Kenangan Semusim

bila rinduku bertandang ku jejaki kembali perjalanan hidupku satu ketika dulu di Pulau Langkawi,kedah.teringat tempat bersantai dan segala tempat yang pernah aku dan suamiku lalui satu ketika dulu....
tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat memulakan penghidupan baru sebagai seorang isteri ketika itu.antaranya ini lah tempat-tempat nostalgia yang tak pernah hilang dari ingatanku....
ni tempat masa aku dan my hubby cari reranting untuk pokok sakura kami dulu...Pantai kuala melaka,langkawi.pantai berdekatan Airport Langkawi.di sini banyak memori tercipta antara kami berdua.

ni pula tempat di mana aku memulakan job pertama aku setelah lama kebosanan di rumah.Unkaizan Jappanese Restaurant....milik chef Take san.
masih teringat bagaimana aku dan sahabatku azira merempit untuk sampai ke restaurant jepun ni di Pantai Chenang...masa tu restaurant ni ala kadar je...so,kami orang pertama yg di tugaskan untuk kemas tempat ni.teringat pada pelita minyak tanah yang hari-hari kawan-kawanku kena cucuh untuk menerangi kawasan restaurant.chef Take san ni baik orangnya tapi sangatlah serius pasal kerja....
teringat lagi macam mana kami mengemas tempat tu....penat seharian...kadang kala masa balik my hubby yang akan ambil bila dia free.kalau tidak,aku dan sahabatku azira lah yg akan balik berduaan...aku cuma bonceng jer...hehehehe.
mengimbas kembali kenangan lalu,banyak perkara yang aku belajar di sini.cara adat orang jepun,bahasa dan makanan mereka.menambahkan knowledge aku pasal masyarakat jepun.sempat juga kami menjalani kelas bahasa jepun with Ms Sayo San yg merangkap kepada Asist Chef Take San...setiap hari memang wajib ada...
ni lah tempat di mana wajib kena pasang pelita minyak tanah.tempat ni viewnya memang cantik.di hadapan adalah jalan menuju pantai chenang...track ni sesuai untuk aktiviti bersantai dan berbasikal sebab bercerun sikit.sesiapa yang berkunjung ke Langkawi dan melalui pantai chenang akan nampak Restaurant cantik ni di atas bukit...
semuanya meninggalkan kenangan indah di hati ini...nampaknya tempat ni dah di renovate secantiknya oleh Chef Take san...diantara banyak-banyak makanan jepun yang ada aku memang alah dengan masakan keladi jepun..muntah-muntah aku seharian kat rumah...tu belum rasa,just bau je...entah macam mana la kalau makan...aiyakk!
aku pernah tengok Chef Take San,memotong ikan Salmon...sangat bersih,tuala putih mengalahkan tuala baru di gunakan untuk mengelap ikan.besar gila ikan Salmon tu....kalau sekali potong maunya sebulan baru habis makan...tapi sebab restaurant ni buat sushi,cepatlah habis...aku pernah rasa juga beberapa makanan jepun..tapi yang halal di makan saja.Chef Take San ada listkan beberapa sos yang kami semua tak boleh makan.maknanya dia peka sebab kami orang islam tak boleh makan benda-benda tak halal...biasanya,aku cuma makan yang halal,yang dimasak oleh chef-chef lain yg juga kawan-kawan islam ku.nama je restaurant jepun,yang masak kebanyakkanya adalah islam,kecuali Chef Jepun tu jer...hehehe
walaupun hanya sementara bekerja di situ,sekurang-kurangnya itu pelajaran terpenting untuk aku yang sukakan cabaran hidup ni...sekurang-kurangnya aku ada "skill" untuk ku simpan sebagai satu penghargaan untuk diri sendiri..
guru terbaik adalah pengalaman...dan pengalaman terbaik adalh sesuatu yang tidak akan hilang dari ingatan sampai bila-bila pun...


Dariku,
Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...