Novel :LARA CINTA

                         LARA CINTA




                              
            “ Menyusur jalan-jalan kenangan,
         Ada duri yang amat menikam,
         Biarpun ku rentas jalan harapan,
         Adakah lara cinta ini bakal berakhir,
         Dengan kehadiranmu dihujung senja?”





Langit petang begitu cerah menggamit seribu perasaan yang tidak terungkap di hati Alisya.entah kenapa hatinya resah sedari tadi.ada sesuatu yang membuat hatinya begitu.matanya terarah ke laut lepas yang terbentang di hadapannya.kebiruan dan sesekali beralun ombak menghempas ke pantai…seakan terlakar seraut wajah yang amat di rinduinya selama ini.terlalu dalam cintanya buat lelaki itu….Ahh! segugus kesalan tercalit di hatinya..masih kah aku terus merindui seorang yang telah jauh dariku..getusnya dalam kepiluan yang teramat.imran,nama itu terpahat kukuh di hatinya…kerna lelaki itu jua dia nekad meninggalkan tempat asalnya untuk memulakan hidup baru.terlalu perit pengalaman itu, sangkaan Alisya Jika dia berhijrah,ingatannya pada lelaki itu akan menjauh.malang nya 5 tahun sudah berlalu wajah lelaki itu masih di hatinya. Lantaran itu,rindunya untuk pulang kembali memutik…perlukah aku kembali?desis hatinnya…Alisya tunduk,di capainya seranting kayu,di ukir nama lelaki itu di pasir putih yang terhampar…aku mesti kembali.biarpun pahit kenyataannya,aku rela menerimanya.
biarlah sekurang-kurangnya aku mendapat jawapan untuk noktah cinta yang tiada berpenghujung ini….

Chapter 1


Kereta  yang di pandu Pak Malik telah berhenti di halaman sebuah rumah kayu yang masih cantik ukirannya.pemilik rumah itu pastinya seorang yang amat berseni.bisik hati Pak Malik sendirian.
Di renungnya gadis di kerusi tempat duduk belakang.masih belum terjaga biarpun kereta sudah lama berhenti.tentu letih benar Alisya menempuh perjalanan yang memakan masa 4 jam itu.
“Cik Alisya…kita dah sampai”..kejut Pak Malik perlahan.
“oh,ya..maafkan saya pakcik..saya tertidur tadi.”Alisya mengosok matanya.rupanya aku telah sampai ke destinasiku!ehm…Alisya menatap rumah di hadapannya.masih kukuh dan cantik  seperti 5 tahun dulu…hatinya berlagu riang,tidak sabar untuk mendakap wajah-wajah yang amat di rinduinya…lantas di capai tas tangannya.keluar dari kereta.
“Assalamualaikum”laju bibirnya mengutus salam.
“Waalaikumsalam”ada nada yang menyahut dari dalam.
Kelibat seorang wanita berusia lingkungan 50- an itu melangkah ke pintu..aaaaaah!terpana ia seketika.benarkah pandangan mataku ini?
“Ibu?
Pantas Alisya memeluk Ibu angkatnya.
“Ya Allah,Alisya”…ada nada sendu di hujung suaranya.
Pertemuan petang itu amat bermakna buat Sharifah kalsom.terlalu lama ia menanti Alisya pulang ke pangkuannya.terlalu rindu ia pada gadis itu yang di anggapnya seperti anaknya sendiri.sudah 5 tahun ia menanti gadis itu kembali,setelah hatinya terluka suatu ketika dulu.
Wajah gadis itu ditenungnya sepuas hati.terasa hilang rindu bertahun dengan senyuman yang terlukis di wajah gadis manja itu.
“Kenapa ibu tenung Eisya begitu?”
“Ibu rindu pada anak gadis ibu yang semakin cantik ni”usik Syarifah kalsom.
“Ala,ibu ni ada-ada saja..Eisya biasa-biasa je.mungkin dah lama ibu tak tengok”Alisya tersenyum malu.
Sharifah kalsom tersenyum..masih kental malu dan manja anak gadisnya itu.
Ada bahagia menyusup di celahan jiwa tuanya.akhirnya anak gadis itu kembali jua ke sisinya..
“Eisya..ibu sayang Eisya”di peluknya Alisya rapat di bahunya.ada air mata jernih yang mengalir dipipi tuanya.kali ini bukan tangisan duka tetapi gembira..yang tidak bertepi….

Malam sudah merangkak tiba…mereka menunaikan solat maghrib bersama-sama.Pak Hassan mengalunkan wirid ringkas sebagai imam solat.di panjatkan doa syukur diatas kepulangan anak gadisnya itu.jika tiada Alisya,hanya dia dan Syarifah kalsom isterinya sajalah bersembahyang jemaah…anakya sudah pulang,dengan itu hati sepi mereka suami-isteri akan kembali terisi dengan gelak tawa Alisya seperti dulu.selesai solat,Alisya mencium tangan ayah angkatnya.ada nada sedih di wajah tua itu menyambut salam Alisya.
Di usap ubun-ubun Alisya sambil mengangguk tanda mengerti .

“Ehm..sedapnya masakan ibu.ibu tahu tak,dah lama Eisya teringin makan masakan ibu”Tanganya pantas menyuap makanan yang di hidang Sharifah Kalsom.
“Tak pa,Eisya boleh makan puas-puas.esok ibu masak yang lebih special,untuk anak ibu ni”tutur Sharifah Kalsom .
Serentak mereka ketawa berderai.Pak Hassan hanya memerhati sambil ketawa kecil. baru hari ini ada riak tenang di wajah isterinya itu..setelah bertahun wajah itu tidak mengukir senyuman,lantaran pemergian Alisya suatu ketika dulu.kini,ianya kembali seperti sediakala dengan kepulangan Alisya.
“Ibu,Eisya dapat kerja di sini…minggu depan Eisya akan mendaftar masuk”cerita Alisya riang.
“Betul?jadi Eisya tak akan kembali ke kl?”ada nada riang di wajah Sharifah Kalsom .
“Benar ibu…kali ini Eisya tak akan tinggalkan ibu dan ayah lagi,Eisya janji.”
“Alhamdulillah,syukur bang!”ucap Sharifah Kalsom girang.
“Nampaknya hari-hari lah ibu kamu masak special”usik Pak Hassan.
Mereka tertawa lagi.


Chapter 2

Cengkerik masih mewarnai suasana malam.yang pasti Alisya masih belum dapat melelapkan mata. Jendela dikuaknya perlahan.angin malam menyapa lembut,mengalunkan baju tidur biru polos yang dipakainya.Di pandangnya langit.bintang-bintang bertaburan menghiasi langit malam.Cantik! desis hatinya.pasti ayah dan ibunya telah lama di buai mimpi.di jelingnya jam diatas meja tulis.sudah pukul 2 pagi.yang pasti matanya belum mengantuk lagi.dia melangkah perlahan ke meja tulis.di tarik laci meja, lantas di keluarkan sebuah album lama.di beleknya wajah-wajah yang tertera .matannya tertancap pada wajah yang amat di rinduinya.air matanya menitis,wajah itu mencarik kembali luka lama yang masih berparut dihatinya.cerita lama yang amat mendera perasaannya selama bertahun….
Ingatannya kembali menyorot sejarah itu…
 Imran…lelaki itu  adalah anak kepada ibu dan ayah angkatnya.dan sejak dari kecil dia dan Imran mesra bersama.
Baginya lelaki itu  pelindungnya,setiap kali di buli oleh teman-teman lain.masih segar di ingatannya,bibir Imran berdarah,gara-gara bertumbuk dengan teman-teman yang mengejeknya  suatu ketika dulu.terlalu sayang lelaki itu padanya…malah sehingga meningkat remaja hubungan mereka tetap terjalin dengan baik.yang anehnya ,Alisya tidak pernah memanggilnya dengan panggilan abang.
Mungkin jarak umur mereka yang tidak jauh berbeza.setiap cara,citarasa dan minat mereka berdua agak sama membuatkan orang sekeliling tidak dapat membezakan bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung.namun bagi Pak Hassan dan Syarifah Kalsom kedua-dua anak itu tiada bezanya dimata mereka.didikan agama,akhlak dan segala-galanya di beri sama rata.kerana itu lah jua Alisya tidak pernah bertanyakan asal usulnya.baginya,ia bahagia dengan dunianya bersama ibu,ayah dan Imran.
Tidak pernah terlintas di benaknya akan jatuh cinta pada lelaki itu.lelaki yang pernah menjadi hero kecilnya ketika zaman kanak-kanak..sehinggalah peristiwa itu terjadi.Peristiwa yang mengubah hatinya buat selama-lamanya.Hanna,gadis kecil molek satu tingkatan Alisya lah yang menjadi puncanya. Entah mengapa benci benar Alisya dengan gadis gedik itu.sudahlah mulutnya yang laser tahap kritikal itu menyakitkan hati Alisya malah sikap lemah lembut dan lembiknya bila berhadapan dengan lelaki membuat kan Alisya panas hati bila berhadapan dengan Hanna.kebetulan,mereka satu tingkatan.
“Eisya,abang kau sihat?” sapa Hanna.
“Ehm, sihat”jawab Alisya  ringkas.
Eh Eisya,aku tanya sikit boleh?”Hanna mengangkat kening.
“Apa dia?”mata alisya masih melekap pada buku latihannya.pantas tangannya menulis bait-bait karangan yang menjadi homeworknya.malas benar dia melayan Hanna.
“Kenapa nama kau dengan abang kau tak serupa ek…kau anak orang lain ke?”sindir Hanna.
Berdesing telinga Alisya.si mulut Laser ni memang tidak boleh tengok aku senang agaknya.Entah apa yang di dengkinya,dari kecil tak sudah-sudah menyakiti hatiku.Alisya memandang tepat wajah Hanna.
Merah padam wajahnya menahan geram.busy body!desis hatinya geram.
“Yang kau sibuk kenapa?anak orang lain ke,anak pungut ke itu hal saya la.sibuk!”tuturnya geram.
Hanna tersenyum sinis.puas hatinya dapat menyakiti hati Alisya.sejak kecil dia tidak suka dengan Alisya.ada saja alasan yang di carinya untuk menyakitkan hati   Alisya.Yang pasti dia cemburu melihat Imran amat menyayangi Alisya.entah apa lebihnya Alisya jika di bandingkan dengan dirinya sehingga setiap kali bergaduh dengan Alisya,Imran akan menjadi hero membela Alisya.dan sudahnya dialah yang dipandang buruk oleh Imran.bencinya kian membuak bila melihat Alisya di minati oleh pelajar lelaki lain di sekolahnya.padahal dia lebih cantik dari Alisya.Pendek kata semua perkara banyak berpihak kepada Alisya.Hanna mengetap bibir....
Atas alasan  itu juga Alisya sering menjadi mangsa mulut lasernyanya itu.bukan sekali dua dia cuba memburukkan Alisya.Cuma Alisya sendiri tidak mahu ambil pusing mengenainya.mungkin sudah terlalu jelak dengan perangai Hanna.Malah,hampir seluruh teman-temannya tidak mahu menegur sapanya lantaran hasutan Hanna.mujurlah ada Aisyah sahabat karibnya yang amat memahaminya.banyak masaalahnya di luah pada Aisyah.Walaupun datang dari keluarga miskin,Aisyah adalah seorang teman yang amat baik akhlaknya.adakalanya,hati Alisya terusik juga bila Aisyah turut menjadi mangsa cacian Hanna.buruk benar perangai budak tu!getu Alisya.
“Dia datang sakitkan hati kau lagi ke?”Tanya Aisyah,sewaktu Alisya termenung di bawah pohon rhu didepan sekolah.sedari tadi hatinya sakit dengan tingkah laku Hanna.gadis mulut besar itu semakin keterlaluan…fikirnya.
“Entah lah Syah,dia sengaja panaskan hati saya”
“Ala,Eisya jangan la awak layan budak senget tu,dia memang macam tu”Ulas Aisyah sambil menepuk bahu Alisya.
“Senget ke?”
Serentak mereka berdua ketawa…
Imran masih mencari kelibat Alisya.Dari jauh kedengaran derai tawa Alisya.Imran mengatur langkah mendekati mereka.apa yang lucu?desis hatinya.
“Amboi!senangnya hati…dari jauh Im dah dengar gelak Eisya”sapa Imran.
Dia melabuhkan punggungnya duduk di belah Alisya.Aisyah tersipu-sipu malu.Alisya berhenti ketawa.lantas menyeka air mata yang keluar akibat terlalu gelihati dengan lawak Aisyah tadi.
“saja borak-borak kosong je dengan Aisyah.dia buat lawak”matanya melirik pada Aisyah.
Aisyah hanya mendiamkan diri.mungkin masih malu pada Imran.
“Eisya..petang ni Im balik lambat sikit.ada latihan badminton.Eisya balik dulu ya.minta Aisyah temankan.boleh Aisyah?”tanya Imran.
“Boleh,apa salahnya”jawab Aisyah ringkas.
“Tak pa Eisya boleh balik sendiri,Im jangan risau”getus Alisya perlahan.
“Ok..kalau macam tu Im masuk kelas dulu..Balik elok-elok.”pesan Imran.

