cabaran hidup

mencari sesuatu sebagai tabir hidur bukan lah perkara mudah...seringkali yang kita anggap sebagai pelindung itu adalah musuh kita sebenarnya.ibarat kata pepatah lembut gigi dari lidah.seringkali yang kita temui juga serigala berbulu ayam...aduh! inilah realiti dunia.yang menasihati di anggap musuh,yg memuji di anggap kawan.realitinya memang kita sebagai manusia suka pada sesuatu yang cantik dan menarik..maka dengan senang hatinya juga kita terpedaya.
atas apa-apa alasanpun jua,jangan lah kita pula berburuk sangka.niat orang tak semuanya sama.nilai dengan akal,fahami dari sudut hati...
aku contohkan satu kisah di bawah ni...satu pengajaran berguna tentang sahabat dan musuh...
si A menghidap kencing manis yang belum agak serius...A memmpunyai 2 orang kawan.B dan C.B selalu mengkritik A dan menasihatinya agar makan makanan yg manis dalam kuantiti yang sedikit.malangnya Si A tadi terasa hati.baginya teguran B,benar-benar menyinggung hatinya lalu dia memutuskan persahabatannya dengan B.marah benar dia dengan B.B dianggap musuh tradisinya kerana mengkritiknya.
C pula selalu mengiyakan kata-kata A.biarlah A nak makan apapun,C selalu menurut kata A.katanya hidup cuma sekali...makan saja apa nak hendak di makan.di sebabkan Si C selalu menyokongnya A menggangap dia sebagai kawan baik.kerana C selalu berada di pihaknya tidak seperti B.
sampai waktu,Si A tadi sakit.kencing manisnya menjadi bertambah parah lantaran makanan yg tidak terjaga itu...dan kakinya akan dipotong jika dia masih dengan tabiat pemakanannya yg tidak baik itu.
di saat ia terlantar kesakitan,datanglah Si B yang di anggapnya musuh itu.dengan sabar B melayan karenah C yg tidak menyukainya.jauh sekali dia mahu mentertawakakan sahabatnya A yg terlantar sakit itu.sebaliknya berlaku,kawannya si C tidak kunjunng tiba...malah tidak pernah menjengoknya yg terlantar sakit.
perlahan dia merenung wajah B.rasa bersalahnya meresap kekalbu.ini lah sahabat yang di bencinya dulu,tapi kini dia faham sesuatu...Niat Si B amat baik padanya.B tidak mahu dia menanggung kesakitan.kini A insaf,itulah sahabatnya yang sebenar...
begitulah perumpamaan hidup...
Si A mewakili diri kita sendiri.kita tidak suka di kritik.hati menjadi panas....
dengan mudahnya kita terpedaya kepada sahabat kita yang C itu.kerana kita mahukan pujian setiap masa.
realitinya hidup ini adalah menyakitkan...bagaimana kita harus survive dari hidup dan melaluinya dengan matang.fikir dengan minda bukan dengan nafsu...yg manis tak semestinya madu...yg pahit itulah penawarnya....
pengalaman mendewasakan diri....kalau nawaitu hidup kita hanya kerana Allah, peliharalah diri sebaiknya...merosakkan diri sendiri akibat kelalaian diri adalah merugikan kita....setiap hari kita belajar sesuatu...dan pelajaran itulah yang paling penting.yang penting bukan cara kita melaluinya,tetapi bagaimana kita menjalaninya dengan misi dan tujuan yang betul...selagi ada waktu,selagi ada hayat, selagi ada kesempatan...setiap ruang adalah peluang,untuk belajar dan terus belajar.jangan mudah membuat kesimpulan,fikirkan sehabisnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...