Kekasihku...dengarlah...

kisah-kisah itu,
memberikan aku satu keinsafan,
apabila ku renungkan dari hujung rambutku ini,
sehingga ke hujung kakiku......
sesungguhnya,

tiada apapun yg sebanding,
akhlaknya Nabi,Rasul,Para salihin dan Perindu Syurga yg ada,
di mana cinta,kasih dan hati,
tidak pernah jauh dari ALLAH.

kekasihku,
aku ingin kau mengerti,
kasih kita biarlah bersandar pada yg hak dan bathil,
jadikan apa yg kita sandarkan di hati,
adalah keredhaan-nya yg nyata....
kekasihku,
bukan sahaja dunia yg perlu kitajalani sepenuhnya,
bukan sahaja ilmu yg perlu kita timba setiap hari,
bukan sahaja jalinan kasih-sayang sesama manusia sepanjang hidup,
tetapi bekalan akhirat juga perlu di isi sebanyak mungkin....
kekasihku,
aku amat menyintai sepenuh hati,
hanya ALLAH yg tahu perasaanku itu padamu,
namun tidak sesekali aku mahu melanggar syariat-nya keranamu,
kerana aku amat takut pada kemarahannya....
kekasihku,
semoga ALLAH sentiasa membenihkan cinta yg tulus buat kita berdua,
bukan berlandaskan nafsu,kecantikkan dan juga harta dunia,
tetapi jiwa suci yg penuh bernaluri...

iaitu,
CINTA KERANA ALLAH.....

Dariku,
Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...