Petang itu ,aktiviti ko-kurikulum masih berjalan.tepat jam 5 petang baru aktiviti berakhir.Alisya melangkah laju mengikut Aisyah berjalan pulang.Ah!sekali sekala berjalan kaki tidak menjadi soal fikirnya.Aisyah sendiri sudah biasa berjalan kaki sejauh 1 km untuk ke sekolah.inikan pula rumahnya yang tidak sampai 15min dari sekolah.jika tiada aktiviti sukan biasanya dia akan membonceng motosikal yang di pandu Imran…sambil berjalan Alisya rancak berbual dengan Aisyah.mereka berjanji untuk mengulangkaji pelajaran bersama malam nanti.
“Hei,Erni tengok!budak tu kena jalan kaki pulak”Hanna mengejek
Basikal yang ditungganginya sengaja di perlahankan, untuk beriringan dengan Alisya dan Aisyah.
“Aaahlah..mana abg hensem dia tu..opps!silap bukan abg dia”sampuk Erni ketawa.
Alisya berhenti berjalan.Hatinya cukup panas dengan sindiran Hanna dan Erni.Aisyah yang mengerti pergolakkan hati Alisya menarik tangan Alisya.bimbang jika Alisya akan naik angin.
“Apa tengok-tengok?tak puas hati?berani lawanlah,abg kau bukan ada kat sini pun untuk minta tolong,takkanlah asyik nak duduk bawah ketiak abg jer”Hanna menjegil matanya cuba mencabar Alisya.
Kali ini kesabaran Alisya mulai sampai ke kemuncaknya.kecil sekali wajah-wajah dihadapannya.darahnya menyirap ke kepala.tanpa sedar ditariknya Hanna ke tepi, hingga tersungkur ke tanah.serentak mereka bergelut .Alisya menarik rambut Hanna.Aisyah dan Erni yang panik cuba meleraikan pergaduhan mereka.
“Hoiiii”sergah Fatihah dari belakang.dia teman setingkatan Imran.
Pergaduhan mereka terhenti.Hanna sempat lagi menolak Alisha ke tepi.habis baju kurung Alisya kotor di seret debu jalan.Aisyah mengangkat Alisya.
“Dah Hanna,pergi balik!!!”jerkah Fatihah lagi.nalurinya berkata tentu ini berpunca dari Hanna. Bukan sekali dua Hanna menganggu Alisya.Cuma tidak tahu mengapa hari ini Alisya tidak dapat mengawal perasaannya.Hanna mengangkat basikalnya sambil mengetap bibir.hatinya masih belum puas.nanti kau!desis hatinya.sambil menjeling Alisya.dikayuh laju basikalnya ke rumahnya.
Alisya tertunduk.malu benar dia pada kak Fatihah.kenapalah hari ini dia benar-benar hilang akal warasnya sehingga terjadinya pergaduhan begitu.Aisyah juga terdiam.Barangkali masih terkejut dengan kejadian tadi.Alisya benar-benar naik hantu tadi.
“Sudahlah Eisya,biar kakak hantar balik”Pujuk Fatihah.
Dia menuntun Alisya pulang….
Peristiwa pergaduhan itu telah berlalu seminggu.banyak perkara yang terjadi selama itu.Puan Halimah datang ke rumah menyerang ibunya Syarifah Kalsom dan mencaci Alisya kerana kononnya telah memukul anaknya Hanna dengan teruk.Mujurlah ayahnya Pak Hassan masuk campur meleraikan petengkaran mereka.kata putus di ambil.Alisya di pindahkan bersekolah di Bandar.Alisya merima keputusan itu dengan tenang.memang salahnya,kalaulah dia tidak mudah melatah hari itu tentu ibu dan ayah tidak perlu bersusah-payah kerananya.Namun sifat ibu dan ayahnya yang banyak memberi semangat membuatkan Alisya kagum.terlalu besar jasa keduanya .dia di pindahkan sekolah bukanlah kerana dia di salahkan,tetapi untuk mengelakkan Hanna menganggunya lagi.Cuma…entah mengapa hanya Imran sahaja yang masih tidak bertegur dengannya sejak hari itu.ada sesuatu yang tersirat dihati Imran yang tidak Alisya tahu.Apakah abangnya itu juga telah termakan hasutan Hanna,fikirnya.namun di pendamkan hasrat untuk bertanyakan hal itu pada Imran...biarlah masa berlalu  dan merungkai persoalan itu.
Alisya menyandarkan kepalanya ke bantal.masih kuat ingatannya tentang peristiwa itu.hampir 2 tahun dia dan Imran menjadi orang asing.bersua setiap hari namun tidak bersapa.baik Alisya mahupun Imran lebih senang berdiam diri.perubahan itu di sedari Syarifah Kalsom dan Pak Hassan.sudah puas mereka mencari sebab kenapa kedua-duanya begitu.namun buntu.
Keputusan peperiksaan  STPM Imran amat cemerlang sehingga dia di taja untuk belajar keAustralia oleh MARA. Kenduri doa selamat di adakan untuk meraikan kejayaan Imran.pada malam itu juga lah dia dapat merasakan Sesuatu perubahan pada dirinya.Hanna manis berbaju kurung pink bunga sibuk melayani Imran dan kawan-kawannya.entah kenapa hatinya amat resah dengan adegan di depan matanya itu.bukan kerana dia masih marahkan Hanna,tetapi Ucapan yang keluar dari mulut Imran
Benar-benar menganggu perasaannya.
“Syg,ini teman-teman Im yang akan belajar sekali dengan Im di Australia nanti”
“Oh macam tu,hai saya Hanna,teman wanita Imran”Hanna berkenalan dengan kawan-kawan Imran. Wajahnya tersenyum tidak putus-putus.Alisya cuma dapat memerhati dari jauh.rupanya selama ini Imran berkawan dengan Hanna.entah kenapa hatinya berdebar kencang,lemas melihat kemesraan Imran dan Hanna.Cemburukah aku?getusnya sendirian.mungkin kerana kehadirannya tidak di perdulikan oleh Imran dan kawan-kawannya.terasa asing sekali,berubah benar Imran yang di kenalnya dahulu dengan Imran yang berada di hadapan matanya kini.hatinya  percaya,Hanna telah menghasut Imran sehinggakan Imran memandangnya sebagai orang asing di rumahnya sendiri. hanya diari yang menjadi lukisan hati Alisya.air mata menjadi teman tidurnya.betapa pedih untuk di ungkapkan rasa jiwa yang penuh hampa ini.malam terakhir Imran akan berangkat ke Australia.ternyata malam itu Imran cuba untuk menyapanya semula.mungkin untuk mengucapkan salam perpisahan.fikirnya.
‘Eisya,boleh Im bicara?Im bawa Eisya pergi makan.bersiap,Im tunggu di ruang depan’nota yang di tinggalkan imran  di tatap Alisya…Akhirnya Imran sudi juga untuk berbicara dengannya.Alisya bersiap seringkasnya.di sarungnya jeans dan t-shirt putih.make-up sekadar bedak dan sedikit lipgloss.tudung biru berbunga digayakan,cukup menjadikan penampilan Alisya nampak simple.perlahan dia menuruni tangga ke ruangan depan.kelibat ayah dan ibunya tidak nampak sedari pagi lagi.mungkin sibuk membeli-belah untuk persiapan Imran bertolak esok.di depan,Imran menunggunya.tiada bicara antara Alisya dan Imran sepanjang perjalanan.masing-masing masih melayan hal sendiri.mungkin juga memikirkan apa yang harus di bicarakan nanti.sampai ke distinasi di tuju,sebuah restoran nasi ayam yg menjadi kegemaran Alisya dan Imran.mereka melangkah masuk,dan duduk di ruangan yang agak lengang.setelah order di pesan,Imran memulakan bicara.matanya merenung tepat wajah Alisya.
“Eisya,Im tak tahu nak mulakan dari mana…err.rasanya dah hampir dua  tahun kita begini.sebelum Im pergi,harapan Im kita boleh berbicara semula.kita rungkaikan kembali apa yang menjadi masaalah kita selama ini.boleh Eisya?”Imran bersuara nada perlahan.
Alisya mengangguk lemah.perbualan malam itu merungkai kekusutan yang terpendam di hati mereka berdua.banyak perkara yang menyebabkan Alisya dan Imran sendiri terkejut.Imran sendiri merasa bersalah kerana terlalu percaya pada Hanna,kekasihnya.ada airmata jernih yang mengalir di mata Alisya.ternyata apa yang di duganya selama ini benar-benar kenyataan.fitnah yang di taburkan Hanna telah berjaya membina tembok pemisah di antara mereka berdua.
“Eisya,Im minta maaf,salah Im kerana terlalu percaya pada orang lain,sedangkan sepatutnya Im menyiasatnya terlebih dahulu.maafkan Im?”pinta Imran.
“Im tak perlu minta maaf.Eisya tak pernah anggap Im bersalah.kita Cuma mangsa keadaan. Itu saja”
“Thanks Eisya. Im akan tanyakan hal ini pada Hanna nanti.tergamak dia membohongi Im” getu Imran geram.tidak di sangka gadis lembut secantik Hanna rupanya duri yang menusuk di hatinya selama ini.
“Im,sudahlah..tak payah lagi kita panjangkan hal ni.cukuplah segalanya terungkai dan kita tahu kebenarannya.jadikan hal ini sempadan untuk kita di masa depan.promise?”pujuk Alisya lembut.
“Kalau itu yang menjadi permintaan Eisya,Im tunaikan…Promise!”Imran tersenyum.
Hidangan yang di pesan sampai.sambil menikmati makanan,banyak benar cerita yang di bualkan bersama.selama dua tahun tidak bersapa banyak cerita yang tersimpan.sesekali di susuli gelak tawa Imran dan Alisya.pertama kali sejak hampir 2 tahun,kemesraan mereka memutik kembali.ada nada riang di hati keduanya.perubahan mereka di sambut baik oleh Pak Hassan dan Syarifah Kalsom.terbit juga rasa syukur di hati mereka berdua. akhirnya kedua-dua anak kesayangan mereka kembali mesra bersama.
Perjalanan hidup di teruskan.Imran melanjutkan pelajarannya ke Australia.Alisya sendiri sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya.sepanjang itu lah hanya E-mail menjadi penghubung di antara mereka berdua.Imran mengambil jurusan Engineering dan Alisya sendiri jurusan pendidikkan.3 tahun lagi mereka akan bertemu kembali.tanpa di sedari hubungan mereka mula di sulami rasa rindu.ada cinta yang memutik di hati keduanya.ada janji yang terikat untuk saling setia menanti.yang pasti pergolakkan jiwa mereka tidak diketahui oleh Pak  Hassan dan Syarifah Kalsom.janji Imran pada Alisya,Ibu dan ayahnya itu akan di beritahu kelak.




