Tentang Abah...


sebut pasal abah....sebenarnya banyak benda special yang aku memorykan pasal abah.abah aku ni masa aku kecik-kecik memang garang....aku masih ingat rotan pokok cenerai yang abah buat khas untuk tibai aku dan adik beradik lain coz memang nakal.mau tak kena tibai,semua perempuan tapi perangai kalah lelaki...panjat pokok sanan sini macam tarzan.adik lelaki aku yg dua lagi tu di kecualikan.coz mereka dua  kategori mengikut ja....yang tua-tua tu semua kena bedal sebab kaki mengajar.
memang masa kecik-kecik dulu,aku takut dengan abah.kalau buat silap sikit,aku akan sedaya upaya larikan diri dulu.aku masih ingat peristiwa aku di minta kawan melukis gambar.aku pun pulunlah lukis.tak sengaja pensel picit kawanku tu patah.erk!masa tu bodoh-bodoh lagi.baru darjah 3 tak silap aku.si kawan tadi kebetulan kenal abah aku.so tanpa rasa bersalah dia pi mengadu kat abah aku.pasal aku patahkan pensel picitnya(dahla tolong lukis free,kena aniaya lagi...grrrr!).masa balik sekolah aku balik dengan abah.aku tengok abah muka masam dah.huh!mesti kawan aku tu dah mengadu siap. abah tanya aku"pasai apa hang patahkan pensel dia"..aku tergumam...pelan ja aku sahut"cek tolong lukis kat dia ja bah...terpatah nak buat macam mana?"abah mendengus.aku dah kecut perut separa nyawa.abah kata"balik satgi hang tau la"...aku jalan ikut abah dari belakang.dalam hati dok doa macam-macam la.jangan la abah pukul.takut dah ni.dalam pada tu datang idea bernas dalam kepala otak aku ni.huh!mesti balik nanti abah akan bancuh air teh dulu sambil makan roti.masa tu peluang aku untuk melarikan diri sampai abah sejuk.tengok abah dok kalut-kalut masak air,aku pun cabut.aku panjat pokok kundang dan duduk diam-diam kat situ...sambil dok merenung nasib diri.dalam hati aku kata,tobat lepas ni aku tak nak tolong lukis kat kawan-kawan lagi.aniaya aku sampai macam ni...hehehehe~(budak-budak,besalah otak seminit).tak sedar aku terlena.terkejut jaga bila abah panggil nama.dada ni dup~dap~dup dap~ adeh!sah satgi kena tibai dah ni..."ziah..balik makan"..aik!bunyi lembut ja..okeylah kut.alhamdulillah abah dah mood baik.dan aku bernasib baik tak kena bedal hari tu....abah siap baking aku sebab katanya kawan aku tu bukan budak baik-baik.serius aku terharu.
part yang paling aku terharu?of coz ada.memori zaman kanak-kanak juga.masa tu aku masih ingat..abah ingat tarikh hari lahir aku 30 hb 6.hari tu abah akan bawak balik bahan-bahan untuk masakan yang khusus hari jadiku sahaja yang selalu ada.sayur soohon dan pucuk masak santan.memang terharu sangat.segarang abah tapi dia sayang kat aku....maklumlah aku anak perempuan yang paling kecil.kulit hitam manis pun dah macam abah.hehehehehe~masa aku di asrama,abah sesekali datang menjenguk dengan buah tangan yang memang familiar...jus sunquick anggur ngan biskut mentega.aku dah boleh baca barang yang abah bawak setiap kali datang melawat.favourite aku tu....aku bangga walaupun abah orang biasa-biasa ja,dia tahu apa yang anak-anak suka.
zaman gadis pula,aku masih ingat abah tak bagi kawan ngan lelaki.pangkah terus!abah kata kalau jumpa dating"siap hangpa,aku cantas dengan parang"ouch!kecut tali perut kot!..walaupun masa tu dah ada phone rumah tetap kena tapis....kalau lelaki call,siaplah.sampai ada satu mamat ni pernah kata kat abah"kalau pakcik tak nak bagi anak pakcik kawan dengan lelaki simpan ja dalam almari"(tu pakwe kakak aku lah tu,hampeh tul)kurang asam tahap gaban mamat tu.tak pasal-pasal ja telefon tu abah kunci....huk~huk~
apapun sampai kini aku berterima kasih pada abah...abah sayangkan anak-anaknya.kalau abah tak jaga aku dan adik beradik lain,sure dah jadi benda-benda buruk.abah banyak ajar kami semua berdikari dan sayang diantara satu sama lain.sampai besar pun still happening,susah la nak gaduh-gaduh.di setiap hati masing-masing abah dah tanamkan satu sifat,nak berjaya usaha sendiri.betul,kata-kata abah tu satu perangsang sebenarnya....bila dewasa kini aku sedar,kalau kita tidak punya wang untuk beli,better buat sendiri.itu lebih jimat.mungkin si suami mampu beli tapi better kalau kita belajar buat sendiri.secara tak langsung save cost....abah aku mungkin tak lah sekacak abah orang lain,tapi dia selalu kemas di mata aku.aku selalu perhati bila dia basuh kain.selagi tak putih berseri dan di bilas selawat,selagi tu lah baju tu dok putar dalam mesin basuh.abah kan bekas tentera laut.sebab tu la jadi macam tu.aku pulak sampai sekarang terikut-ikut habit abah.basuh kain selagi tak bersih dan wangi,aku putar lama sikit.jemur baju pun versi abah.jemur baju pun ada cara k.kalau orang cakap aku ni awek lembut tapi brutal suatu ketika dulu sebab suka movie yg lawan-lawan(rambo),ha,tu salah satu dari yang abah aku suka.pendek kata,banyak hobi,minat dan kreteria abah semua aku ada.bapa borek,anak rintik.cuma sifat baran abah tu ja aku tak ikut....hehehehe~
kini abah dah tua...abah tak garang lagi macam dulu....tapi abah tetap abah..aktif dan sayang anak-anak.abah selalu risau pasal anak-anak.kalau adik aku sendiri pun balik kerumahnya kalau sampai tak call dia kat sini dah risau.so wajib call kalau sampai destinasi dituju...
walaupun abah dah tua,aku dan adik beradik lain tetap sayang abah...abah selalu ajar anak-anak jujur dalam setiap pekerjaan dan perbuatan.abah kata"biaq manusia pandang hina,hati kita kena ikhlas lillahitaala dalam buat apapun."ayat tu aku sentiasa ingat sampai kini.apa yang abah katakan tu benar.kadang-kala dalam hidup ni lebih banyak yang salah faham dengan kita dari yang betul-betul memahami.tak perlu kot betulkan keadaan yang macam tu.tak ada guna.biar apa manusia lain nak fikir,fokus dengan nawaitu yg ada.hati ni kan milik Allah.manusia tak tahu tapi Allah Maha Mengetahui.
sebenarnya banyak lagi yang istiwmewa tentang abah~terlalu panjang nak ku ceritakan...cukuplah aku simpulkan aku bangga punya abah yang gigih mendidik anak-anaknya berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.walaupun mungkin tak punya harta yang banyak,tapi penuh bahagia di jiwa.tak semua manusia beruntung mempunyai kekayaan jiwa.....sempena HARI BAPA,aku panjatkan doa pada Allah,berikanlah kesihatan yang terbaik untuk abahku,berikan rahmat,ampunkankan dosa-dosanya.amin~ya Rabbal Alamin~terima kasih abah...we love u too much~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...