Dilema mahu cantik?

"kak,kenapa wanita yang cantik selalu ditinggalkan?saya memang hairan sangat.kalau saya jadi lelaki pun comfirm saya fikir 2-3 kali nak lepaskan couple saya yang cantik macam tu.tapi,lelaki tu rileks ja tinggalkan awek dia yang cun-melecun tu untuk awek yg kurang menyerlah.kenapa ya?" soalan cepumas ni aku terima dari seorang adik di tempat kerja aku.nampaknya dia betul-betul nak tahu jawapan.aku sendiri terkesima dengan soalannya itu.so aku pun beri jawapan simple untuk dia.padat,ringkas dan tepat. aku andaikan sahaja si gadis cantik itu sebiji buah yang masak ranum... aduh!terliur di buatnya.dapat dibayangkan isinya tentu cantik dan lunak.tapi,itu cuma fizikal sahaja. ambil pisau belah dan makan.apa rasanya?manis,masam pahit atau berulat?...berbaloi-baloi kalau apa yang bakal rasa itu menepati apa yang kita rasa. sebaliknya pula bila kita dapati rasanya tidak seperti itu?tentu ada rasa kecewa yang amat sangat.lantas tanpa rasa bersalah kita membuangnya...sayang?kalau dah tak seindah yang kita harapkan kenapa nak simpan?...begitulah umpamanya wajah fizikal.cantik sahaja tidak bermakna kita terlepas dari di uji.terima hakikat,kita mampu menakhluk hati seorang lelaki tapi tak mampu untuk mencantikkan isi hati sendiri.itu salah sendiri kan? pengalaman selalu mendewasakan kita menjadi seorang wanita/gadis yang belajar setiap perkara dengan matang.kalau cantik itu bonus.cantikkan juga hati barulah A1.bukan sekadar fizikal A++++...hati juga perlu A++++.... jangan pernah kita mempersoalkan apa yang cuma terlihat di zahir,sebaiknya kita belajar mempersoalkan apa yang terkandung di hati.jangan merendah diri jika tidak secantik dan segah orang yang lebih cantik.mungkin kita selalu terfikir begini"kenapalah aku tak cantik...tak ada yang sudi jeling pun kat aku".salah tu.anggaplah bonus sebab kita terlindung dari lelaki-lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan.pasti lambat laun Allah akan melorongkan seorang lelaki yang sememangnya tulus menyintai kita seadanya.dia mahu berkongsi cantiknya hati dan benar-benar ikhlas dengan apa yang dia sukakan. cantik atau tak bukan penentu bahagia...kita yang seharusnya bermuhasabah diri.cantikkah hati kita?berhakkah kita bahagia kalau sekadar cantik tapi kosong dalamannya.ibarat gelas cantik yang kosong tiada isi.dapatkah kita dihargai. so,advise aku untuk wanita/gadis dan diriku sendiri yang kurang cantik,cantikkan dalaman anda sebaik mungkin.jangan cuma obses untuk cantik dan di kagumi,tapi tak di hargai.padatkan hati dengan ilmu,cari ilmu kewanitaan sebanyak mungkin.belajar perkara baru setiap hari.jangan berminda sempit,buka hati.yang paling penting jangan degil atau ego yang melampaui batas....Wanita/gadis yang sebenar adalah yang jadi diri sendiri,belajar memuliakan hati dan tenang.jangan pandang orang lain dan kutuk diri sendiri.jangan juga bangga diri dan perlekehkan orang lain.nisbah diri mesti natural 5:5.... Allah memberikan darjat buat Wanita/gadis yang sentiasa mencari cinta dalam keredhaannya....insyaallah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...