Chapter 3

Bahagia sekali hati Alisya.setiap  hari di lalui dengan tenang.E-mail dari Imran menemaninya saban hari.kemesraan yang terjalin menjadikan Alisya perindu yang setia.memang ramai sekali peminatnya di Universiti,namun kerana hatinya yang terlalu sayang pada Imran segalanya di tepis sebaiknya.baginya Imran lah lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.sifat penyabar,romantis dan ketenangan pada raut wajah Imran sudah cukup membahagiakan hatinya.
“Eisya,Im rindu lah pada malaysia...E-mail Imran di tatapinya.
“Aik!rindu kat malaysia jer?tak rindu kat Eisya ke?merajuk lah....balasnya mengusik.
“oh,ye ke...ehm...kejap Im fikir....tak kot! Eisya mengetap bibir.
“Ye lah...sapalah kita kan...balasnya geram.
“Alah, merajuk pulak...dah besar lah cik adik oi...buruk tahu.Imran mengusik lagi.
Geram benar Eisya.itulah Imran yang di kenalinya.masih tak berubah sifat nakalnya yang suka mengusiknya.dan kerana sifat itu jugalah lelaki itu menjadi istimewa dihatinya.Eisya mendiamkan diri. Ditatapi komputer di hadapanya.pasti Imran sedang menanti E-mail balasannya...padan muka desisnya geram...mengusik ya...rasakan.
“Hai....diam jer?E-mail dari Imran masuk.
“Ehm...sweet tau cik Eisya merajuk...Eisya tersenyum.menjadi juga tricknya mengenakan Imran.dan seperti selalu Imran akan terlebih dahulu mengalah.Ego betul lelaki itu,tapi ternyata hati lelaki yang disayanginya itu lembut dan penyayang.boleh jatuh juga jantung ni...romantis!desisnya...
“Ehm...dah senyum pun....Imran menduga.
“Pandai jer cakap Eisya senyum...sejak bila jadi ahli nujum ni?balasnya.
“Im tahulah...Eisya kan teman Im.dan ada peta pun dalam kepala Im ni.tak payah la nujum-nujum lagi...betul tak sayang?
Sayang?aduh...pertama kali Imran menuturkan ayat itu padanya..Alisya terpana seketika.yang nyata itu bukan mimpi.terlalu indah untuk di rangkaikan dengan kata-kata.macam mana nak balas E-mail ni? Fikirnya.
“Err...Im,macam mana dengan pengajian Im?okey ke?
Eisya cuba mengalih soalan...
“Aik?ubah tajuk ye? Cik Eisya malu la tu...pengajian Im okey je.Insyaallah Im akan pastikan Im dapat graduate dalam masa terdekat ni.Tak sabar rasanya....
“harap kita bertemu nanti...
“Eisya....
“Apa?
“Amboi...garangnya.
“Apa dia Cik Im?
“Im sebenarnya rindu pada Eisya...
“Tadi cakap tak rindu?
“ala,jual mahal la dulu...ada tawar menawar baru best...
“Eleh...cakap jer la..ego Im tu tinggi bukit...
“Tinggi sangatlah cik Eisya,bagi lah benda yang rendah sikit...Eisya rindu Im tak?jujur....
Alisya tersenyum sendirian.sempat lagi!fikirnya.
“Kejap nak fikir....
“Balas dendam ke ni?
“Tak....
“Eisya....I LOVE YOU...
Alisya tergamam.Imran...betul kah apa yang di nyatakan?jantungnya terasa seperti terhenti sesaat. Sekian lama bersama,akhirnya Imran meluahkan perasaannya...
“Im...jangan ngada-ngada k...
“Eisya..really!.dah lama Im pendamkan rasa ini.terlalu banyak kenangan kita bersama.salahkah Im?
“.......I'm lost my word to say Im...
Faridah melangkah masuk.Ehm...patutlah.disini rupanya sahabat baik aku ni.tengah berchatting rupanya.dari tadi aku cari tak jumpa.ingatkan ada kuliah.rupanya ada kuliah cinta kat internet tu!desis hatinya.perlahan Faridah mendekati Alisya.Asyik sungguh!tak perasan aku datang pun...fikirnya lagi.
“Amboi!....asyiknya...”Faridah menerjah.
“Opocot!eh idah?terkejut saya.boleh tak awak beri salam dulu?”Alisya terkejut.
“Cik Alisya ,kalau saya bagi salam pun awak perasan ke?”sindir Faridah.
Alisya tersipu-sipu malu.Faridah duduk di tepi Alisya.kepalanya di panjangkan memerhati komputer Alisya.Pantas Alisya menutup komputernya dengan tangan.
“Ooops!secret mana boleh tengok! Jerit Alisya.
“Eleh,tengok sikit pun tak boleh....mesti cik abg syg ni..”usik Faridah.
“Eh!pandai jer...mana ada la...”Alisya membalas pantas.
“Eleh,malu la tu...nak turun makan tak?dah la satu hari saya pusing satu blok cari awak,dah kelaparan ni.cepat lah siap.saya tunggu awak kat bawah key?”
Faridah bangun menuju ke pintu.
“Okey.....saya off dulu komputer ni.”balas Alisya.matanya kembali menatap komputer di hadapannya. E-mail Imran yang tergantung tadi.

Faridah menguak pintu keluar dari bilik.pintu di tutup perlahan.
“Eisya...please beri jawapan awak...Im tunggu..Please...
“Im..Eisya nak turun makan dulu.nanti housemate Eisya marah.dia dah tunggu kat bawah.nanti Im balik kita bincang lagi hal tu..Eisya tak ada jawapan lagi untuk soalan Im tu.beri masa Eisya fikirkan ya...
tangan Alisya laju menaip E-mail buat Imran.Harap-harap Imran mengerti bukan niatnya untuk menolak cinta Imran.Hatinya terlalu menyintai lelaki itu.
“Ehm....I'm waiting your answer...but promise if i come back to malaysia you must have answer for me.promise?
“Okey...Eisya janji Im...
“Take care...ingat-ingat kat Im disini.kalau Eisya balik kampung kirim salam rindu Im pada mak dan abah key?
“Im pun jaga diri...Kita jumpa nanti..Alisya mengakhiri E-mailnya.
Pintu bilik terbuka lagi.terjengul wajah Faridah.panjang sekali muncungnya.
“Cepatlah cik Eisya...lapar ni..”rengek Faridah.
“Okey!siap dah jom”balas Alisya.langkahnya laju mendapatkan Faridah.
“Eisya kita makan Tomyam nak tak?”Faridah tersenyum.
“Ehm...sedap juga tu.dah lama tak makan tomyam....”balas Alisya.

