Satu hari seorang pemuda miskin masuk ke kedai makanan yg menjual roti.di sebabkan duitnya tidak cukup pemuda tadi hanya mampu membeli roti kosong sahaja.dia menjenguk ke dapur.dia ternampak seperiuk sup hangat yg sedap mendidih di atas dapur.perlahan-lahan tampa pengetahuan si penjual tadi dia pergi ke dapur dengan niat untuk mencicah rotinya sedikit dengan sup yg sedap itu.
belumpun sempat dia mencicip sup tersebut,tangannya di sentap si penjual kedai itu.
"kau nak mencuri ya?"tengking si penjual.
"tidak,tidak,..aku hanya mencium bau sup itu saja"jawab pemuda itu terketar-ketar.
"kamu mesti membayar bau yg kamu cium itu"jawab si penjual.
maka si pemuda miskin tadi di heret ke hadapan Nasruddin yg kebetulan ketika itu adalah Qadhi di kawasan itu.
kepada Nasruddin di adukan segala hal yg terjadi untuk di hakimi.
"oh,jadi kamu mahu dia membayar harga sup yg telah di hidu oleh pemuda ini?"tanya Nasruddin kepada penjual itu.
"ya.."jawab si penjual.
"kalau sekadar itu saya sendiri boleh membayarnya."kata Nasruddin.
di keluarkan dari koceknya beberapa keping syiling lalu di jatuhkan ke atas lantai dan berbunyi kuat.
kemudian syiling tadi dikutipnya semula lalu di masukkan kedalam sakunya semula.
si penjual itu terpinga-pinga.
"kenapa tuan tidak membayar wang itu kepada saya"tanyanya.
"bukahkah pemuda ini hanya menghidu,tetapi tidak merasa.oleh itu saya membayar kepada kamu juga dengan cara yg sama,hanya mendengar bunyi wang tapi tidak mendapatnya.bukankah itu adil?"ujar Nasruddin sambil tersenyum lebar.Pemuda miskin itu menarik nafas lega mendengar penjelasan Nasruddin.
si Penjual tadi pula merasa malu.setelah semuanya selesai Nasruddin menghantar mereka berdua ke pintu.
No comments:
Post a Comment