kisah aku dia dan sepohon bunga sakura


first time aku update blog ni,terfikir juga nak tulis apa....sebenarnya banyak kenangan manis yg ingin aku kongsikan di blog ni...antaranya kisah ini....
kalau orang tengok aku and my hubby,ada yg akan tanya kenapa nampak macam cool sangat...maksudnya tak lah nampak romantik...tahu kenapa?coz my hubby memang tersangatlah coolnya...hehehehe...susah nak senyum and pendiam orangnya...itulah dia yang ku kenal sejak 10 tahun dulu.tapi hakikatnya,orang tak pernah tahu dialah lelaki paling romantik yang aku kenal.disebalik wajahnya yang jarang-jarang senyum itu,ada satu kelebihan,
my hubby seorang yg berseni...
masa mula-mula kahwin dulu,aku dan dia berpindah ke langkawi.masa tu dia bekerja di sebuah hotel 5 star di langkawi....dengan kata lain,akulah wanita yang beruntung,berbulan madu di sana.dari air terjun temurun,pantai chenang,makam mahsuri semuanya telah ku jejaki...jika ada kelapangan aku dan dia akan ke pantai.tempat favourite?biasanya pantai yang berhampiran lapangan terbang Padang Mat Sirat lah yg menjadi tumpuan...alkisahnya  juga masa tu aku baru hamil,so mabuk-mabuklah.my hubby saja bawa aku jalan-jalan di tepi pantai....biasanya aku just duduk atas batu,sembang-sembang dengan dia....tiba-tiba timbul idea dari dia untuk create something.....tahu apa?sepohon bunga sakura untuk kediaman kami...aku terpana gak masa tu...wah!berseninya dia ni...tengok macam tak percaya pun ada..hehehehe.
so petang tu,aku dan dia menyusur pantai cari ranting kayu putih di sepanjang pantai......puas cari and pilih...tak ada yang sesuailah...mungkin dah rezeki kot,terjumpalah satu ranting kayu yang cantik,boleh dibuat bahan untuk projek pohon sakura kami nanti....memandangkan aku ni memang berjiwa seni,jadi akulah yang di tugaskan dia untuk membuat bunga sakura tu....banyak hari juga aku berusaha menyiapkan kuntum-kuntum bunga sakura tu dengan menggunakan riben plastik pink.bila bosan bersendirian di rumah,itulah kerjaku. sebenarnya tujuan dia tu simple jer...tak nak aku bosan kat rumah,bila dia kerja.so,aku taklah buat kerja-kerja berat masa hamil....
akhirnya siap juga kuntum bunga sakuraku itu....sampailah masa untuk di pasangkan pada ranting yg aku dan dia cari di tepi pantai tempohari....so,my hubby  ambil alih kerja memasang bunga tu...seharian dia create pohon sakura....aku pandang je wajah dia....berseni sungguh,fikirku..first time juga rasa jatuh cinta yang mendalam buat dia....hehehehehe.
itulah bahasa jiwa seorang lelaki.aku rasa tak semua lelaki ada sense ni....jangan tak tahu,bukan semua wanita hanya sukakan lelaki macho dan berayat jiwang jer....sebaliknya,bahasa jiwa seorang lelaki tu lah membuatkan pasangannya jatuh cinta..so,bolehcuba selepas ni...maksud aku ambil hati pasangan dengan sesuatu yang buat dia mengagumi secara diam....its work...like me..hehehehe.bila tengok dia buat tu dengan sepenuh jiwa,terdetik dalam hati...my hubby ni lelaki yg memang baik...bak kata orang,tak kenal maka tak cinta...masa bertunang dulu,lain benar cara dia...sampai pernah juga aku labelkan dia lelaki yang tak ada perasaan.tahu kenapa?dah la payah senyum,aku rasa macam dia tak sayang kat aku je...ye lah,tak romantik macam orang lain...bila dah berkahwin,baru aku sedar,manisnya cinta selepas kahwin.di situlah kita akan belajar mengenal hati budi masing-masing...yang penting dia tak pernah hipokrit...senyum bila dia betul-betul suka.
berbalik pada pohon sakura yang telah siap tu,my hubby tempatkan dalam satu pasu....betul-betul tepi dinding.so bila open je pintu rumah kami,nampaklah pohon sakura tu dari luar....rasa bangga terselit juga dalm jiwa ni...sekurangnya sejuk je hati bila melangkah masuk ke rumah...peace bila lihat pohon sakura tu....dan yang paling penting,itu kreativiti kami bersama.....selama bertahun pohon sakura itu menghiasi sudut rumah kami...ibarat sepohon sakura yg berbunga indah,itulah hatiku dan dia...sentiasa menguntum indah menghiasi alam rumahtangga yg terbina...apa yang aku perasan,kawan-kawan my hubby kat sebelah rumah kami tu selalu dok tengok-tengok dalam rumah...tak taulah tengok apa.berminat pada pohon sakura tu ka?
