Sunan Kalijaga:Beras menjadi Pasir


Bila sebut perkataan wali pasti ada yg di kaitkan dengan keramat...sebenarnya jujur ku katakan aku tak berapa percaya perkataan keramat ni...tahu kenapa?kadang-kala kita boleh jatuh syirik kerana mempercayai perkara tersebut.bagi aku satu saja reason logik yg membuat aku faham...wali Allah ni kebanyakkannya seorang Hamba Allah yg sangat merendah diri..kerendahan hati dan keikhlasan mereka membuatkan segala apa yg di doakan oleh mereka di terima oleh Allah.sebagai seorang manusia yg di kasihi Allah,mereka di lindungi Allah.dari sudut lain mereka hanya manusia biasa,yang menjalani hidup seadanya...
kisah ini bagiku sangat menarik....kisahnya bermula sewaktu Sunan Kalijaga dalam perjalanan untuk berdakwah. sewaktu melewati sebuah kampung,Sunan Kalijaga terserempak dengan sebuah kereta lembu yg sarat membawa muatan beras..Sunan Kalijaga hanya memerhati tanpa apa-apa perasaan.
rupanya muatan beras itu milik seorang saudagar kaya di situ...dia dan isterinya sibuk menguruskan beras-beras untuk di masukkan ke dalam gudang.sedang mereka sibuk dengan urusan itu datanglah seorang ibu miskin membawa anaknya.niatnya,meminta sedikit habuan beras untuk makanan anak-anaknya yg sedang kelaparan.permintaan ibu miskin itu tidak di endahkan oleh saudagar beras dan isterinya.ibu miskin tadi berusaha merayu...bukan beras sahaja yg tidak di beri,malah dia di herdik dan di hina oleh saudagar kaya itu bersama dengan isterinya yang sombong...Sunan Kalijaga masih memerhati dari jauh...bila di lihat ibu miskin itu hendak di halau pulang barulah Sunan Kalijaga menghampiri Saudagar kaya itu dan isterinya.dengan lembut dia bertanya"Saudara mempunyai beras yg cukup banyak,mengapa tidak di berikan sedikit kepada ibu miskin ini...beras saudara tidak akan luak"katanya lembut.
Saudagar kaya itu mencebik sambil berkata"saudara ini siapa?kenapa saya harus memberikan beras-beras ini kepada mereka.ini adalah hak dan uasaha saya dan isteri.dan mereka perlu membayar jika mahu beras ini"katanya sombong.Sunan Kalijaga hanya menggeleng-geleng kepalanya.
tiba-tiba orang suruhan Saudagar kaya tadi berteriak"Beras sudah jadi  pasir,tuan"jerit mereka.Saudagar kaya dan isterinya terpinga-pinga.tergesa-gesa mereka memeriksa karung-karung beras yg ada.sah! semuanya menjadi pasir.Sunan Kalijaga hanya memerhati,dia tidak sedikitpun berganjak dari tempatnya itu.
"ayuh,periksa di gudang..."jerit Saudagar kaya dan isterinya panik.
"semua beras di gudang juga menjadi pasir,tuan"kata orang suruhannya.
Saudagar kaya itu menggaru kepala...belum pernah perkara seperti ini terjadi...di perhatikan wajah Sunan Kalijaga...terdetik di dalam hatinya,pasti orang yg berdiri di hadapannya itu bukan orang sebarangan. kalau tidak manakan boleh beras yg bergudang-gudang miliknya bertukar menjadi pasir.Saudagar kaya itu mulai insaf di atas ketelanjuran dan kesombongannya terhadap ibu miskin tadi.dia memohon Sunan Kalijaga memaafkannya dan mengembalikan beras yg menjadi pasir seperti keadaannya semula.
Sunan Kalijaga tersenyum lembut."Saudara,saya hanyalah manusia biasa.pintalah maaf dari Allah.insyaallah beras saudara akan kembali ke asalnya dengan izin Allah...asalkan saudara juga berjanji mahu memberikan sedikit beras untuk ibu ini...kasihan ibu ini,anak-anaknya sedang dalam kelaparan...dan saudara harus berjanji memberi zakat kepada orang-orang miskin..."katanya lembut.
"saya setuju..asalkan pasir ini menjadi beras semula...."kata Saudagar kaya itu.
Sunan Kalijaga tersenyum...di pegangnya pasir tadi dengan kedua tapak tangannya untuk di letakkan ke dalam karung kecil milik ibu miskin itu.dengan izin Allah juga,Pasir tadi berubah menjadi beras semula...dan semua karung-karung pasir tadi bertukar menjadi beras semula....
ibu miskin itu sangat bersyukur,berulang-kali dia mengucapkan terima kasih...pastinya perut anak-anaknya akan terisi hari itu.Saudagar Kaya tadi sangat gembira.dia mengucapkan terma kasih kepada Sunan Kalijaga.
"janganlah saudara berterima kasih kepada saya...berterima kasihlah kepada Allah.janganlah saudara lupa pada janji saudara untuk memberi zakat kepada orang miskin"tutur Sunan Kalijaga lembut.
"Saya berjanji..."kata Saudagar kaya itu insaf.Sunan Kalijaga mengucap syukur kepada Allah kerana Saudagar kaya itu sudah insaf akan kekhilafannya.
Sunan Kalijaga meminta izin untuk meneruskan perjalanannya....bibirnya masih mengukir senyum.itulah kisah kerendahan hatinya yang membuatkan aku tertarik pada Wali Allah ini.Nasihatnya dari hati,dan tidak berkasar sewaktu berdakwah....berlandaskan cara dan sunnah Rasulullah s.a.w.dia bukanlah hamba Allah yg keramah seperti dikatakan setengah orang..bagiku dia hamba Allah yg di berikan Allah dengan kurniaan yg istimewa kerana kerendahan hati yg di milikinya.tidak sedikitpun terdetik riak di dalam hati.
perjalanan hidupnya sangat menarik bagiku.dia seorang Wali Allah yg pertama menggunakan seni sebagai cabang dakwah.dengan caranya yg lembut dan berhikmah itulah dia berjaya mengislamkan ramai penduduk yg kental dengan fahaman hindu ketika itu.hebatnya perjalanan hidup mereka,menjalankan misi dakwah dengan cara tersendiri....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Wali Allah ini dan menempatnya di kalangan penghuni syurganya yg tertinggi....amin.


dariku,
Perindu Maya79



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...