkat remaja,aku mula buat research tentang mandi bunga....


hasilnya setelah aku belajar sendiri makna sebenar mandi bunga ni baru aku faham...kita selalu menafsirkan sesuatu yang mistik tanpa cuba mencari kebenarannya.sebenarnya,mandi bunga yg sebetulnya tidak ada salahnya.mungkin yang menggunakan jampi serapah itulah yang menjadikannya tidak betul.sebetulnya,cukuplah mandi bunga yg simple dan sedikit bacaan ayat-ayat Al-Quran.itupun,perlulah di niatkan yang baik di dalam hati.
di dalam masyarakat kita,mandi bunga di ertikan sebagai pelaris jodoh.sebenarnya banyak fakta menarik tentang rahsia warna "mandi bunga" ini yang kita perlu tahu.antaranya:
1.warna dalam bahasa arab adalah "laun" dan "Alwaan"yang bermaksud warna-warna.ia disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-quran.untuk rujukkan surah An nahl ayat 13 dan 69,surah Ar rum ayat 22,surah Fathir sebanyak 2 kali dalam ayat 27 dan 28 serta surah Az zumar ayat 21.ia mengambarkan betapa warna amat penting dalam kehidupan manusia.
2.warna bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran.dan sebagai manusia setiap getaran yang di terima memberikan rasa teruja dan tenang.maknanya setiap warna mempunyai sifat panas dan sejuk untuk emosi.
3.warna boleh membongkar rahsia personaliti seseorang manusia yang tidak dapat di tafsirkan secara mata kasar.dasyat kan?
4.setiap warna mewakili aura yang berbeza...sebagaimana bumi di lindungi dengan 7 lapisan langit,tubuh manusia juga sepatutnya di lindungi oleh 7 lapisan aura.dan semuanya berkaitan dengan warna.subhanaallah, betapa,bijaksanya Allah...
oleh itu secara realitinya, apabila warna adalah aura...maka warna-warna dalam bunga yang di jadikan mandia itu juga adalah alternatif yang terbaik untuk mengekalkan perlindungan untuk kesihatan dan perlindungan 7 lapisan aura badan.
sememangnya aku takjub dengan hasil kajian yang aku buat...pernah aku belajar cara-cara untuk mandi bunga yg betul.aku belajar dari seorang ustazah di sekolah pondok di selatan tanahair satu ketika dulu.yang paling membuatkan aku berminat ialah sewaktu melihat dia memandikan seorang kakak yang terkena sihir...dia tidak lokek berkongsi rahsia warna-warna dan unsur-unsur perubatan yg ada pada setiap mandian yang di lakukan.menurutnya,setiap warna bunga mewakili warna panas dan sejuk. dan setiap warna panas dan sejuk bila di campurkan akan menjadi warna yang seimbang untuk badan.menurutnya lagi warna yang paling seimbang ialah hijau.sebab itulah pada setiap mandian bunga perlu ada daun pandan dan limau sebagai penstabil.
mnurutnya lagi,warna-warna asas ialah kuning,merah dan biru...yg mana bila warna-warna ini di campurkan ia boleh menghasilkan 10 juta warna lain...subhanaallah, sekali lagi aku takjub.maknanya kalau warna bunga tu ada warna merah,kuning dan biru saja sudah boleh memecahkan getaran aura 10 juta warna lain,bayangkan...betapa sihatnya luaran dan dalaman kita.
selalunya di minda aku,mandi bunga ni untuk perempuan ja...rupa-rupanya salah lah...
untuk kecergasan fizikal dan maskulin seseorang lelaki dia boleh juga mandi bunga.tahu kenapa?lelaki yang sukakan aktiviti senaman fizikal patut tahu ni bahawa warna bunga merah,jingga dan kuning sesuai untuk aura kelelakian...maknanya sesuai untuk meransang aura semangat yang sedia ada dalam diri.kalau untuk yang sukakan kreativiti muzik dan imaginasi kreatif menggubah lagu,boleh cuba menggunakan bunga yang berwarna biru,indigo dan violet..tapi biasanya bunga yg berwarna violet jer yang senang dapat pun kan..iaitu lavender.untuk kestabilan badan...perlukan gunakan warna hijau...iaitu daun pandan dan limau sebagai pewangi badan.
secara ringkasnya juga aku pernah menolong beberapa kenalan terdekat yang memerlukan pertolongan,semuanya dengan niat membantu.dari apa yang aku belajar, mandi bunga ni ada dua syarat sahaja..pertama,perlu 7 jenis bunga..kalau boleh macam warna pelangi...selalu yg aku guna bunga kekwa kuning,bunga lavender,rose merah,bunga kembang pagi,rose putih,rose pink,bunga raya tak kisah la warna apa daun pandan,limau nipis dan sintuk.syarat kedua,kena gunakan kain batik yang tak akan di pakai semula..maksudnya selepas mandi kain batik tu perlu di buang terus.
sebelum mandi kena baca Al-Fatihah 7 kali,surah Kursi 7 kali dan selawat nabi 7 kali...lepas tu boleh mandi seperti biasa...
kebanyakkan dari masyarakat kita selalu kata mandi bunga ni ada unsur-unsur mistik...tapi logiknya,mandian aura warna bunga membangkitkan cakra tenaga dalaman dan keserian diri.selalunya bila badan kita kurang aura,kita selalu tak bersemangat. dan logiknya juga,bila dah tak bersemangat unsur-unsur lain seperti jin dan sihir mudah masuk ke dalam badan.pernah juga dari pengalaman aku bertemu dengan sahabat yang berat jodoh.itu semua sebab ada pihak ketiga yang dengki dan balan dari belakang.maksud balan tu sebenarnya istilah buat dalam senyap.maksudnya dia sendiri tak tahu dia di sihir...setiap lelaki yang dekat dengan dia akan cakap muka dia adakalanya nampak elok dan adakalanya nampak buruk naik seram je aku dengar story dia.bila dah macam tu hubungan dia dan lelaki on dan off...katanya payah nak kawin kalau macam ni.so,aku nasihatkan dia cuba guna alnernatif ni...alhamdulillah,sekarang dia dah kawin pun.
semua bergantung pada niat.niat penting dalam kehidupan.sebaiknya kita gunakan anugerah-anugerah warna yang Allah beri untuk cuba memperbaiki sistem aura dalam badan kita.kalau aura kita kuat,insyaallah....anasir-anasir negatif tak berani hampir pada diri...kita hanya berusaha,Allah lah yang mengizinkan sama ada berjaya atau tidak.dari pergi ke bomoh dan buat perkara-perkara yang syirik,baik kita guna benda yang tidak bercanggah dengan akidah...itu kesimpulannya yang ku dapat.
di sini juga informasi lain yang aku dapat dari research aku mengenai aura warna. harap-harap ia berguna untuk orang lain.
mandi bunga mempunyai khasiat yang terlindung,antaranya mengandungi sistem bio-energy yang sedia ada dalam badan.aura bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi dalaman manusia.
aura yang sihat dan bersaiz besar penting untuk mengekalkan keharmonian tubuh supaya kekal sihat dan bebas dari unsur negatif selain menghilangkan tekanan dan stress.