Chapter 4

Majlis Konvokesyen di adakan untuk meraikan siswa dan siswazah yang berjaya.Imran segak bergaya dengan jubah siswanya.di genggam kemas ijazah yang di perolehinya hari itusetelah berhempas pulas selama 3 tahun mengejar segulung ijazah,akhirnya dia berjaya. Walaupun Pak Hassan dan Ibunya Sharifah Kalsom tidak dapat hadir di majlis gilang gemilang itu,hatinya begitu gembira. Teruja hatinya untuk cepat-cepat kembali ke tanahair.terasa rindunya teramat mendalam pada orang-orang yang amat di sayanginya.
Alisya!...gadis manja itu  telah menamatkan kuliahnya.dari E-mail yang di terimanya Alisya telah mendapat segulung ijazah.ah!bila Imran memikirkan gadis itu,hatinya terusik.rindu benar dia menatap sepasang mata milik Alisya yang mencairkan segenap ruang hatinya.hanya bila berjauhan begini barulah Imran sedar Alisya terlalu istimewa di hatinya.gadis itu terlalu indah di matanya.sifat sederhana Alisya,keletahnya dan sifat manjanya itu membuatkan Imran selesa dengan gadis itu.biarpun Alisya bukanlah seorang gadis yang sangat cantik,bagi Imran amat cantik dalamannya.atas alasan itu dia menyintai Alisya.Hanna! Banyak benar bezanya dengan Alisya.biarpun rupa parasnya yang cantik itu,terselit sifat-sifat yang sukar di percayai Imran.Imran masih tidak dapat memaafkan Hanna di atas salah faham yang berlaku di antara dia dan Alisya suatu ketika dulu.mujurlah Alisya bukan seorang pendendam.kenangan itu mendewasakan Imran,bahawa kecantikkan luaran bukanlah lagi pilihannya kini.insyaallah,biar lah hanya kasih-sayang dan keserasian menjadi keutamaannya.
Esok pagi Imran akan meninggalkan bumi Australia.benar  kata pepatah,hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di tempat sendiri...fikirnya.
Tangannya pantas mengemaskan baju-baju dan peralatannya untuk bertolak balik ke tanahair.yang pasti di ruang matanya sudah tergambar kegembiraan Ibu,Ayah dan Alisya.Ole-ole yang di belinya pasti mengembirakan mereka.Imran tersenyum sendirian....
Di rumah Pak Hassan sibuk dengan persiapan menyambut kepulangan anak lelaki kesayangan mereka itu.Syarifah Kalsom sejak awal lagi sudah sibuk menyediakan menu-menu istimewa untuk makan malam itu.maklumlah sudah 3 tahun berlalu,rindunya tidak dapat bertahan lagi.hanya suara  Imran sahaja menjadi pengubat rindunya selama ini.ingin sekali dia menatap wajah  Imran.Anak itu terlalu manja dengannya....Alisya sibuk mengemas.sudah lama bilik di tingkat atas itu tidak ber huni.hari ini tuan bilik itu akan pulang!desis hatinya...di tukar cadar baru buat Imran.debaran di hati Alisya semakin memuncak.Apakah Imran yang bakal di temuinya nanti masih seperti Imran yang dulu?.di capainya foto gambar Imran di atas meja tulis.jejaka handsome berkulit cerah serta berlesung pipit di pipi itu benar-benar mengamit rindunya.ternyata penantiannya kini berakhir.lelaki itu telah menyatakan hasratnya.dan Alisya telah sedia dengan jawapannya...
“Hai...jauh termenung?”Syarifah Kalsom,ibunya menyapa dari belakang.
Lamunan Alisya terhenti seketika.senyuman di wajahnya terukir.
“Ibu...”Alisya mengukir senyum.
“Dah siap berkemas nampaknya anak ibu ni...Im pasti rindu dengan biliknya ni..”
“Eisya dah kemas elok-elok ibu...”
“kalau dah okey,Eisya tolong ibu ya di dapur.”
“Pukul berapa Im sampai ibu?tanya Alisya.
“Rasanya  dalm pukul 8 nanti,Ayah kamu dah bertolak ke Airport tadi”
“Lagi 2 jam je ibu..”Alisya menjeling jam dinding.sudah pukul 6 petang.masa berlalu pantas sekali.Alisya beriringan turun bersama Ibunya ke tingkat bawah.makan malam perlu di selesaikan 2 jam dari sekarang.yang pastinya mereka berdua tidak sabar menanti kepulangan  Imran.
Tepat pukul 8.05 malam,kereta memasuki perkarangan rumah mereka Imran keluar dari kereta.di wajahnya terlukis kegembiraan.walaupun perjalanan pulang cukup meletihkannya.Pak Hassan beriringan dengan anaknya ke pintu depan.
“Assalamualaikum”Imran memberi salam.
“waalaikumsalam”Syarifah Kalsom melangkah ke ruang depan.Alisya hanya menjenguk dari dapur.
“Apa khabar Ibu?”Imran menerpa ibunya.di cium tangan ibunya.lantas di peluk ibunya rapat.terasa hilang rindunya selama ini dapat pulang ke pangkuan ibunya.
“Ibu sihat,cuma tak sabar-sabar nak lihat anak ibu ni”Syarifah Kalsom tersenyum.mereka duduk di ruang tamu.banyak cerita yang hendak di kongsi bersama setelah 3 tahun tidak bersua.Alisya hanya memerhati dari dapur.ehm...hatinya berdebar kencang...wajah yang di tunggunya itu semakin bertambah handsome dari dulu..desis hatinya.berat hatinya untuk bertemu dengan Imran.terasa malunya menebal.setelah membuat minuman,Alisya membetulkan ikatan rambutnya.di fikirannya masih memikirkan apa reaksi Imran bila bertemu dengannya nanti.
“Ibu,Eisya mana?Imran bertanya.sedari tadi kelibat Alisya tidak kelihatan.Rancak berbual dengan Ayah dan ibunya tapi Alisya tidak muncul-muncul.
“Oh...Alisya.ada,masih di dapur tadi.mungkin Eisya buat minuman.Eisya...”panggil Syarifah Kalsom.
“saya ibu...”Alisya menatang dulang air ke depan.
mata Imran terpaku memandang Alisya.ternyata Alisya sudah semakin ayu kini.dengan baju kebaya biru bunga ternyata gadis itu semakin anggun.matanya tidak lepas menyorot langkah Alisya.Terasa jantungnya berdegup kencang.gadis yang menjadi teman kecilnya itu semakin membuatkan hatinya terpikat..
“Apa khabar Eisya?”Imran menyapa.
“baik im...”Alisya tersenyum.dia mengatur cawan diatas meja dan menuang air.Ayah dan Ibu nya hanya memerhatikan mereka sambil tersenyum.
“Jemput minum semua.”pelawa Alisya.
Perbualan di sambung kembali.Alisya tidak banyak berbual.mungkin masih janggal setelah lama tidak bertemu perasaan malunya itu mengatasi.Sesekali mata Alisya dan Imran bertemu.Masing-masing menyembunyikan perasaan.malam itu sambil menikmati makan malammereka berbual lagi.pelbagai cerita yang dibualkan.Imran sendiri sibuk menceritakan pengalamannya tinggal di bumi asing. Sesekali mereka sekeluarga tertawa.Habis makan malam Alisya meminta diri untuk naik ke atas.
“Ibu,sudahlah tu...Im dah letih agaknya.esok kita sambung lagi”Pak Hassan mencelah.
“Oh,rancak berbual lupa pula ibu dah pukul 10.tentu Im letih naik lah tidur dulu.Kesian anak ibu ni.pergilah naik,bilik tidur Im,Eisya dah kemaskan tadi.”
“Ehm...kalau macam tu Im naik dululah Ayah,Ibu...selamat malam.”
Ayah dan ibunya menganguk sambil tersenyum.Imran beredar menaiki tangga.ketika melintas bilik Alisya di lihatnya lampu bilik Alisya masih terang.Mungkin belum tidur lagi fikirnya.di pulasnya tombol pintu biliknya.rindu benar dia pada biliknya itu.I'm back!ternyata biliknya itu tersusun kemas.pandai Alisya mengemas.tubuhnya di hempas ke atas tilam.perjalanan pulang tadi benar-benar meletihkan. Namun kerana terlalu gembira,keletihan itu di lupakannya.dia bingkas bangun mencapai tuala untuk mandi.
Dikamarnya Alisya masih belum dapat melelapkan matanya.di kisar tubuhnya ke kanan dan ke kiri.ternyata jiwanya resah sekali.masih terbayang-bayang raut wajah yang baru di temuinya tadi.terasa aneh perasaan ini...sedangkan sebelum ini asal saja bertemu pasti banyak perkara yang di bualkan. Namun sejak Imran meluahkan rasa hatinya..Alisya menjadi malu untuk menatap mata Imran,apalagi untuk berbual mesra.tidak hairan lah sepanjang perbualan mereka tadi,Alisya lebih senang berdiam diri.
Entah apa yang harus dibual kan.Im,segalanya terlalu indah tentang dirimu.sepasang mata cantik milik Imran sukar di tenung lama-lama.boleh cair terus hatinya!Alisya tersenyum sendiri.beginilah kalau sudah mabuk cinta.segalanya nampak sempurna dan indah.Alisya bangun ke komputernya.Ehm…kena tulis diari ni.tangannya ligat menaip diarinya.sedang asyik menaip,ada E-mail masuk….menyibuk betullah!desis hatinya.di bukanya E-mail tersebut.Alisya tersenyum…ternyata E-mail itu dari  Imran.aik!dah sampai Malaysia,sebelah bilik pun boleh E-mail lagi?fikirnya.
“Assalamualaikum…dah tidur ke cik Eisya kat sebelah?
“Waalaikumsalam…belum lagi Im…
“Im menganggu ke?
“Ehm…tak lah.
“Im rindulah…tak boleh tidur…teringat cik Eisya yang ayu..
“Amboi…manisnya ayat?
“Tak percaya ke?
“Percaya…
“Mana jawapan untuk Im?
Alisya tersenyum sendiri.tak sabar-sabar nampaknya Imran menuntut janjinya dulu…
“Ehm…jawapan apa yer?lupalah…Alisya menduga.
“Ala…kura-kura dalam perahu..please la,Im serious ni.”
“Kalau Eisya tunda lagi jawapan tu boleh?”Alisya cuba mengusik Imran.
“Cik Eisya!!please la,tak boleh tidur ni,selagi tak ada jawapan…”balas Imran geram.
“Okey,ngusik sikit pun tak boleh…
“Im tahu la,Cik Eisya tu kuat mengusik.tapi ini pasal masa depan kita la sayang…Im nak jawapan sekarang.plz.”
“saya terima…”
“What?ulang sekali lagi boleh?”
“Cik Im,berita pun tak ulang dua kali tau?”ulas Alisya geram.
“Siapa cakap?ada siaran ulangan tau…”
“Pandailah cakap.”
“memanglah pandai Cik Eisya.hallo,I bakal engineer tau!”
“Tak nak cakap lagi…dah bagi jawapan tapi buat main-main jer..”Alisya mula merajuk.
“Ala…jangan la merajuk!Actually,Im gembira sangat Eisya dapat terima Im.tapi ada sesuatu yang kurang lagi..”
“Ada-ada jer..apa yang kurang?”getu Alisya.
“Tak say I love You pun kat Im?”
“Tak payah la…kan Eisya dah bagi jawapan cukup lah.”
“Sayang…please la..”
“Im…Eisya ngantuk la…”
“tengok tu…bagilah jawapan dulu…jangan la buat Im macam ni.”
Ehm…lelaki yang bernama Imran ni memang degil juga orangnya…dari kecil lagi Alisya tahu,memang inilah perangai mereka berdua,dan tidak hairanlah mereka serasi bersama.selagi apa yang dimahukan tidak dapat,selagi itulah tidak akan berganjak .
“I LOVE YOU…puas hati Cik Im?”perlinya.
“Thanks…sayang.sejuk hati Im..baru lah boleh tidur lena…I LOVE YOU too much sayang!”
“Good nite,Im…”
“Good nite,sayang.see you tomorrow..”
Alisya menutup komputernya…yang nyata hatinya berlagu rindu.bunga-bunga cinta terus memekarkan taman hatinya,doanya biarlah cintanya terus segar berkembang selamanya…Im,Eisya benar-benar bahagia…desis hatinya.Alisya merebahkan dirinya ke atas tilam.di capainya teddy bear pinknya.di peluk rapat.hatinya benar-benar gembira…tanpa di sedarinya matanya terlelap…

