tentang sahabat

Sesekali jadilah kawan yg mendengar,
Dari yg hanya bercerita,
Ambillah masa untuk mengenali hati dan perasaan seorang kawan,
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada perasaan takut,
Ada rasa bimbang,sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan perlukan kawan.
Sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia tertawa,
Tapi mungkin sebenarnya,
Dia tak setabah yg kita sangka....
Disebalik senyumannya itu,
Mungkin banyak cerita sedih,
Yg ingin di luahkan,
Di sebalik ketenangannya,
Mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita sendiri tidak tahu...tapi
Jika kita cuba jadi sahabat yg sepertinya,
Mungkin kita akan tahu,
Betapa bernilainya harga seorang sahabat...

dariku,
Perindu Maya79







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...