Munajat Sang Perindu



Di kedinginan malam yg gelap,
Dan disaat segala makhluk-mu enak di buai mimpi indah,
Ku terangi pelita malap itu bersama kerendahan hatiku,
Ku basahkan diri dengan kalimah rinduku pada-mu,
menghitung,merenung dan mengira segala kekhilafanku……
Entah mengapa berulangkali aku masih melakukan kekhilafan itu,
Sungguh jahil akalku ini mengenal hati seorang insan,
Yg bergelar manusia itu….
Lantas,
Air mataku mula mengalir laju,
Ku luahkan segala isi hatiku pada-mu,
Kerana aku tahu amanahku akan selamat di sisi-mu….
Kadangkala,bukan mudah mengharungi kehidupan,
Hati ini sering di uji,
Hati terasa sesak,jiwaku merintih pedih,
Betapa tidak adilnya dunia ini padaku,
Betapa aku telah sedayanya mencuba,
Melakukan yg terbaik untuk melaluinya……
Dan akhirnya,
Ku cari damai dihati dengan kalimah rindu-mu,
Dan ku sematkan dihati,biarlah seisi dunia membenciku,
Asalkan kasih-mu akan sentiasa bersamaku….
Ya Allah,
Ku akui kebenaran tentang Qadak dan Qadar-mu,
Amanah rasul-mu itu benar,
Syurga itu benar,neraka itu juga benar,
Mati itu benar,
Di hidupkan semula juga benar….
Lalu ku helakan nafas rindu ini ke sisi-mu,
Ku pohon perlindungan dari-mu,
Pelindung yg Maha Besar….

Kupohon jua kekuatan,
Agar aku akan sentiasa teguh berdiri,
Menempuh kembali kehidupanku yg bakal menjelang esok….
Air mataku kini tidak lagi mengalir,
Kerana rinduku telah habis ku curahkan pada-mu,
Yg tinggal hanyalah hatiku setenang air di kali….


Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...