manja atau gedik?


sebut ja topik kat atas tu automatik jadi kontroversi hangat.taaphu tak gedik tu apa?pada pemahaman aku,gedik tu lebih kepada perangai mengada-ngada keterlaluan.orang perempuan jer ada perangai gedik ni.kalau lelaki pun ada?lagi buruk lah rupanya kan?hahahahaha.... Jujur aku katakan memang sengal tengok perempuan gedik keterlaluan ni.cuma aku selalu ambil alternatif buat tak tahu ja.sebab tu hal masing-masing.biar dia dengan dunia dia, sebab dia tak kacau kita cukuplah...apa yang nak aku persoalkan kat sini kenapa mesti jadi gedik untuk memikat lelaki?...perempuan ni dah di lahirkan dengan cukup rasa.kalau x secantik mana pun,pasti setiap satu darinya ada kelebihan dalam diri.kalau x gedik pun tetap memikat apa?...jaga diri,jaga perangai elok-elok....lelaki mana tak terpikat.percaya x kataku,Allah jadikan perempuan ni penyeri....dah elok segala-galanya.jadi untuk apa kita overkan lagi kan?untuk menarik perhatian?awas! x semua lelaki suka perempuan gedik keterlaluan ni...kita tengok pun naik semak,inikan pulak lelaki kan? aku teringat cerita zaman sekolah dulu...masa tu ada lah satu sahabat aku ni gedik. tapi jangan jeles,dia memang ramai sahabat lelaki.masa tu aku sendiri try gak nak belajar gedik,tapi tak menjadi sebab aku ni pemalu sangat.hahahahaha~ alkisahnya,ada lah satu sahabat lelaki aku ni...muka orang baik-baik jer...boleh tahan la hensem jugak...satu hari dia tengah melawak dengan sahabat aku yang gedik ni.amboi,bukan main lagi manisnya mulut dia melawak dengan sahabat aku tu..tup~tup~ sahabat aku tu pergi keluar kelas sekejap.tahu apa?berjabu dia kutuk sahabat gedik aku tu...tadi bukan main lagi melayan...uhuh!aku jeling muka dia.dalam hati cakap" plastiknya engkau!.kalau tak suka buat apa layan..muka ja baik,perangai macam ntah apa-apa....".moralnya sejak hari tu aku memang dah tak bertegur dengan dia...sampai habis sekolah.takut aku dengan lelaki macam tu..mana tahu aku tergedik-gedik santai ke,dia kutuk aku pulak macam sahabat gedik aku tu tadi.kita sendiri tak tahu apa lelaki punya pemikiran,so lebih baik hati-hati.dia pun macam faham kenapa aku tak cakap dengan dia sekian lama....tapi aku perasan dia macam dah banyak kontrol cara dia bercakap.macam tu baru boleh aku cakap lelaki baik kan?apapun tu cerita zaman sekolah...dah lama berlaku.sampai hari ni aku jadi macam serba-salah nak melawak atau cakap lebih-lebih dengan orang yang aku kurang kenal.ambil masa sampai aku kenal dia siapa.kalau jenis yang happy go lucky or jenis yang tak suka kutuk orang barulah aku rasa selesa sikit. nasihat aku pada perempuan-perempuan di luar sana,awas bila nak mengedik yang keterlaluan ya...janganlah semata-mata kerana nak tarik perhatian,kita pulak jadi mangsa cacian.dan kita yang tengok orang gedik-gedik keterlaluan ni,please la jangan dok kutuk keterlaluan.kadang-kadang,gedik-gedik mereka pun pandai jaga diri.yang senyap dan kurang gedik tu pulak lebih dari itu teruknya.tepuk dada tanya diri.jangan kita buat sesuatu atas paksaan,biar yang lahir natural dalam hati. jadi perempuan ni susahkan?tak semua lelaki faham apa perangai perempuan.kalau kita tak sebaik mana dan secantik masa,itu taklah penting sangat sebenarnya.jaga diri baik-baik,itu pun dah cukup baik.jodoh,semua Allah yang tentukan.setiap dari kita dah tertulis jodohnya dari luh Mahfuz lagi..jangan sedih k... ingatlah! jangan jadi perempuan dalam ertikata maruah yang murah, kerana barang murah ni memang banyak pembelinya, tapi awas!tak semua barang murah ni di hargai, kalau dah rosak,terus masuk ke tong sampah....oouch! menjaga diri itu hak kita.kalau kerana perangai kita,orang menilai kita murah...itu salah kita sendiri....orang boleh cakap apa-apa saja sebab kita tak ada remote control untuk "mute" kan mereka.so,kita yang kena remote controlkan diri sendiri.manja boleh,tapi jangan gedik keterlaluan ya....^_^
Perindu maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...