Chapter 5


Sudah 3 bulan berlalu…perubahan kedua-dua anak kesayangannya benar-benar ketara.Syarifah Kalsom mula terasa ada sesuatu di antara kedua-dua anaknya itu…jatuh cinta?erm…dia mengeluh sendirian. Memang Syarifah Kalsom teramat sudi menerima Alisya sebagai menantu..namun ada resah di hatinya bila mengenangkan kembali status Alisya…rahsia yang tersimpan 23 tahun dulu hanya tuhan saja yang tahu…bila mengenang kembali,Syarifah Kalsom amat bimbang,Alisya pasti terluka bila mengetahui kebenaran tentang dirinya.Syarifah Kalsom bersandar di sofa..berat benar hatinya membiarkan sejarah silam itu melukai Alisya.sayang benar dia pada anak itu…masih segar di ingatannya,bagaimana Alisya hadir dalam hidupnya.bayi perempuan itu ditemuinya di tepi parit rumahnya sewaktu dia dan suaminya Pak Hassan sibuk membersihkan kawasan belakang rumah.Tangisan Alisya yang di tinggalkan manusia tidak berhati perut itu mengejutkannya.
Dia dan suaminya mula mencari dari mana datangnya tangisan itu.betapa terkejutnya mereka apabila melihat sekujur tubuh bayi perempuan yang tidak berbungkus sedang menangis kesejukkan.Bayi itu masih ada kesan darah di tubuhnya…maknanya,dia baru sahaja di lahirkan.sungguh kejam ibu bayi ini fikirnya,sedangkan binatang masih menyayangi anaknya inikan pula manusia yang mempunyai akal yang waras…
Syarifah Kalsom mengambil bayi itu.di peluknya erat di pangkuannya.bayi itu masih menangis…Pak  Hassan mengeluh.kejam betul manusia yang membuang bayi ini,desis hatinya.
“Som pergi lah mandikan dia…abang tengok bayi ni macam lapar..Nanti abang cari kan susu di kedai”
“Baiklah abang..”terharu dia dengan kebaikkan hati suaminya.Bayi yang tidak berdosa itu perlu di beri perhatian sebaiknya…bila di pandangnya bayi itu di pangkuannya,naluri keibuannya tersayat pilu…bayi itu terlalu kecil untuk memahami erti hidup.sejak hari itu lah dia dan suaminya membela bayi itu.ramai juga yang bertanya,siapa bayi itu.namun Pak Hassan hanya menyatakan bayi itu di ambil olehnya dari rumah kebajikan anak-anak yatim.mungkin kerana keluarga mereka yang terhormat disitu,masyarakat sekeliling tidak lagi mempersoalkan kehadiran bayi itu didalam keluaga mereka.di tambah keadaan Syarifah Kalsom yang tidak boleh lagi melahirkan zuriat.Pak Hassan akur dengan kehendak Syarifah Kalsom untuk memelihara bayi itu.ketika itu Imran baru berumur setahun..Bayi itu di namakan Alisya,nama yang amat manja.rahsia silam itu tertutup rapat sehinggalah Alisya berumur 12 tahun.dia dan suami berterus –terang pada Alisya bahawa Alisya adalah anak angkatnya.bagi Alisya sendiri,walaupun terkejut dengan kenyataan itu tidak pernah menyalahkannya dan suami.padanya Alisya seorang anak yang benar-benar baik.namun tentang ibu bapa Alisya hanya di beritahu bahawa mereka telah meninggal dunia.terlalu pahit untuk di telan,namun demi melindungi Alisya,dia dan suami sanggup berbohong…
Kini Alisya sudah dewasa…Syarifah Kalsom bimbang Alisya akan mendapat tahu statusnya apabila di ijabkabulkan nanti…Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk menghadapi nya.bisik hati syarifah kalsom.
Imran memerhatikan ibunya....pasti ada sesuatu yang sedang meresahkan ibu kesayangannya itu.hmmm...ibu tidak pernah seresah itu.adakah ibu ibu sudah dapat menghidu percintaan dia dan Alisya?memikirkan hal itu Imran terkesima seketika.sepatutnya dia berterus-terang kepada ibunya tentang hasratnya untuk mengahwini Alisya.tapi  adakah ibu setuju?bisik hatinya sendirian....Imran menarik nafas panjang..hatinya nekad kini.dia perlu berterus-terang agar ibunya tidak runsing lagi...lagipun itulah janjinya pada Alisya. Imran menapak perlahan mendekati ibunya....
“hai ...jauh ibu termenung”Sapanya.
“oh,Im...”ada riak terkejut di wajah ibunya itu...
“Ibu ada masaalah ke?atau tak selesa dengan sesuatu...cakap la,Im sedia mendengar”pujuknya.
“ibu tak ada apa-apa Im...saja ambil angin...

Dari jauh Puan Halimah  gelagat anaknya Hanna.beria-ia benar anak gadisnya itu bersiap.tentu ada majlis fikirnya.perlahan ia mendekati Hanna.Hanna masih tekun memperbetulkan solekkannya.
“Amboi…cantiknya anak ibu ni….nak pergi majlis apa nie?”sapanya lembut.
Hanna menoleh sambil tersenyum manja.
“Ibu...Ana nak pergi rumah Im la ibu…dia baru balik dari Australia semalam..”
“oh?really?patutlah anak ibu ni bersiap ngalahkan princess….nak jumpa yg special rupanya”Puan Halimah mengusik.
“ibu nie…ada-ada jela….mestilah Ana kena pakai cantik-cantik.dah lama x jumpa Im la ibu…”
“iyalah….anak ibu memang cantik kan”Puan Halimah memuji.
Hanna memeluk ibunya mesra….matanya dipejamkan manja. Puan Halimah mengusap rambut Hanna.sayang benar dia pada anak gadisnya yg seorang itu.
“tak pa lah,ibu turun dulu…kalau jumpa Im,sampaikan salam ibu untuk dia”
“ok,ibu….”
Hanna menguntum senyum.
Puan Halimah meninggalkan Hanna bersendirian…..
Hanna memusing-musing badannya di hadapan meja cermin….senyumnya melebar tanda berpuas hati dengan solekkan dan busana yg digayakannya.hatinya berbunga riang….Imran pasti terpegun!desis hatinya….
Di capai tas tangan lalu melangkah menuruni tangga.

