susu kambing yang melimpah ruah

ketika dalam penghijrahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah,baginda dan para sahabat berhenti di perkhemahan Ummu Ma'bad.baginda ingin membeli sedikit kurma,daging dan susu untuk bekal perjalanan mereka semua nanti.namun malangnya,kerana saat itu barang niaga Ummu Ma'bad sudah habis semuanya.dia kemudiannya berkata kepada Rasulullah s.a.w"Demi Allah jika hamba mempunyai sesuatu pasti akan hamba berikan pada tuan tanpa perlu membelinya".
pada saat itu jugalah Rasulullah s.a.w terpandang seekor kambing kurus di tepi khemah Ummu Ma'bad.lalu baginda bertanya"kambing itu kenapa ya Ummu Ma'bad?kenapa ia kurus dan lemah?"jawab Ummu Ma'bad"kambing itu sakit tuan".baginda menyambung pertanyaannya kepada Ummu Ma'bad"Apakah kambing ini dapat mengeluarkan susu?"`
"tidak,tuan"jawab Ummu Ma'bad.


"sudikah kamu memperkenankan aku untuk memerah susunya?"tanya Rsulullah s.a.w lagi.
"silakan,tuan"pelawa Ummu Ma'bad.
Rasulullah s.a.w pun memerah susu kambing tersebut.ajaibnya,susu yang di perah baginda keluar mencurah-curah dari badan kambing yang kurus dan lemah itu.susu yang ada cukup untuk baginda dan para sahabat.malah baginda memenuhkan baldi milik Ummu Ma'bad dengan susu yang banyak itu.
setelah mengucapkan terima kasih,Rasulullah s.a.w dan para sahabat meneruskan perjalanan.tidak lama kemudian,datanglah suami Ummu Ma'bad.dia hairan melihat baldi yang berisi penuh dengan susu.lalu ia bertanya pada Ummu Ma'bad.Ummu Ma'bad pun bercerita kisah yang terjadi sebentar tadi.dia juga menceritakan ciri-ciri orang yang telah memerah susu kambing itu.suaminya berkata kepada Ummu Ma'bad"tentu itulah Muhammad s.a.w yang diceritakan orang-orang di Mekah.aku bercita-cita untuk bertemu dengannya dan menjadi pengikutnya yang setia."
sesungguhnya,Rasulullah s.a.w adalah cahaya yang menyinari seluruh ummah.cahayanya menerangi kegelapan umat manusia yang lemah dan tidak berdaya.kehadirannya sentiasa memberi manfaat kepada manusia-manusia di sekelilingnya.perbanyakkan lah selawat kita kepadanya kerana Rasulullah s.a.w sangat mencintai seluruh umatnya sepenuh hati.
akhlak baginda tidak tertanding dengan insan-insan lain di seluruh dunia....akhlaknya sentiasa menjadi contoh tauladan terbaik untuk kita mencermin diri dan memperbaiki kesilapan yang ada....
"hadirmu sebagai penerang jalan yang benar"
"dan penghapus segala amalan mungkar"
"hancur umatmu jika tidak berpegang pada sunnahmu,ajaranmu"
"beruntunglah sesiapa yang beroleh syafaatmu kelak di Akhirat"



Dariku yg menyintaimu Ya Rasulullah,
Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...