Kisah Si Pelontar Sampah dibalas Hadiah

Sampah dan sisa-sisa busuk di kumpul dengan cermat....hari ini perempuan itu menunggu dengan penuh kesabaran.sebelah tangannya menutup hidung lantaran busuknya sampah yg dikumpulnya. kebencian yg membuak-buak di hatinya amat memuncak.setiap hari wanita ini akan menunggu kehadiran jirannya itu dengan sebakul sampah busuk yg bakal di lempar dari tingkapnya saat jirannya itu melewati rumahnya.bukan setakat itu sahaja,malah najis juga turut di lempar ke halaman jirannya itu.
Wanita yg di maksudkan itu ialah jiran kepada Rasulullah s.a.w.kebenciannya terhadap Rasulullah amat mendalam.setiap hari ,sewaktu  Rasulullah s.a.w pulang dari masjid,wanita ini akan membaling sisa-sisa makanan kepada Rasulullah.habis pakaian Rasulullah kotor dan berbau busuk.kemudian dia akan tertawa semahu-mahunya kerana dapat menyakiti hati Rasulullah s.a.w.setiap hari juga wanita itu tidak berhenti-henti menyakiti hati Rasulullah dengan olah sampah busuknya.

Bayangkan kalau setiap hari kita akan melalui hal yg sama berulangkali?tentulah ayat-ayat makian dan sumpah- seranah akan mengiringi dan mungkin hilang kesabaran.
namun jiwa Rasulullah s.a.w sangat bersih...setiap hari dia tidak pernah merungut apatah lagi memaki hamun jirannya itu.oleh sebab yg demikian juga wanita itu semakin angkuh kerana dia amat pasti perbuatan itu tidak akan dibalas balik oleh Rasulullah s.a.w.jiwanya puas dapat menyakiti hati Rasulullah.bagi Rasulullah s.a.w pula tidak pernah sekelumit marah pun di keluarkan terhadap wanita walaupun Rasulullah sendiri tahu wanita itu setiap hari akan mengulangi hal itu setiap kali Rasulullah melaui halaman rumahnya.penghinaan wanita itu di hadapinya dengan sabar dan senyuman yg lebar....
sehinggala suatu ketika,Rasulullah mula berasa hairan dan pelik,mengapa sudah beberapa hari tiada sampah atau najis yg dilontar padanya oleh  wanita itu.setelah di selidik,rupanya wanita si pembaling sampah tadi sedang sakit tenat berseorangan di rumah....lalu Rasulullah meminta isterinya membungkuskan makanan dan buah-buahan secantiknya untuk di bawanya ke rumah wanita itu.setelah meminta izin dan di izinkan masuk, Rasulullah pun masuk.wanita itu amat terkejut dengan kehadiran Rasulullah bersama hadiah.kamu?
itulah insan yang selalu di aniayai olehnya dengan sampah busuk setiap hari.melihat kemuliaan hati Rasulullah wanita itu tiba-tiba menangis teresak-esak... 
"tiap hari saya menyakiti hati saudara dengan membaling sampah dan kotoran busuk pada saudara tapi tidak pernah sekalipun saudara  mebalasnya kembali pada saya malah pada hari ini saudara bukan saja datang melawat saya yang sedang sakit malah membawa hadiah makanan pula untuk saya.betapa mulianya hati saudara"kata wanita itu masih teresak-esak.
Rasulullah menenangkan wanita itu....hari seterusnya,Rasulullah tetap melawat dan membawa hadiah untuk wanita itu hingga ia sembuh.melihatkan kemuliaan hati,kesabaran dan sifat pemaaf  Rasulullah itu,tersentuh hati wanita tadi memeluk agama Islam dan menerima kebenaran yg di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
begitu indah akhlak Rasulullah malah tak tercapai oleh kita berakhlak seindahnya.kita hanyalah sebahagian umat akhir zamannya yg penuh emosi dan ketidaksempurnaan.namun,tauladan yg patut kita hayati ialah cuba berbuat kebaikkan walaupun kita sering di sakiti.walaupun pada mulanya amat sesak dan sangat sengsara, namun akhirnya kita akan merasa jua nikmat keikhlasan jiwa dengan penghargaan dari Allah iaitu ketenangan hati....bukan semua manusia ada ketenangan dalam hidup.setiap masa di penuhi dengan masaalah dan kekusutan sehingga menjadikan kita lebih suka berdendam dari memberi kemaafan.sesungguhnya kemanisan suatu kemaafan itu adalah hadiah terindah dalam hidup.....


Dariku,
Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...