           Hanna melangkah perlahan memasuki perkarangan rumah Imran.niatnya ingin memberi kejutan pada Imran….dari jauh kelihatan kelibat Pak Hassan dan Syarifah Kalsom sedang menikmati minum petang berdua.tiada kelibat Imran di situ. Hanna mendekati mereka.asyik kedu-dua pasangan itu bersembang.serius nampaknya…desis hati Hanna.dari jauh dia cuba memasang telinga.
“Abang,mcm mana pendapat abang dengan permintaan Im tu.Som betul-betul runsing bila memikirkannya.patut ke kita berterus –terang padanya?”
“Som,apa salahnya kita rahsiakan saja.abang rasa tak perlu kita ceritakan semuanya.lagipun kalau mengikut undang-undang syari’e  Eisya boleh kita nikahkan berwali hakim.jadi tak perlu lah risau sangat”Pak Hassan menjawab tenang.
“jadi,abang setuju kalau Im dan Eisya kita satukan.Som cuma risau,satu hari nanti rahsia yg kita simpan dulu akan terbongkar jua nanti.kita dah semakin tua abang.Som Cuma nak mereka berdua bahagia”
“Abang faham Som…Apapun Eisya hanyalah bayi yg tak bersalah ketika itu.Cuma ibunya saja yg kejam…sanggup membuang dia dulu”
“memang Eisya tidak bersalah bang,tapi Som tetap risau kalau nanti ada yg tahu siapa dia sebenarnya.dan kalau sampai Im juga tahu…bolehkah dia menerima Eisya bang?”
“Janganlah di fikir perkara yg tidak elok begitu Som.insyaallah,selagi niat kita baik,Allah akan memberikan yg terbaik untuk mereka berdua nanti”
Syarifah Kalsom mengangguk tanda mengerti.ada benarnya kata-kata suaminya itu.terasa lapang dadanya bila segalanya dapat di selesaikan bila berbincang dengan Pak Hassan.
Di sudut lain Hanna terpaku.
kahwin?bayi terbuang?
Wah!menarik sekali perbualan di antara Pak Hassan dan Syarifah kalsom.matanya membulat.nama Imran dan Alisya turut di sebut sama.benarkah mereka akan berkahwin?
Dan benarkah apa yg aku dengar ni?Alisya anak pungut?bayi terbuang?
Ah!sial betul Alisya…alih-alih mahu di kahwinkan dengan Imran?Hanna menggetap bibirnya .
Wajah Alisya tergambar di ruangan matanya.gadis itu selalu merebut Imran dariku.
Tidak!
Kali ini,telahanku benar-benar tepat….gadis itu takkan berkahwin dengan Imran.Imran milikku!
Never! berontak hatinya.
Dendamnya terlalu memuncak pada Alisya.setelah bertahun Aku memiliki Imran,dengan senangnya gadis bangsat itu mahu merampas Imran dari aku!
Arggghhhhh….Hanna mendengus geram.tp aku perlu berlakon supaya Pak Hassan dan Syarifah Kalsom tidak perasan aku tahu mengenai hal ini….Hanna tersenyum sinis.otak  ligat menyusun strategi….
Pakaian dan rambutnya di perbetulkan.senyumnya di maniskan.langkahnya di atur menghampiri pasangan Pak Hassan dan Syarifah Kalsom.
“Assalamualaikum,pakcik…makcik”sapanya mesra.
“Waalaikumsalam”…serentak Pak Hassan dan Syarifah Kalsom menoleh pada tetamu yg datang itu.
“Apa khabar,pakcik dan makcik?”Senyuman Hannna melebar.
“baik…oh Hanna…dah lama sampai?”Syarifah Kalsom menjawab sambil tersenyum mesra.
“Baru saja makcik….Hanna datang ni nak jumpa Im.Khabarnya Im baru baru balik dari Australia kan makcik? lama x jumpa
dengan Im..” wajah Hanna di maniskan semaksimanya.
“oh….Nak jumpa Im…Im ada di belakang dekat kolam ikan….Hanna cari dia kat sana”
“thanks,mak cik.Hanna minta izin jumpa Im ya?”nadanya melembut.
Pak hassan dan Syarifah kalsom cuma mengganguk dan tersenyum.
Hanna berpaling….dia tersenyum sinis…kalulah tidak disebabkan mahu berjumpa dengan Imran pasti kedua-dua orang tua itu tidak di sapanya.langkahnya diatur ke halaman belakang.
Dari jauh kelihatan kelibat Imran sedang memberi makan ikannya….
Hanna tersenyum.Im,….memang semakin kacak jejaka idamannya itu…langkah dan gayanya di lembutkan ala-ala perempuan melayu terakhir menghampiri Imran.
“Im….” Sapa Hanna lembut dan manja.
Imran menoleh.
Ah!gadis hipokrit ni dah sampai rupanya!
Tangan nya ligat menyambung tugasnya tadi..malas benar dia melayan tetamu yg tidak di undang itu…
“Im…amboi,sampai hati tak beritahu Ana yg Im dah balik.nasib baik tau Erni beritahu Ana.kecik hati Ana”mulutnya di muncungkan cuba menagih simpati Imran.
“Im baru balik semalam Ana…tak sempat beritahu,Ana dah sampai kan?”perlinya.
“ala,x pa…Ana x marah pun…Ana sajalah uji Im,Ana tahu Im sibuk kan”?
Imran tersenyum kelat….hai! kalaulah dia tahu,sememangnya aku ni rimas!rimas sangat-sangat!!! Desis hati kecilnya. Dilayan juga karenah bekas kekasihya itu.namanya pun tetamu.klu tidak, mahu saja di halaunya keluar dari rumahnya itu.
Dari jendela kamar atas Alisya yg sedari tadi memerhatikan Imran resah dengan kehadiran tetamu yg datang itu.
Hanna!
Keletah Hanna melayan Imran,bukan saja mencuit perasaan cemburunya malah benar-benar melukakan perasaannya. Benarkah antara mereka sudah tidak ada apa-apa perasaan lagi?curiganya bermain-main di fikiran.klu benar Imran dan Hanna sudah tiada apa-apa ikatan,dari mana Hanna tahu Imran baru pulang?
Semakin lama berteka-teki,semakin panas hatinya.cukuplah dengan apa yg telah Hanna lakukan dulu.adakah kali ini juga Hanna akan menjadi penghalang sekali lagi dalam hubungannya dan Imran yg sedang dalam bahagia ini?
Hatinya resah kembali.tidak sanggup dia memerhatikan Hanna bermesra dengan Imran.hatinya benar-benar tersayat. Hati perempuan mana yg sanggup melihat org yg di cintainya sepenuh hati di layan mesra oleh perempuan lain?lagipun Hanna pernah menjadi kekasih Imran….
Aduh…
Alisya menarik nafas panjang….sesak dadanya.Alisya lantas beristigfar.sesungguhnya dia tidak perlu berprasangka begitu terhadap Imran.dia sepatutnya yakin Imran benar-benar tulus menyintainya.tidak perlu di ragukan lagi…
Alisya memujuk hatinya sendiri…di hempaskan badanya ke katil miliknya…..fikirannya menerawang
Ketika makan malam itu,Imran perasan riak wajah Alisya yg muram….hatinya dapat meneka apa yg tersirat di hati Alisya. Pasti di sebabkan kehadiran Hanna petang tadi….pasti itu penyebabnya!Pak Hassan dan Syarifah Kalsom berpandangan sesama sendiri.hairan mereka melihat Imran dan Alisya masing-masing berdiam diri.ada masaalah apa lagi dengan mereka berdua ni?kalau tidak bising mulut keduanya bercerita.
Selesai makan Alisya sibuk membantu Syarifah Kalsom mengemas dapur.
Imran sudah lama naik ke biliknya,Pak Hassan sendiri sibuk di bilik bacaanya.
Alisya mengelap tangannya.usai sudah semua kerja-kerjanya.
“ibu,Eisya naik ke bilik dulu ya…” pintanya.
Syarifah Kalsom mengangguk dan tersenyum.matanya menyorot langkah Alisha.di gelengkan kepalanya.dia sudah masak dengan tingkah laku Alisya.jika anak gadisnya itu berdiam,dia sendiri tidak pernah cuba untuk menanyakannya. Baginya Alisya pasti mempunyai sebabnya yg tersendiri.Sharifah Kalsom menyambung kembali kerjanya semula.
      Jejari Alisya rancak menaip diarinya….ada e-mail masuk ke inboxnya….pasti e-mail dari org sebelah lah ni.desis hatinya
“Eisya….marah Im ke?
“erm….kenapa eisya nak marah Im?
“habis klu x marah Im,kenapa dr tadi Im tengok Eisya serius jer?
“Eisya x marah Im…..
“betul?
“erm..ada sebab ke Eisya nak marah Im?
“mana tahu,kot-kot Eisya cemburu ke kat im?
“Im tahu Eisya cemburu Hanna datang tadi.
Alisya terdiam…mesej dari Imran di biar tergantung.nak tulis apa ya?katanya berkira-kira.
“eisya….
“Im,eisya x marah pada Im.cuma mungkin eisya rasa tak selesa dengan cara dia layan Im tadi.
“Eisya,Im faham apa yg eisya rasakan itu.dia dah pernah pisahkan kita sekali dulu…apapun Im takkan biarkan dia memisahkan kita sekali lagi….itu janji Im…
“jangan berjanji Im…sebagai seorang manusia adakalanya kita sendiri tidak tahu takdir yg mendatang….
“tapi kita sebagai manusia juga di tuntut untuk berusaha yg terbaik kan sayang?
“erm.....
“Im tak nak eisya fikir yg bukan-bukan k….bukan sehari dua eisya kenal im kan?kita dah bersama sejak kecil lagi. Bahagian mana yg eisya tak faham pada diri Im?
“Im,eisya minta maaf…eisya bersangka buruk pada Im tadi…
“Im maafkan…senyum sikit….jgn suka sangat merajuk,cepat tua tau…nanti muda lagi dah jadi macam nenek.
Alisya tertawa kecil….
“Eisya…
“apa Im?
“Im dah beritahu ibu pasal kita….
“...apa kata ibu…
“ibu tak cakap apa-apa.cuma mungkin nak bincang dulu dengan ayah….
“ibu tak marah?
“erm…kenapa nak marah..Im cakap benda yg elok kan?im nak bersama eisya dalam ikatan yg baik.rasanya ibu tak ada halangan untuk kita….insyaallah.
“eisya pun harap begitu…..
“kita sama-sama doakan yg terbaik….
“ok….selamat malam Im….
“ok sayang….tidur nyenyak tau,jangan fikir bukan-bukan lagi.
“thanks Im….
“love you eisya…always…

Sedikit sebanyak apa yg terungkap melegakan hati Alisya.kini,hatinya tidak lagi merasa serba-salah…doanya,biarlah hubungannya dan Imran menjadi.terlalu dalam cintanya buat lelaki itu…