seperti bumi dilindungi 7 lapisan langit,aura juga mempunyai 7 lapisan....
lapisan 1:warna merah yang berfungsi sebagai aura tahap kesihatan tubuh.
lapisan 2:warna jingga yang berfungsi sebagai aura pengawal emosi dan perasaan manusia.
lapisan 3:warna kuning yang berfungsi sebagai aura minda luar sedar dan fizikal badan.
lapisan 4:warna hijau yang berfungsi sebagainaura pengalir tenaga dari dalam ke luar dan sebaliknya.
lapisan 5:warna biru yang berfungsi sebagai aura kesihatan tubuh fizikal.
lapisan 6:warna indigo yang berfungsi sebagai melampaui pancaindera dan membolehkan kita mendapat ilham.
lapisan terakhir yang merupakan warna kegemaranku iaitu violet(unggu) yang berfungsi sebagai aura yang menghubungkan tenaga alam terus ke lapisan aura.
ajaibnya setiap manusia mempunyai ketujuh-tujuh lapisan ini.ketujuh-tujuh gelombang warna pelangi ini bergetar dan memancarkan cahaya bagi keharmonian semua sistem rohani dan jasmani kita.
sesungguhnya apa yang Allah ciptakan di atas bumi ini anugerah yang tidak terlintas di sudut akal kita 1001 kegunaannya.yang sebaiknya kita gunakan anugerah yang ada untuk kestabilan dan kebahagiaan fizikal mental.insyaallah..

dariku,
Perindu Maya79

12 comments:

  1. Salam Perindu Maya,
    Boleh ke saya minta bantuan anda untuk mandian bunga untuk memulihkan semangat? Boleh saya email cik/puan untuk merujuk masalah saya?
    Jika tak keberatan. Terima kasih. -Lya.

    ReplyDelete
  2. Saya ada Sabun HomeMade - Sabun Mandi Bunga 7 Jenis Bunga, dan memerlukan pengedar.
    Ia mengandungi pati asli 7 jenis bunga yg harum.
    Sabun ini dikhaskan utk wanita yg perlu bersihkan badan sepenuhnya sebelum upacara Mandi Bunga.

    Berminat sms saya ye 011-1197 2340 (Admin) beri email sekali

    ReplyDelete
  3. Nk juge mndi bunga ni

    ReplyDelete
  4. Dari entri lain...d syorkan mandi garam dulu sblm mandi bunga...

    ReplyDelete
  5. Salam... mohon share entri mandi bunga Perindu Maya nie yer...:)

    ReplyDelete
  6. Mana nak dapatkan bunga area2 kajang or bangi ni...
    - sha

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalaam sis sha, maseh mencari lg bunga2 utk mandi bunga ni? Bole whatsapp sy 013-3451236 atau email janzain3@gmail.com.

      AsSalam sis Perindu Maya, mohon maaf sy reply kpd sis Sha sbb takade reply kpd nya...sy ingin membantunya...

      Delete
  7. bole ke mndi bunga dlm keadaan xsuci cth nye dlm keadaan haid??ade syarat ke nk mndi binga nie??

    ReplyDelete
  8. siapa2 yg berminat nak mandi bunga jom follow my instagram farieyha_mobile_spa. service dtg ke rumah. KL. atau Whatsapp sy untuk booking date 011 23743411 tq =)

    ReplyDelete
  9. siapa2 yg berminat nak mandi bunga jom follow my instagram farieyha_mobile_spa. service dtg ke rumah. KL. atau Whatsapp sy untuk booking date 011 23743411 tq =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...