Tuhan,hadirkanlah cinta dalm hidupku....

tentang cinta?
apa yg boleh aku katakan,aku pernah menempuh alam remaja.pernah mencintai dan pernah kecewa.masa tu aku cuma imagine seseorang yg bakal hadir dalam hidup aku...tup~tup....
aku cuma kenal erti cinta bila aku dah habis sekolah menengah....masa tu dah start cari duit poket sendiri... tapi mungkin tiada rezeki,cinta dalam hati yang aku bina itu terlerai jua.masa tu aku cuma kena sedar satu perkara, perlukah kita menyintai seseorang yg tak pandang kita walau sebelah mata pun?mungkin dia tak rasa apa yg aku rasa,tp aku memang kecewa....
satu-persatu lelaki yg hadir dalam hidupku...semua boleh ku kategorikan sebagai baik.walaupun yg hadir tu ada yg romeo.luaran sahaja tidak menggambarkan dalaman yg buruk kan?aku tak prejudis dengan lelaki-lelaki romeo ni coz mereka juga manusia biasa.mahu mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan diri mereka.cuma kadang-kala tanggapan yg salah membuatkan mereka di anggap jahat...itu pendapat masing-masing lah kan...aku x rasa macam tu.hormat mereka macam sahabat.
hati aku masih kosong ketika itu...sukar untuk melafazkan cinta.dalam hati aku tak mahu mempermainkan hati sesiapa.aku tak mahu jadi insan hipokrit,luaran menyebut cinta sedangkan hati tidak seiring...
apa yg aku cari terlalu simple masa tu...syaratnya lelaki itu boleh terima diriku seadanya...
sejak kecil aku hidup susah.aku cuma membesar dengan kasih-sayang ibu,ayah dan adik-beradikku.adakah lelaki yg bakal hidup denganku nanti seorang yg ikhlas hatinya memegang tanganku sepanjang hidup dan menerima aku apa adanya...masa tu aku tak kisah sangat pasal rupa...aku pun bukannya gadis yg cantik. kata orang,asalkan sedap mata memandang.satu saja sifat aku masa tu yg buat aku susah terima cinta lelaki.first bila tengok lelaki tu kategori anak orang senang...sure aku rasa rendah diri.comfirm lepas kenal dia siapa,aku anggap dia kawan baik jer.second pulak,bila lelaki tu ada ramai peminat wanita...ish~ish~bagi aku  mcm tak berapa sure dia boleh sayang aku dengan ego yang setinggi bukit tu...maklumlah orang ramai peminat ni banyak yg ego kan?third,coz aku pernah di hina...kerana aku bukan seorang graduan u or cendikiawan....aku anak orang susah ja.pedih,sedih dan rasa terhina bertahun lamanya.
kerikil-kerikil tajam itu benar-benar mengguris rasaku sebagai seorang wanita...airmata ku selalu tumpah..salahkah aku,mempertahankan maruah diri yg ada meskipun aku tidak secantik mana?aku juga punya perasaan...
setiap kali lepas solat,aku selalu berdoa...Ya Allah,hadirkanlah aku cinta.aku teringin nak bahagia macam wanita-wanita lain di luar sana.cinta yg membahagiakan aku selama hayatku ini.biarlah lelaki yg mencintai aku itu hanya lelaki biasa,anak orang biasa-biasa dan punya kasih-sayang yg luarbiasa...
sehinggalah,
lelaki umpama pelangi itu akhirnya hadir dalam hidupku....
dia cuma orang biasa,anak orang biasa-biasa dan cintanya benar-benar luarbiasa.
cinta mendalam ku hanya berputik selepas berkahwin.benar kata orang,cinta selepas kahwin lebih telus..kerana kita sudah mengenali hatinya luar dan dalam...hidup dalam cinta yang realiti dan bukan illusi atau bereksperimen.semuanya jelas dan terang....
tuhan,aku amat bersyukur....
lelaki adalah makhluk terindah anugerah Allah.aku teringat sebuah hadis Rasulullah s.a.w yg menyebut,lelaki yg paling baik adalah yg paling baik pada keluarga dan perempuan-perempuan mereka(isteri-isteri mereka).
begitu juga wanita,anugerah terindah sebagi perhiasan kalbu...
aku memang sensitif dengan perkataan-perkataan kasar begini...jantan dan betina.tahukah kita itu hanya gelaran buat haiwan.perlukah kerana gagal dalam cinta atau kecewa,kita menggelar makhluk Allah yg kita pernah sayang dengan panggilan begitu.
ingatlah satu perkara,seburuk manapun seseorang lelaki atau wanita pasti ada kelebihan dalam dirinya.janganlah kita menjadikan mereka sebagai eksperimen dalam mencari cinta sejati.hormati mereka apa adanya,jangan pernah mempermainkan hati mereka jika kita tidak berniat menyintai mereka.
dalam hidup ini,Allah hanya memberikan kita cinta sebagai anugerah terindah sekiranya kita memandang makhluknya dengam rasa hormat dan saling menghargai....insyaallah,seburuk manapun pengalaman cinta kita dulu,yakinlah dan berdoalah...Ya Allah,berikan aku cinta.hadirkanlah dia sebagai teman hidupku pengubat kesepianku,pendampingku yg setia dan penawar kesedihanku.insyaallah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...