            Dirumahnya Hanna masih belum dapat melelapkan mata.fikiran nya masih teringat-ingat perbualan diantara ibu bapa Imran petang tadi…..di kisar badannya kekiri dan kekanan….
Benarkah apa yg di dengarnya tadi?kalau benar,dia akan kehilangan cinta dari Imran selama-lamanya.
Layanan Imran juga sudah tidak seperti dulu…ada riak hambar di wajah lelaki itu.
Ah!
Kebenciannya pada perempuan yg bernama Alisya itu semakin bertambah…
Sudahlah anak pungut! Rupanya selama ini kau anak pungut ya?....patutlah aku memang benci pada kau sejak dulu lagi.anak yg kotor rupanya…hati Hanna bermonolog.
Gelisah,rimas,sakit hati dan segalanya bergabung menjadi satu.saat ini Hanna masih tidak dapat menerima hakikat apa yg di semai dulu,segalanya tidak menjadi.perempuan tu memang perampas!
Tapi rasanya kau belum kenal siapa aku kan?aku Hanna lah….setiap apa yg menjadi milik aku takkan menjadi hak org lain…itu pasti!walaupun aku harus memijak kau ke bawah sekalipun aku sanggup eisya!lagipun kau memang tak layak bersama Imran.Imran dari keluarga baik-baik macam aku.kau?anak terbuang,anak kotor…..getu hatinya geram.
Aku akan ajar kau Alisya…jangan fikir kau akan dapatkan Imran….kau akan rasa nanti….
Hanna menguntum senyum…pastinya ada sesuatu yg di rancang untuk menghancurkan Alisya.
Kau akan rasakan,kerana kau memang x layak duduk di dalam keluarga orang baik-baik!getusnya perlahan.
Dia masih ingat bagaimana Alisya menarik rambutnya satu ketika dulu.kalaulah dia tahu sejak dulu lagi bahawa Alisya adalah anak pungut,pasti dia akan memalukan Alisya pada teman-teman lain.itu pasti!
Apa yang dia pasti kedudukkannya di sisi Imran bakal tergugat.owh! jadi kerana Imran cintakan Alisya lah hubungan mereka terputus/Hanna mengetap bibir.dia bingkas bangun dari katil….
Di capainya telefon bimbitnya.erni,sahabt karibnya pasti belum tidur lagi….malam itu segala-galanya di ceritakan pada Erni. Dan kali ini Hanna mula menjalankan rancangan liciknya bersama Erni….selesai berbual,Hanna tersenyum puas.kau pasti terima balasannya Alisya!
                                                                                
         Seminggu lagi majlis perkahwinan Imran dan Alisya akan diadakan.yg pasti baik Alisya mahupun imran sibuk merancang majlis agar berjalan lancar nanti.riak kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka berdua.akhirnya atas restu ayah dan ibu Imran mereka bakal di satukan jua.tiada kata seindah bahasa dapat merungkaikan rasa syukur mereka yg bakal menjalani kehidupan berdua nanti….
Apapun kegembiraan mereka berdua tidak di senangi Hanna.harapan Hanna kedua-dua pasangan itu tidak bahagia. Masih teringat-ingat bagaimana Imran mengenepikan dirinya.nafsu syaitannya memuncak untuk memusnahkan kebahagiaan Alisya dan Imran…
Terasa tidak sabar Hanna untuk melihat kedua-dua pasangan itu berpisah.Ah!ketika itu baru puas hatiku…getusnya geram.
  Alisya duduk memerhatikan Imran sedang mencuba kasut yg bakal di pakai hari mereka bersanding nanti…telefon bimbit Alisya berbunyi.tampa curiga Alisya mengangkat telefon…
“hello”jawab Alisya
“hei,anak pungut?kau tahu tak kau tu sapa?anak yg dikutip mak bapak kau masa kau kecil dulu!”suara itu mengherdik Alisya di hujung talian.
Kening Alisya berkerut.siapa ni?
“hello,awak ni siapa?siapa yg awak maksudkan ni?”soalnya kehairanan.
“Ah!kau lah yg aku maksudkan…anak pungut!dasar anak kotor.sia-sia kau di kutip Syarifah Kalsom,sepatutnya kau di biar mati je tepi jalan”
Suara itu lantang mengherdik Alisya.Alisya terpana.org yg mengherdiknya itu kenal ibunya.tapi siapa orang ini?
“Hello,awak ni siapa huh?”soalnya geram.
Tut..tut..tut…talian diputuskan.hati Alisya berdenyut kencang.si pemanggil tadi memanggil dirinya anak pungut? Apa maksudnya di panggil sedemikian?di belek nombor telefon itu berulangkali.si pemanggil menggunakan public phone… Alisya masih berteka-teki.berbagai persoalan menerjah fikirannya kini….si pemanggil tadi seperti kenal benar dengan ibunya.
Dan apa motifnya memanggilnya sedemikian.atau ibu ada merahsiakan sesuatu dariku?Alisa bingung memikirkan semua itu.
“sayang,kenapa ni?letih ya tunggu Im?”…”Imran menyapa Alisya yang sedari tadi di lihatnya termenung jauh.
“Im…x lah Alisya ok jer”tuturnya lembut.lamunanya tadi terhenti seketika dengan sapaan Imran.
Imran tersenyum.di capai tangan Alisya lalu di elus lembut.
“Im tahu,sayang letihkan?x pa lah jom kita balik”ajak Imran.
“Eiya ok Im…dah dapat kasut yg Im  nak beli?”tanyanya.
“erm,dah belilah sayang.ni dia…”tangan Imran ligat menggoyangkan bungkusan kotak kasut miliknya.
“ok…nak pergi mana lepas ni Cik Im?”senyumya manja.terhibur dengan gelagat Imran yg bersahaja itu.
“erm,disebabkan sayang letih,Im rasa elok Im belanja makan yg special kat depan sana…”
“ok,eisya terima.tapi kalau nanti eisya chubby,itu semua salah Im k…”usik Alisya.
“tak pa,chubby pun chubby lah.Im lagi suka kalau sayang chubby.comel tau macam teddy bear”balas Imran.
“pandai la..sweet je ayat cik Im tu..”tangan Alisya ligat mencubit lengan Imran.Imran mengelak.kedua-duanya tertawa kecil.
Mereka bergandingan melangkah ke Café pilihan Imran.sejenak jua Alisya terlupa persoalan yg bermain-main di fikirannya tadi.
 Dari jauh Hanna mengetap bibir….wah!bukan main mesra kamu berdua ya?sejenak Hanna mengerut keningnya.kenapa Alisya x nampak risau dengan panggillan telefonnya tadi?atau Erni yg tidak pandai menjalankan rancangannya?fikirnya.
Di capai telefon bimbitnya.nombor telefon Erni pantas di dailnya.sayup di corong telefon suara Erni.
“hello,nie…ni anna la..macam mana?dah buat apa yg aku suruh?”desak Hanna tidak sabar.
“owh,anna…ehm,aku dah buat apa kau suruh tu…tentu si Alisya tu tengah confius sekarang..padan muka dia kan?”
“eh,pasal apa aku tengok dia tak risau pun?kau ni biar betul nie,aku serius ni”
“anna,janganlah marah k…aku dah buat apa yang kau suruh.takkanlah dia tak risau sikit pun?kau kat mana ni?”
Hanna mendengus.marah benar dia.lantas dia menamatkan perbualan telefonnya.
Huh!tak boleh harap punya kawan…rungutnya bersendirian….nampaknya aku patut lakukan strategi yang lain. Yang pasti aku takkan lepaskan apa yang sepatutnya menjadi milik aku!detik hatinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
  
                Dari tadi Alisya memerhatikan Imran.wajah lelaki itu tidak ceria seperti biasa.entah kenapa sejak pagi tadi Imran begitu.Ingin hatinya bertanya,tapi bimbang juga Imran tidak sudi berkongsi cerita dengannya.dijelingnya ke dapur,hanya bibik Neneng pembantu rumah sahaja yang kelihatan.kelibat ibunya Syarifah Kalsom tidak kelihatan…mungkin ibunya keluar,fikirnya.Alisya menaiki tangga ke kamarnya, untuk menunaikan solat asar yang masih tertangguh.memasuki kamarnya,Alisya terpandang sampul putih di atas katil.di capainya sampul surat itu dan perlahan dia membukanya....surat dari kementerian pelajaran malaysia.mengikut surat itu Alisya di kehendaki melapor diri bertugas di utara semenanjung.Alisya terduduk di birai katil.otaknya ligat berfikir....perlukah dia memberitahu ibu,ayah dan Imran tentang surat ini.buntu memikirkan persoalan yg berlegar-legar di kotak fikirannya.tarikh perkahwinan dia dan Imran semakin dekat.cuma 3 hari dari sekarang...aduh!sedangkan tarikh dia perlu melapor diri 5hari dari sekarang...Alisya bangkit menghampiri jendela.matanya melihat ke bawah.Imran masih di situ....Alisya menarik nafas berat...dapatkah Imran melepaskannya di saat mereka berdua masih berbulan madu nanti?tidak sanggup Alisa meninggalkan Imran....