sehinggalah suatu masa,kami akan berpindah balik ke kampung.aku di send terlebih dahulu.selebihnya semua perkakas untuk pindah my hubby yang uruskan.masa kemas barang-barang tu,aku tercari-cari pohon sakura tu..mana ya?tak nampak pun....
my hubby slow jer cakap...pohon sakura kita tu ada orang minta sebab dia betul-betul minat tengok..
patutlah jiran tu rajin dok perhati dalam rumah.my hubby mula-mula berat hati juga nak bagi,tapi bila tengok kawannya tu betul-betul nak juga,tak sampai hati lah...so,dia bagi jer...lagipun berat juga pohon sakura tu.kalau naik kargo takut rosak bunga dia....maka,nampaknya pohon sakura kami tu berpindah milik....yang pasti pemiliknya tu masih bujang.....maybe,pun lelaki jiwang juga fikirku.
itulah kenangan terindahku dan my hubby.kadangkala kita rasa,kita mahu di sayangi dan di hargai...dalam setiap perhubungan,bahasa jiwalah yang paling penting.kalau di tanya pada aku sebagai wanita,itulah resepi kebahagiaan.tak perlu memiliki sebuah mahligai mewah,seorang suami yang sangat tampan berkereta sport or bergaya anggun gilaan berjuta manusia...jadilah lelaki yang berjati diri punya cara tersendiri menakluki hati seorang wanita yang di cintai.sememangnya ku akui,itu sangat berkesan pada hati wanitaku....
kalau di lihat contoh cinta orang dulu-dulu,kekal bahagia sehingga ke mati dan aku tercari-cari sebabnya.kini aku mengerti,walaupun cinta orang tua dulu-dulu tak seromantik pasangan dunia hari ini...cinta mereka tersimpan rapi di antara satu sama lain...saling menghargai,saling menyayangi dengan cara tersendiri....aku tak kisah kalau orang cakap old or cinta kolot...coz,aku bahagia dengan cara ni...tak perlu menunjuk-nunjuk untuk mengatakan pada satu dunia yang kita bahagia...cukuplah sekadar kebahagiaan hati yang hanya di rasai berdua.....
adakalanya memang sukar membina dunia hati...lebih mudah menyakitkan dari membinanya.tepuk dada tanyalah diri.kita selalu mengenang kisah pahit bersama pasangan,bagaimana hati akan bahagia bila kita selalu memikirkan kekurangan pasangan.sedangkan banyak kenangan indah dan kebaikkannya yang sering kita lupa begitu saja....untuk membina hati yg setia seteguh itu memerlukan dua jiwa yg sentiasa bersama,seiring sejalan,tidak sekadar mempunyai tapi memiliki.seringkali kita bangga bila memiliki cinta hati yg selama ini di puja siang malam...tetapi pernahkah kita cuba bertanya padanya,adakah hatinya juga mempunyai diri kita?sebagai wanita,ini kisah kesetiaanku....bagaimana mungkin hati wanitakku akan berpaling pada yg lain jika telah terkunci dengan kenangan terindah hasil dari jiwa seorang lelaki.
cinta dan perkahwinan adalah perkara terindah dalam hidup dimana kita akan melaluinya dengan kebahagiaan hati...seperti yg selalu ku kata,cinta bukan untuk sesaat...bukan juga untuk setahun...tetapi untuk sepanjang hayat....mungkin kisahku ini tidak seberapa,berbanding kisah hati yg lebih bahagia di luar sana.cuma aku ingin berkongsi rasa,bagaimana bahasa jiwa boleh menambat hati pasangan....bagi aku kalau nak berkahwin muda its ok....pastikan jiwa telah cukup bersedia....bersedia memiliki ilmu untuk menambat hati pasangan...hold tangan orang yang kita sayang dan cinta dengan sepenuh jiwa.kalau semasa bercinta,kecantikkan luaran menjadi idaman...selepas kahwin perlu lebih dari itu untuk pengekal cinta...bertindak matang,bukan berjiwa sempit.kalau nak pasangan menghargai kita,hargai juga apa yang dia ada.tak perlu bandingkan dengan kisah orang lain.bina dunia dan hati sendiri.....
nampaknya,kisah aku,dia dan sepohon sakura akan terus kekal di sini...aku ibaratkan kisah ini satu inspirasiku, bila cintaku dan  my hubby diduga.....terima kasih suamiku...


seindah pohon sakura itu,
ada memori indah kita,
dunia hati yg kau serikan,
dengan keikhlasan di hatimu.....
jiwa lelakimu ku selami,
rupanya....
kau satu diantara berjuta bintang di langit,
yg di ciptakan allah sebaik-baik suami,
yang menerima diriku seadanya,
biarpun aku serba kekurangan....
hatimu,jiwaku,

akan tetap bersama selamanya,
dan jika diizinkan di sepanjang usia,
kita akan saling menjaga...
ibarat pohon sakura,yang akan sentiasa berbunga di setiap musimnya.....



yang mencintaimu,

Perindu Maya79

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...