/






Sampul surat itu di simpan dalam laci mejanya.sesungguhnya Alisya benar-benar di dalam dilema.Alisya menguak jendelanya.Imran tiada di kolam ikannya…Alisya menarik nafas panjang…sesak dadanya memikirkan segala kemungkinan yg mendatang.di saat dia dan Imran akan melalui fasa yg paling indah dalam hidup,dia dan Imran harus berpisah lagi….perlukah dia memberitahu Imran tentang perkara itu.sedangkan Imran sendiri nampaknya seperti runsing? Ah!biarlah…sampai masanya nanti akan ku terangkan pada Imran….desis hatinya membuat kesimpulan. Alisya membetulkan rambutnya.dia melangkah laju menuruni tangga.matanya mengerling di sekeliling.tiada kelibat sesiapapun di ruang tetamu. Semua ahli keluarga ini sibuk sangat agaknya.Alisya melangkah ke dapur. “bibik,ada nampak Imran”tanyanya. “aduh neng,Tuan Imran baru aja keluar..katanya mahu ke kantor” “Ibu?” “Puan keluar pagi tadi sama Tuan.katanya mahu ke rumah anak-anak yatim agihin dana.” “Oh..tak mengalah bik,terima kasih…” Bibik Neneng mengukir senyum. Alisya melangkah naik ke kamarnya semula. Pertemuan Imran dengan Hanna petang itu,banyak meninggalkan kesan mendalam di hati Imran .kalau di ikutkan hatinya,dia tidak mahu lagi bertemu Hanna.namun desakkan Hanna benar-benar tidak dapat di tolaknya.ada perkara penting katanya. Sungguh dia tidak mahu mendengar kata-kata Hanna lagi.perkara yg lepas-lepas sudah cukup membuatkannya berhati-hati dengan Hanna.Wanita itu memang tak boleh dipercayai!fikirnya.namun dari apa yg di ceritakan Hanna tadi,tidak membayangkan Hanna sedang menipu.sementelah lagi,Erni turut mengakui kebenaran cerita Hanna.orang terakhir yg perlu di tanyanya adalah ibunya sendiri.terlalu sulit perasaanya ketika ini.mengapa,ibu sanggup membohonginya selama ini tentang status Alisya?setelah hati dan jiwanya terlalu menyayangi insan yg bernama Alisya itu.patutlah selama ini ibu sering termenung,disaat dia mahu melamar Alisya.tentu fikiran ibunya terganggu dengan status Alisya.Ah!sungguh tidak ku percaya,bisik hatinya.persoalan demi persoalan menerjah benaknya. Imran sendiri tidak mengerti dengan perasaannya saat ini.yg pastinya,dia perlu mendapatkan kepastian dari ibunya sendiri.Imran menekan minyak keretanya.perkara itu perlu di selesaikan segera.jika tidak hatinya tidak akan tenang selama-lamanya…. Kereta Imran menjalar masuk ke Garaj.kelihatan dari jauh ibunya sedang berkebun di tepi rumah.ibunya tersenyum memandang Imran. “ibu…sibuk nampak?” Syarifah Kalsom tersenyum. “Ibu,kalau Im tanya sesuatu,ibu boleh jawab dengan sejujurnya?..janji?” Syarifah Kalsom mengerut kening. “Im nak tanya apa dengan ibu,cakaplah…ibu tak pernah bohong dengan Im kan..” Imran merenung ibunya dalam-dalam.kelu lidahnya untuk bertanya.namun dia perlu bertanya,untuk mendapatkan kepastian.dia mahu memastikan kali ini Hanna tidak berbohong padanya. “Im?” “Ibu,Im tak tahu nak mulakan dari mana…ibu,betulkah apa yg Im dengar ni?” “dengar?tentang apa Im?” “Ibu tak ambil Alisya dari rumah anak yati kan?tapi ibu ambil dia dari tempat lain…dia bayi terbuang kan?” Syarifah Kalsom terduduk.pertanyaan Imran benar-benar merentap tangkai hatinya.bagaimana Imran tahu tentang hal itu? “”Ibu….please bu..jangan buat Im macam ni..kenapa ibu tak jujur saja dengan Im?perlukah Im tahu semuanya ini dari orang lain..ibu..please bu…”Imran memegang ibunya. Syarifah Kalsom masih terdiam….air matanya mengalir laju.tidak pernah terlintas hatinya perkara yg sering di takutinya akan terdedah jua. “Ibu?...Alisya anak haram ke ibu?”desak imran. Pangggggg… Berdesing telinga Imran menerima tamparan dari ibunya.Imran memegang pipinya. “jangan pernah Im kata Alisya begitu…memang benar ibu dan ayah jumpa Alisya di kebun masa tu.dia kecil lagi Im.. dia tak faham apa-apa.dan Im tak layak untuk memanggilnya anak haram…”Syarifah Kalsom mengongoi… “jadi betullah,apa yg Im dengar?..Im tak sangka bu,selama ini ibu dan ayah tak pernah berterus-terang…Im tak sangka bu….ibu tahu Im cintakan Eisya sepenuh hati Im,tapi ibu buat Im macam ni…Im buntu bu…” “Ibu…tak pernah berniat menyembunyikan dri Im..ibu Cuma tak mahu Im terluka..itu saja Im…” “Iu,bukankah sekarang Im akan lebih terluka bu?Im dengar semuanya dari orang lain bukan dari ibu atau Ayah Im sendiri…” “Im..maafkan ibu Im..” Imran melangkah pantas meninggalkan Ibunya ke kereta.enjin kereta Imran menderum keluar dari perkarangan rumah dan memecut laju ke jalan besar. Syarifah Kalsom masih terduduk…air matanya masih mengalir laju.menyesal kerana dia mdi engasari Imran. Alisya yang sedari tadi mencuri dengar perbualan ibunya dan Imran terkesima.kakinya seakan tidak menjejak ke bumi….airmatanya mengalir laju….serentak dia berlari laju meniti anak tangga ke kamarnya. Pak Hasan memerhatikan Alisya.ada tidak kena pada anaknya itu.Pak Hassan melangkah ke luar,mendapatkan Syarifah Kalsom yg terduduk di halaman rumahnya.Syarifah Kalsom menceritakan segalanya pada Pak Hassan. Peristiwa yg terjadi itu tidak pernah padam dari ingatan Alisya.bukan mudah melupakan segalanya dari ingatan…. Seolah baru semalam ianya terjadi…. Gara-gara itu,pernikahannya dan Imran tertunda.masih di ingatannya Imran menghilangkan diri hampir seminggu dari tarikh pernikahan mereka.Alisya sendiri masih setia menunggu kepulangan Imran.kalau benarlah Imran tidak lagi mahukan Alisya,Alisya pasrah.apa yg terjadi bukan kehendaknya ataupun salah sesiapa.Imran juga tak bersalah.hari demi hari kelibat Imran tidak pernah kunjung tiba…..tiada jawapan apalagi kata pesan.Imran benar-benar telah meninggalkannya…. Luka benar hati lelaki itu… Hinggalah tiba detik malam pernikahan mereka….Alisya menerima mesej dari Imran…. Eisya, Maafkan Im… Im tidak dapat hadir di majlis pernikahan kita…. Lupakan Im… Mudahnya Imran mengunkapkan semua itu..tegarnya Imran meninggalkan Alisya.Alisya tidak dapat menahan sebaknya. Segala harapannya musnah sekelip mata…impian yg di bina tidak akan kesampaian.Ibu dan Ayahnya turut bersedih. Lalu… Alisya mengambil kata putus….. Meninggalkan Ibu dan Ayahnya menjalankan tugas barunya di Terengganu…. Hatinya terlalu luka untuk digambarkan….kiri dan kanannya adalah duri yg amat menikam hatinya.terlalu pedih untuk Alisya melupakan segalanya…entah mengapa,sukar baginya melupakan segalanya.Alisya masih tercari-cari siapakah dirinya di mata Imran…Adakah terlalu hina aku di matanya? Alisya mengesat air matanya…lamunannya yg jauh mengimbas masa lalu semakin memeritkan hatinya… Yg pasti,sehingga kini tiada kelibat Imran sehingga kini..bertahun lamanya…. Alisya tidak sanggup lagi menguris luka lama…cukuplah disitu…. Yang pasti kini,dia bahagia dapat bertemu semula dengan ibu dan Ayahnya.terlalu besar jasa mereka untuk di lupakan. Biarlah apa yg tertinggal kini hanya memori. Alisya merebahkan badan ke katil.dia sendiri tidak sedar bila dia terlelap…. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………… Sudah seminggu Alisya pulang kepangkuan keluarga.sekali pun Sharifah Kalsom tidak pernah mendengar Alisya bertanya tentang Imran…mungkin hatinya masih luka dengan apa yang Imran lakukan di saat-saat akhir pernikahan mereka.Naluri keibuannya tersayat seketika.kisah pahit itu menjauhkan Alisya darinya bertahun-tahun. Mata Sharifah Kalsom tertancap pada Alisya yang sedang duduk berbuai di halaman…kasihan Alisya…dari kecil hingga besar banyak perkara yang berlaku dalam hidup anaknya itu…masih teringat-ingat jejari kecil Alisya sewaktu dia membelainya 25 tahun dulu..Alisya ibarat urat di dalam salur darahnya…kesakitan anaknya itu turut mengalir bersama darahnya..kalaulah dia tahu kasih Imran dan Alisya akan retak di sebabkan hal itu dia tidak akan membenarkan mereka di satukan. Namun perkara yang berlaku tidak bisa di ulang kembali…matanya mula bergenang… Kalaulah Alisya tahu,dimana Imran kini,tentu hati Alisya akan lebih merana.hatinya sendiri sudah cukup luluh mengenangnya kembali…. “ibu..termenung jauh ja…ibu ok ke?” Sapaan Alisya mengejutkan lamunannya…sejak bila anaknya itu sudah ada di tepinya.bibirnya mengukir senyum… “ibu ok eisya…ibu gembira eisya pulang akhirnya kepada ibu dan ayah” Alisya melentokkan kepalanya kebahu Sharifah Kalsom…. “ibu,eisya sayang ibu tau,selalu rindu juga rindu kat ibu..tapi dari jauh.sedih tau”rengeknya manja. Sharifah kalsom tersenyum.rambut Alisya di elus lembut…sayang benar dia pada anaknya itu.. “ibu tahu eisya…eisya kan anak ibu…” Alisya memeluk ibunya. Wajah pucat itu lelaki itu memandang jauh ke taman…jauh benar lamunannya. Terbayang saat indah hidupnya dulu…zaman kanak-kanak yg teramat indah untuk dilupakan…masih terngiang-ngiang suara gadis kecil yang sering berlari bersamanya. Suara itu,rajuk manjanya umpama nada dering yang selalu bermain-main di otaknya saban waktu membuatkan dia terdampar di dunia asing ini. Gelap pandangan matanya bila gadis itu pergi meninggalkannya tanpa kata-kata. Betapa kosongnya hati lelakinya bila gadis itu tidak lagi di sisinya. Kesilapannya hanya satu..melukakan hati gadis yang bakal menjadi isterinya ketika itu.betapa sesalan itu telah menjadikan dia seorang hamba najis dadah dan hidup di dunia asing ini…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...